Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 24 September 2014

EXCO PAS Khianat, Pandangan CEC DAP, Bukan Peribadi



Exco Pas khianat: Pendirian CEC, Bukan Peribadi

[Sinar Harian] PUTRAJAYA - Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menegaskan, empat bekas Exco Pas Selangor yang dilabelkan sebagai pengkhianat oleh DAP bukannya pandangan peribadi sebaliknya adalah luahan hati dan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini.

Anthony berkata, pendirian itu juga merupakan sentimen yang telah diluahkan ahli CEC yang tidak berpuas hati dengan tindakan empat bekas Exco tersebut yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kenyataan (Pas pengkhianat) itu datang dari pihak CEC yang telah diputuskan dalam mesyuarat CEC pada Isnin lalu (22 September).

"Saya ingin tegaskan kenyataan itu (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) bukan kenyataan peribadi beliau sahaja, tetapi kenyataan yang mewakili kepimpinan DAP, itu yang telah diluahkan dalam mesyuarat CEC," katanya kepada pemberita di lobi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), di sini, hari ini.

Semalam, Guan Eng menuduh empat anggota Exco Selangor dari Pas sebagai pengkhianat kerana mereka sebelum ini telah menyokong kepimpinan Abdul Khalid dalam krisis Menteri Besar Selangor.

Empat Exco Pas itu iaitu Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad; Adun Sabak Bernam, Sallehen Mukhyi; Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dikatakan telah mengingkari prinsip solidariti dan demokrasi dalam PR.

Guan Eng juga berkata parti itu kesal atas kegagalan keempat-empat wakil Pas itu untuk bersama enam lagi Exco DAP dan PKR yang dikatakan dipecat secara tidak adil oleh Abdul Khalid.

Mengulas lanjut, Loke berharap pelantikan Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dalam melaksanakan pentadbiran negeri dengan baik.

"Selepas ini tumpuan kita ialah supaya pentadbiran ini dapat dijalankan selicin yang mungkin.

"Cabaran yang seterusnya ialah pelantikan Exco, seterusnya kita harap anggota Exco dilantik itu akan menjalankan tanggungjawab dengan baik," katanya lagi. - Nizam Zain/24/9/14

Berita awal di sini.


P/s: Dalam isu ini, pandangan DCM selari dengan DAP dan PKR.

Berkaitan:

DAP tetap dengan pendirian label empat Exco Selangor Pas sebagai 'pengkhianat'

Lim berkata keputusan untuk melabelkan empat lelaki itu sebagai pengkhianat bukan satu keputusan peribadi. -Gambar fail

[Astro Awani] GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu tetap dengan keputusan untuk melabelkan empat Exco Selangor dari Pas sebagai “pengkhianat”.

LaporNew Straits Times, Lim berkata keputusan untuk melabelkan empat lelaki itu sebagai pengkhianat bukan satu keputusan peribadi tetapi dibuat secara sebulat suara ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) pada malam Isnin.

"Ia adalah pendirian parti.

"Ia merupakan satu keputusan semasa mesyuarat tergempar CEC dan saya telah mengumumkan itu sebagai setiausaha agung parti itu," kata Lim.

Lim dilaporkan menuduh empat ahli exco itu mengkhianati prinsip-prinsip perpaduan dan demokrasi selepas gagal untuk meletakkan jawatan bersama-sama dengan enam ahli exco dari PKR dan DAP yang dipecat.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi menuduh Lim gagal untuk memahami perlembagaan Selangor dan menganggap Lim sebagai 'jahil' dan 'mementingkan diri sendiri'. -24/9/14


,

Azmin Akan Kaji Semula Perjanjian Kidex, Langat 2, dan Isu Bible Dibuat Khalid


[The Malaysian Insider] Menteri besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali berjanji akan mengkaji semula dan mendedahkan kepada umum perjanjian Lebuhraya Kidex dan isu Bible yang dibuat semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin berkata, beliau akan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan mengenai perjanjian yang dimeterai sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Saya akan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan dan lihat cara terbaik untuk menanganinya," kata Azmin pada sidang media di rumah ibunya di Kampung Kelang Gate Baru, hari ini.

Antara perjanjian yang akan dikaji semula adalah melibatkan perjanjian air, pembinaan lebuh raya kontroversi Kidex dan juga isu melibatkan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Azmin berkata, langkah mengkaji semula tersebut perlu diteliti dan diambil bagi mengelakkan sebarang spekulasi selepas mengambil alih pentadbiran daripada Khalid.

"Untuk elak sebarang spekulasi, kita mesti pastikan semua perjanjian didedah kepada umum dan pembayar cukai," katanya.

Beliau berkata, langkah tersebut demi memastikan sebarang perjanjian yang dibuat akan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat Selangor dan dilaksanakan secara telus.

"Kita perlu pastikan semua perjanjian dibuat dengan telus dan perlu dilaksanakan sebaik ia dimeterai," katanya.

Khalid semasa dilantik sebagai menteri besar penggal kedua banyak dikritik ekoran caranya mentadbir Selangor yang gagal merujuk PKR atau pimpinan Pakatan lain.

Caranya menguruskan beberapa isu turut dikritik termasuk catuan air, rampasan Bible bahasa Malaysia dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lebuhraya Kidex.

Pelantikan Azmin hari ini sebagai menteri besar Selangor meredakan kemelut yang berlarutan hampir dua bulan selepas Khalid enggan melepaskan jawatannya.

Tindakan Khalid juga menyebabkan parti dalam PR berbeza pendapat, PAS tidak senada dengan PKR dan DAP dalam langkah menyingkirkan Khalid. – Md Izwan/23 September, 2014.

Berkaitan:

[Mstar] KLANG: Semua perjanjian yang dimeterai ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dikaji semula, termasuk penstrukturan air di negeri itu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor yang baharu itu berkata, semua perjanjian itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan.

"Tidak semestinya hanya perjanjian air sahaja tetapi adalah adil buat saya untuk mendapatkan penerangan yang lengkap daripada kerajaan negeri sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Alam Shah di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditandatangani Khalid awal bulan ini. Ketika itu, Khalid dianggap sebagai 'menteri besar sementara' selepas dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Azmin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, beliau akan meneruskan dasar sebelum ini demi kepentingan rakyat.

Tambahnya, beliau terlibat secara langsung ketika pentadbiran Khalid dan meletakkannya sebagai asas yang baik dalam pentadbirannya selepas ini.

"Sudah tentulah tanggungjawab saya untuk meneruskan dasar demi rakyat yang memberikan penekanan kepada soal pentadbiran yang adil dan memastikan kerajaan negeri ini benar-benar bersih dan bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor," katanya. - Iwan Shu-Aswad Shuaib/23/9/14


P/s: Siapa kata Langkah Kajang gagal?


Bayi 8 Bulan Terima 50 Jahitan Akibat Diserang Biawak


[Bernama] Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan menerima 50 jahitan selepas cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang oleh seekor biawak ketika berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman pada pagi kelmarin.

Dalam kejadian di kuarters pekerja Berjaya Resort pada 10 pagi itu, bayi berkenaan Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah sedang menyenduk bubur di dapur.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata secara tiba-tiba datang seekor biawak dari arah luar terus menyerang bayi malang berkenaan.

"Melihat keadaan itu, wanita berkenaan terus bertindak menyelamatkan anaknya dan menghalau haiwan berkenaan," katanya, semalam.

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada bapa mangsa Abdul Rahman Ismail, 38, seorang penyelenggara di resort berkenaan yang ketika itu sedang bekerja, sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Johari berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Mersing sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pihak Jabatan Perhilitan dimaklumkan tentang perkata tersebut untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu di Johor Baharu, bayi malang berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSA.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata doktor dan kakitangan HSA terus memantau keadaan kesihatan bayi terbabit di wad kanak-kanak hospital berkenaan selepas dipindahkan dari Hospital Mersing semalam.

"Keadaan bayi itu stabil. Bayi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar haiwan itu dan doktor mencuci luka itu serta menjahitnya.

"Keseluruhannya, lebih kurang 50 jahitan tetapi doktor menggunakan jarum dan benang paling halus. Luka paling panjang 8cm di atas kening kiri berbentuk 'L'.

"Pihak hospital terus memantau keadaan kesihatannya terutama di bahagian yang mengalami kecederaan itu kerana bimbang dijangkiti bakteria," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ayub, bayi perempuan itu dimasukkan ke wad di HSA 8.30 malam semalam selepas menempuh perjalanan selama beberapa jam dari Mersing. – Bernama, 24 September, 2014.

Gambar dan butiran lain di sini.


,

Atuk Terajang Lelaki Bogel yang Menindih Isterinya


Atuk ‘Terajang’ Perogol Berbogel

[Harian Metro] Gombak: “Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati,” kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini. 

Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek. 

“Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.

“Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam. -Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz/24/9/14


P/s: Laporan berita mengundang persoalan. 

  

Selasa, 23 September 2014

Gadis Dapat Gelaran "Penjenayah Terseksi di Dunia"



[Harian Metro] Kanada: Stéphanie Boudoin secara tiba-tiba menjadi popular dan digelar ‘penjenayah wanita paling seksi di dunia’ selepas sebuah akhbar di Montreal, Kanada menyiarkan gambarnya berbikini.

Stephanie ditangkap bulan lalu di Vicoriaville, Kanada, atas tuduhan memecah masuk 42 rumah di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa Kanada percaya jelitawan berusia 21 tahun itu bekerjasama dengan tiga gadis bawah umur berusia 13, 15 dan 17 tahun untuk merompak penduduk di kawasan Athabaska dan Maple.

Pelajar kejururawatan itu dan rakannya didakwa memasuki rumah mangsa menggunakan pintu belakang atau tingkat bawah tanah.

Minggu lalu, pendakwa raya memfailkan lebih banyak tuduhan ke atas Stephanie, menjadikan jumlah tuduhan dihadapinya kepada 114.

Dia akan didakwa merompak, menerima barang curi serta memiliki dan menyimpan secara haram sembilan senjata api.

Polis menemui senjata berkenaan di belakang kereta Mitsubishi Lancer miliknya.

“Kertas pertuduhan terhadapnya begitu tebal,” kata peguamnya, Denis Lavigne.

Menurutnya, Stephanie menemui doktor untuk menentukan keadaan mentalnya ketika melakukan jenayah.

Wanita itu akan dihadapkan ke mahkamah semula pada 17 November.

Sejak gambar Stephanie disiarkan di media sosial, ramai menggelarnya ‘penjenayah paling seksi terbaru dunia.’ “Penjenayah ini mencuri hati saya,” kata seorang pengguna Twitter. - 23/9/14


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH