Potong Tubuh Sendiri Demi Seni
[HM] Beijing – Artis terkenal China, He Yunchang mempamerkan karyanya ‘One-Meter Democracy’ yang antara lain memaksanya memotong bahagian badannya untuk mengeluarkan satu tulang rusuk tanpa menggunakan bius.
Tulang rusuk itu kemudian dipakai pada lehernya seperti rantai.
He – yang mendakwa karyanya itu bertujuan ‘mengetengahkan ketegangan antara individu dan kerajaan’ – melakukan prosedur itu dengan dipantau doktor sebelum potongan dibuat sepanjang satu meter dari leher ke pahanya pada sebelah kanan badan.
Projek itu turut membabitkan sesi ‘undian’ membabitkan 25 pengundi yang bertujuan membayangkan proses demokrasi.
Difahamkan, 12 pengundi menyokong projek itu manakala 10 menentang dan tiga berkecuali.
Mengulas projeknya itu, He berkata: “Saya mahu hasil karya saya membuatkan orang berfikir.
“Masyarakat China amat kompleks dan saya menganggap penting untuk menggabungkan kekuatan minda serta badan dalam berdepan realiti,” katanya.
He terkenal dengan karya yang menguji tahap kekuatan dan ketahanan fizikalnya. – Agensi/11/5/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.