Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label misteri. Papar semua catatan

,

Sabtu, 23 Januari 2016

Puluhan Seluar Dalam Wanita Dilekat Kondom Cetus Misteri




KOTA KINABALU – Beberapa gambar menunjukkan puluhan seluar dalam wanita pelbagai corak dengan kondom ditempel di depan celana kecil seksi itu yang disidai di sejumlah batang pokok mencetuskan misteri di Sabah.

Ia memaparkan penemuan pakaian dalam kaum Hawa itu bergantungan menjadi viral menerusi laman Facebook tempatan, Penampang Bulletin dan ia didakwa muncul tiba-tiba di sepanjang laluan trek di Penampang dekat sini.

Orang awam kebetulan melalui denai berkenaan mula menyedari berdozen-dozen seluar dalam wanita dewasa dengan sarung kondom dilekatkan pada tengahnya itu selain sejumlah coli yang turut digantung di batang pokok.

Pegawai daerah Penampang, Luvita Koisun berkata, sepasukan anggota penguatkuasa tempatan diarah memeriksa keseluruhan kawasan tersebut selepas kisah pelik itu mula menjadi sensasi menerusi media sosial pada Khamis.

Wanita tersebut menambah, tempat penemuan pakaian dalam bersidaian itu terletak di belakang Kompleks Sukan Penampang dan mereka mendakwa, ada sebuah pondok kecil dekat situ tetapi tiada penghuni di dalamnya.

“Penduduk mendakwa melihat banyak seluar dalam wanita bersidai di beberapa pokok, namun tidak dapat kesan sesiapa di situ yang mungkin menjemur pakaian tersebut atau apa-apa petunjuk menarik,” kata beliau lagi.

Luvita menambah, pejabat daerah juga cuba mencari pemilik tanah persendirian di kawasan tersebut dalam usaha membantu siasatan pihak polis bagi mengenal pasti siapakah empunya puluhan seluar dalam seksi berkenaan.

Lebih menarik, mereka tertanya-tanya apa motif pakaian dalam itu digantung sedemikian rupa dan paling pelik, ia disidai dalam susunan corak yang sistematik sehingga sukar diterbangkan angin bertiup kencang di laluan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Rosley Hobden bagaimanapun ketika dihubungi pemberita berkata, mereka tidak menemui apa-apa ketika datang melakukan pemeriksaan di kawasan tersebut.

“Tiada laporan rasmi mengenai penemuan banyak seluar dalam wanita yang bergantungan di sejumlah pokok, namun kami sedia menyiasat jika perkara itu betul-betul wujud,” ujar beliau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA/22/1/16


,

Sabtu, 16 Mei 2015

La Pascualita, Kisah Anak Diawet Jadi Patung Pengantin Hanya Legenda Urban?



SEBUAH butik pakaian pengantin di Chihuahua, Mexico menjadi sebutan masyarakat bukan hanya kerana kecantikan pakaian-pakaian yang dijual, tetapi kerana salah satu patung yang dipamerkan didakwa sebenarnya tubuh manusia!

Patung pengantin perempuan yang menjadi hiasan tingkap butik tersebut dikatakan mayat anak kepada pemilik butik.

Melalui cerita masyarakat setempat, dia meninggal dunia pada hari perkahwinannya kerana disengat labah-labahblack widow.

Photoset: unexplained-events: La Pascualita Urban Legend This mannequin has been in a store window in...http://t.co/wBEOaGxL9u— Beau Johnson (@MrBeauJohnson)May 10, 2015

Menurut cerita itu lagi, si ibu lantas bertindak mengawet mayat si anak, dan memakaikannya pakaian pengantin paling cantik yang terdapat di butik itu.

Manusia patung itu terkenal dengan nama La Pascualita.

@CrimsonPeakFans#ForbiddenFearFridayThe Story and secret of " La Pascualita"http://t.co/DVI6FUSl1Cpic.twitter.com/onV2M8wh2d— Thalia Meyer (@Lothiriel_1)April 24, 2015

La Pascualita. иМ#10;http://t.co/Wc0IRz5Cp8pic.twitter.com/VxhK6qqTYq— OLOLO.uz (@ololo_offical)May 3, 2015

Jika dilihat dengan teliti, patung ini memiliki ciri-ciri manusia, seperti kedutan di wajah yang ketara, di samping bentuk kuku dan garis-garis di tangannya yang sangat jelas.

Teori manusia patung ini diperkuatkan lagi dengan cerita pekerja butik yang mendakwa hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan untuk menukar pakaian patung berkenaan, dan ia akan dilakukan di bilik tertutup yang khas. - Madiha Abdullah/AstroAwani/15/5/15



, ,

Sabtu, 20 September 2014

Lembu Didakwa Dirogol Lahir Anak Iras Wajah Manusia



[Harian Metro] Emazizini: Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.

Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.

“Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.

“Saya memanggil anak saya untuk membantu. Selepas menarik anak lembu yang sudah mati itu keluar, kami terkejut melihat mukanya seperti manusia.

“Beberapa penduduk berkata, lembu itu mungkin dicabul di padang ragut oleh orang yang tidak dikenali. “Kami tidak pasti bagaimana untuk mengebumikannya, sama ada seperti manusia atau menghantarnya kepada doktor untuk memeriksanya,” kata Sebenzile.

Berita mengenai kelahiran ganjil itu turut mengejutkan Datuk Bandar Ukhahlamba, Thulani Sibeko.

“Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.

Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.

Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.

“Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. - Agensi/20/9/14


, ,

Ahad, 1 Jun 2014

Duit Misteri Tersembunyi Jadi Kegilaan, Mula Tersebar di Seluruh Dunia


[Mstar] WANG tunai yang tersembunyi di dalam sampul surat coklat pernah diperkatakan tetapi telah berubah dengan adanya Twitter.

Seorang ahli perniagaan misteri telah mencetuskan kegilaan dengan menyembunyikan wang kertas £50 di bandar-bandar di seluruh Britain dan mendedahkan lokasinya di laman rangkaian sosial.

Dalam masa kurang dari seminggu, eksperimen sosial 'anonymous' itu telah mendapat lebih dari 40,000 pengikut yang kebanyakannya tidak sabar menunggu penghantaran seterusnya.

Dermawan misteri itu memberitahu Daily Telegraph bakal membuat penghantaran khas ke London esok, tetapi dengan bungkusan yang mengandungi wang tunai sehingga £200, menjadikan pemburuan wang tunai misteri itu semakin digilai.

"Saya telah pun mempunyai beberapa perniagaan di e-dagang yang berjalan begitu baik untuk diri saya," katanya.

"Saya mencapai tahap di mana ada begitu banyak barangan yang boleh saya beli dengan wang...saya mendapat lebih berbanding saya sendiri membelanjakan £50 untuk diri sendiri," katanya.

"Saya perlu pergi ke luar negara tetapi saya telah menggesa sekumpulan orang untuk memastikan ia terus dijalankan. Ia akan menjadi lebih kerap, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk menghentikannya.

"Tidak ada had tentang berapa banyak yang saya akan berikan. Selagi ada minat, saya akan terus melakukannya."

Beliau menambah, beliau yakin George Groves akan memenangi perlawanan tinju malam ini menentang Carl Froch, tetapi akan menyembunyikan wang £200 itu di ibu negara jika dia tewas.

Dan dia memberitahu Mail Online bahawa beliau berharap projek itu akan berpanjangan.

Kegilaan ini bermula di Amerika Syarikat dan mencetuskan adegan penuh kegilaan di Los Angeles pada malam Khamis apabila beratus-ratus orang menggeledah seluruh taman dan perhentian bas dan menyebabkan huru-hara lalu lintas.

Ia kemudian telah merebak di seluruh dunia termasuklah di Nigeria, India, Hong Kong dan Belanda.

Sampul surat pertama di Britain telah disembunyikan di luar muzium bandar di Leeds pada Rabu dan ditemui kurang dari satu jam kemudian oleh juruelektrik Harry monichan.

Kemudian ia ditemui di Manchester pada hari Khamis, Sheffield pada Jumaat dan lokasi di tepi pantai di Brighton Sabtu.

Tindakan itu yang mendapat perhatian media membolehkan krew berita tempatan berjaya merakamkan saat-saat sampul surat di Brighton itu ditemui di dalam sebuah bot lama.

Guru Sains Sophie Morris, 26, berkata dia berasa bosan dan melihat Facebook di telefonnya apabila dia menyedari sampul surat berada di satu sudut.


Bayangan lokasi wang misteri yang diberikan di akaun Twitter @hiddencash_UK

Mereka yang menjumpai wang diminta menghantar tweet gambar ke Akaun @HiddenCash_UK dengan hashtag #payitforward.

Ada yang sudah mendermakan wang tersembunyi mereka untuk badan amal.

Pengasas kegilaan ini di AS, yang telah mengumpulkan 400,000 pengikut Twitter, terpaksa mengeluarkan suatu notis keselamatan dalam kebimbangan terhadap perebutan itu.

"Sila berjalan dan memandu dengan selamat. Seorang wanita muda berlari di hadapan kereta saya beberapa hari lalu. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memilih lokasi yang selamat, tetapi sila gunakan akal dan berhati-hati," penderma menulis.

"Sila hormati diri mereka dan tempat-tempat tertentu yang menjadi lokasi perniagaan di sekitarnya. Berbuat baik dan bergembira antara satu sama lain, kerana itulah tujuan ia dilakukan.'

Tetapi penderma yang tidak diketahui ini juga menulis bahawa dia 'tidak mempunyai rancangan untuk menghentikannya' dan mahu 'terus memperluaskannya dan menjadikannya lebih baik'.

Penderma itu menambah: "Idea yang lebih besar hanya dengan memberi semula, dari segi kewangan dan rasa seronok untuk berkongsi dengan masyarakat yang telah menjadikan saya kaya-raya." -1/6/14



,

Sabtu, 17 Mei 2014

Punca Wanita Solat di Tepi Jejambat...


Wanita Tanpa Pengenalan Diri Ditemui Bersolat Atas Jejambat

[AA] KUALA LUMPUR: Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.

Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari ini.

Memetik laporan MStar sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.

Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. -17/5/14

Berkaitan:

Alamat Mimpi

[HM] “Saya mendapat alamat daripada mimpi yang meminta saya bersolat dan membaca al-Quran di sini.” Itulah pengakuan seorang wanita warga Indonesia, Anita Shiar, 27, yang ditemui dalam keadaan memakai telekung dan duduk di atas sejadah sambil memegang al-Quran di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, semalam.

Wanita itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada anggota polis trafik pada jam 1.30 petang yang kebetulan meronda di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka ke Jalan Istana.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, wanita itu sudah disoal siasat dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, gambar wanita terbabit tersebar di laman sosial sehingga menjadi viral dan menyebabkan orang ramai tertanya-tanya mengapa dia berbuat demikian. -18/5/14


, , , ,

Selasa, 22 Oktober 2013

Misteri Kematian Puteri Diana Terjawab?


[SH] SELAMA lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana masih menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu.

Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu.

"Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997).

"Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul," kata sumber tersebut.

Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.

Tinggal momen

Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal.

Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak.

Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London.

Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara.

"Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja.

"Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry," kata sumber.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH