Jumlah Mangsa "Raja Sodomi" Meningkat 100 Orang
Andrian Sobari yang turut digelar raja Sodomi. |
[HM] Sukabumi: Jumlah kanak-kanak mangsa serangan seksual pemuda tempatan - yang mula dilaporkan media Ahad lalu - kini meningkat kepada 74 orang.
Sumber polis berkata, setakat ini suspek, Andri Sobari, sudah ditetapkan akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.
Jika disabitkan kesalahan, kata sumber itu, Andri boleh dipenjara sehingga 15 tahun.
Akhbar ini kelmarin melaporkan polis menyiasat dakwaan seorang lelaki - yang mendakwa pernah diliwat ketika kecil - melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak semuda lapan tahun.
Biasanya kanak-kanak terbabit dibawa ke kawasan kolam mandi umum di Sukabumi.
Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak Kampung Lio Santa di Sudaya Hilir.
Sumber polis berkata, sesetengah mangsa mendakwa dicabul sehingga tujuh kali.
“Untuk ketika ini semua mangsa sedang menjalani pemeriksaan fizikal dan psikologi.
“Sesetengah mangsa didapati mengalami kecederaan serius pada anggota sulit mereka,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia, Erlinda, mengaku korban serangan seksual Andri mungkin mencapai lebih 100 orang.
“Ia berdasarkan maklumat dalam buku catatan harian Andri,” katanya.- Agensi/7/5/14
Berita awal di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.