Wayar Fon Telinga Tersekat di dalam Saluran Kemaluan
Sekadar hiasan. |
[HM] Seorang lelaki berusia 32 tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas memasukkan wayar fon telinga ke dalam uretranya dan tersekat di dalam saluran air kencingnya itu.
Menurut laporan akhbar di di Guangzhou, dia bertindak demikian bukan kerana seks.
Pesakit yang dikenali dengan nama Luo saja itu tiba di Hospital Shuguang Shenzhen bagi merawat jangkitan pada saluran kencing.
Dia pada awalnya gagal memberitahu perkara sebenar kepada doktor mengenai wayar yang dimasukkan sendiri sebagai rawatan untuk memulihkan penyakit yang dihidapinya.
Pengarah hospital, Xu Chang berkata, Luo mengidap beberapa penyakit dan melakukan prosedur sendiri beberapa kali sebelum ini setelah rakannya menyarankan idea berkenaan.
Idea itu akhirnya mendatangkan bencana kepadanya.
Namun, Luo bernasib baik setelah wayar berukuran 45 sentimeter berjaya dikeluarkan. -Agensi/26/5/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.