Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

,

Jumaat, 30 Oktober 2009

Nama "ALTANTUYA" dalam DEFENCE INDUSTRY DAILY


Saya ada nyatakan dalam kiriman sebelum ini bahawa gambar yang saya salin dan tampal dari Defence Industry Daily di atas ada menyertakan artikel yang berkaitan dengan kapal selam tersebut.

Yang kurang enak dibaca apabila nama ALTANTUYA turut disebut dalam artikel tersebut. Biarpun artikel yang ditulis itu disandarkan pada tulisan Arnaud Dubus/Liberation serta beberapa akhbar lain, namun poin utamanya ialah isu ini bukan lagi suatu rahsia di peringkat antarabangsa, malah sudah menjadi isu sensasi bukan sahaja dalam akhbar online atau edisi cetak harian antarabangsa, malah turut diperkatakan dalam akhbar online yang berkaitan dengan sistem pertahanan yang boleh dibaca oleh jutaan warga dunia.

Antara perenggan dalam artikel bertarikh 24 Mac 2009 yang disiarkan dalam Defence Industry Daily itu termasuklah:

[DEFENCE INDUSTRY DAILY] ...Full and impartial accountability for public figures is not a prominent feature of Malaysian justice, but French Journalist Arnaud Dubus added to the pressure with a March 5/09 report in France’s Liberation, “Un cadavre tres derangeant: L’etrange affaire du meurtre d’une interprete mongole qui gene le pouvoir en Malaisie” (Page 30-31). It names very prominent names, offers details, and reveals the contents of documents the Malaysian court has refused to admit…



If the documents are true, Altantuya was murdered....

The motive for Altantuya’s death was reportedly twofold: EUR 500,000 she wished to claim as her share of the “commission,” and the public embarrassment caused to....


(Sila klik pautan yang disertakan pada petikan
di atas untuk membaca keseluruhan artikel.)

Khamis, 29 Oktober 2009

SCORPENE: Apa Rahsia yang Takut Diketahui "Musuh"?

ARTIKEL DI BAWAH INI SAYA SALIN DAN TAMPAL DARI steadyaku47. TIDAK PASTI SIAPA PENULIS ASALNYA. YANG DIMAKLUMKAN DALAM BLOG TERSEBUT IALAH ARTIKEL INI DIFORWARDKAN OLEH Ladang Batagar DAN DITERJEMAHKAN OLEH Sitadewi. ARTIKEL INI MENYENTUH TENTANG KENYATAAN TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TENTANG KEWAJARAN KERAJAAN MEMBELI KAPAL SELAM SCORPENE SECARA TERTUTUP BUKANNYA SECARA TENDER TERBUKA. SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM steadyaku47, SEMEMANGNYA ARTIKEL INI DAPAT MEMBUKA MINDA KITA UNTUK MEMPERSOALKAN KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH TIMBALAN MENTERI TERSEBUT.


(Gambar ini diambil dari "defenseindustrydaily.com". Ada cerita menarik yang mengiringi gambar ini yang disiarkan dalam laman sesawang tersebut.)


Had we called for an open tender, we would have exposed our defence secret to the enemies…

Ketika terbaca jawapan timbalan menteri pertahanan kepada soalan yang diajukan wakil DAP di Parlimen pada hari Khamis 22hb Oktober, saya menyangka penyelenggara berita online tersilap. Mustahil seorang timbalan menteri yang ada gelaran ’Dr’ di hadapan namanya memberi jawapan sedemikian.

Pagi hari berikutnya, saya bergegas ke kedai 7 Eleven berhampiran untuk mencari kepastian. Akhbar Star dan the Sun pun membawa ungkapan serupa. Apalah agaknya ayat yang diguna oleh akhbar berbahasa Melayu. Mungkin berbeza mungkin sama. Sejak kedua-dua kumpulan akhbar ini terpaksa menukar kiblat ke Menara Dato Onn, saya sudah tidak lagi mengikuti omongan pemberita, penulis dan pengarangnya.

“Sekiranya kita menawarkan tender terbuka, kita akan mendedahkan rahsia pertahanan kepada musuh”. Mungkin begitulah lebih kurang maknanya jika diterjemah ke Bahasa Melayu.

Mujurlah wakil DAP yang mengajukan soalan sekadar melepas batuk di tangga. Ataupun macam robot yang telah diprogramkan. Asalkan ada soalan sudah memadai. Ketepatan dan kesahihan jawapannya tidak perlu dipersoal. Maka yang menjawab pun yakin ‘dalam kelompok orang-orang buta, yang celik sebelah mata menjadi raja’.

Musuh? Malaysia bermusuh dengan negara mana agaknya. Tak mungkin. Rasanya beliau tersalah ungkap. Atau memang ketika ini Malaysia sedang bermusuhan dengan negara lain.

Israel? Atau negara jiran yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel ? Kalaulah itu yang dimaksudkan, bukan setakat spesifikasi scorpene, kekuatan dan kelemahan kapal selam itu sendiri pun bukan lagi rahsia. Lihat sahajalah bagaimana mereka memusnahkan hampir keseluruhan kekuatan pertahanan udara Mesir pada bulan Jun 1967 dalam apa yang dinamakan sebagai ‘peperangan enam hari’.

Atau, apa yang dimaksudkan sebagai musuh itu sebenarnya lebih merupakan ‘musuh kepada syarikat yang mendapat durian runtuh’. Kalau dibuat tender terbuka, tentunya ada yang boleh menawarkan pakej yang lebih kompetitif. Dan bila mana tender diberikan kepada syarikat yang menawarkan sebut-harga yang lebih tinggi dengan pakej serupa, maka terjadilah seperti mana yang berlaku dengan cadangan pembelian Eurocopter. Kerana tender terbuka, semuanya terbuka. Dan syarikat yang gagal, yang merasa mereka tidak diberi peluang beraksi di gelanggang yang sama rata, tidak teragak-agak mendedahkan apa yang kononnya rahsia. ‘Siapa yang anda kenal lebih bermakna dari apa yang anda tahu’. (Whom you know is more important than what you know).

“Mendedahkan rahsia pertahanan kepada musuh”
Sebelum adanya kemudahan internet, ‘Jane’s Fighting Ships’, sebuah terbitan tahunan (annual publications) menerbitkan senarai komprehensif kapal dan spesifikasi tentera laut lebih seratus enam puluh negara. Termasuklah TLDM. Kini, diera dunia tanpa sempadan, siapa yang berminat boleh melayari laman web ‘Jane’s Fighting Ships’ asalkan sanggup membayar yuran langganan. Apa yang dianggap rahsia sebenarnya sudah lama menjadi rahsia terbuka atau open secret.

KD Rahmat, Jebat dan Lekiu, tiga buah frigate yang ditempah khusus mengikut spesifikasi TLDM mungkin, diawal pembinaan, boleh dikategorikan sebagai rahsia kerana ketiga-tiga buah kapal perang tersebut adalah prototype. Kerana keprotoan itulah, ia mengambil masa enam tahun untuk disiapkan. Tiga tahun lewat dari jadual. Pun begitu, negara mana atau ‘musuh’ mana yang tidak tahu KD Rahmat adalah kapal pertama di Tenggara Asia yang dilengkapi peluru berpandu ‘Seacat’ laut ke udara (SAM). Apa yang masih menjadi rahsia hanyalah jumlah ‘sasaran’ yang dimusnahkan peluru berpandu KD Rahmat, Jebat dan Lekiu. RTM yang membuat liputan ketika pertama kalinya (dan mungkin terakhir) KD Rahmat menguji peluru berpandu pada tahun 1976 tentu masih menyimpan rakaman yang begitu gah bunyinya “TLDM Berjaya melancarkan peluru berpandu laut ke udara…”

Kerana kejayaan itulah agaknya, maka enam tahun selepas peristiwa itu, pelancar kembar empat (quadruple launcher) KD Rahmat berpindah ke muzium.

Berbeza dengan scorpene. Siapa pun yang melayari internet akan dapat mengetahui bahawa syarikat pembuat kapal selam tersebut mengeluarkan tiga versi. Basic, basic-AIP dan compact. Malaysia pula bukan Negara tunggal yang memiliki kapal selam jenis ini. Yang membezakan antara scorpene milik Malaysia dengan yang dimiliki negara lain cuma kecekapan crew mengendali kapal itu sendiri. Harap-harap, janganlah ada kejadian lawak seperti dalam filem ‘Run Silent, Run Deep’ yang hampir memusnahkan kapal selam mereka sendiri.

Selepas kebakaran yang memusnahkan KD Seri Inderapura, tidak mustahil yang mustahil menjadi kenyataan.

“Mendedahkan rahsia pertahanan kepada musuh”?
Skandal John Profumo dan Chritine Keeler di Britain pada tahun 1963 sepatutnya dijadikan iktibar betapa pentingnya pengasingan mereka yang terlibat dibidang pertahanan dengan wanita ‘asing’. Ketika kewarasan fikiran dikuasai nafsu, pandangan jadi kelabu. Profumo hilang pertimbangan. Dia tidak terfikir untuk mengetahui latar belakang Christine Keeler. Fikirannya hanya tertumpu pada tubuh perempuan itu. Walaupun warga Britain, tapi CK juga ada hubungan rapat denga Ivanov, seorang attaché Rusia (ketika itu Soviet Union) di London.

Malang bagi Profumo kerana orang Inggeris tidak pemaaf seperti orang Melayu. Jawatan sebagai setiausaha pertahanan terpaksa dilepaskan. Kalau di Malaysia tidak jadi masalah untuk dia mengekalkan jawatan kerana orang Malaysia mengamalkan (secara terpilih) budaya ‘maaf dan lupakan’ atau forgive and forget.

Kalau benar kementerian pertahanan menganggap pembelian scorpene perlu dirahsiakan demi keselamatan negara, kenapa pula syarikat yang dianugerahkan tender mengguna khidmat juru bahasa perempuan dari negara luar. Tidak adakah orang Malaysia sendiri yang fasih bertutur dalam Bahasa Perancis. Tidakkah terfikir kemungkinan orang luar itu adalah klon wanita yang ditiduri Profumo. Ataupun mempunyai DNA yang hampir sama.

Kita boleh perbodoh sekelompok manusia setiap masa, dan semua orang pada satu-satu ketika, tapi jangan lupa ada masanya kita pula yang memperbodoh diri sendiri

Translation with thanks to Sitadewi
--------------------------------------------------------------------------------
Artikel Asal


“Had we called for an open tender, we would have exposed our defense secret to the enemies”.
That was the reply from deputy defense minister to a question from the opposition member of parliament on Thursday, 22nd October. My first impression was that the online news portal had erred. How could a deputy minister with a Dr prefix before his name eke out such reply.

The following morning, I hurried to the nearest 7 Eleven store to pick up the Sun and Star newspapers. Both quoted similar reply. I wonder how would it appear in the Malay newspapers. Will it be similar or different ? I could not envisage because I have lost touch with both publications. I have not been reading them for so long, especially so after they have made Menara Dato Onn (HQ for UMNO) as their directions of worship.


“Sekiranya kita menawarkan tender terbuka, kita akan mendedahkan rahsia pertahanan kepada musuh”. That could have possibly been the translation.

Fortunately, the DAP Parliamentarian who raised the question did so just for the sake of asking. Or perhaps he was just another preprogrammed robot. As long as there is a question to ask, his parliamentary responsibility is done. The reply, be it relevant or otherwise is of secondary importance. Little wonder, the person providing the answer think that ‘among the blind, the one-eyed is king’.

Enemy ? Which country is our probable enemy. Perhaps it was just a slip of the tongue. Or maybe, it’s true that Malaysia is not at peace with another country.

Is it Israel ? Or a neighboring country or countries which are closely associated with Israel .. Should that be what he meant, the scorpene specifications as well as its strength and weaknesses are no more secret. Remember how Israel annihilated the Egyptian air force during the six day war of June 1967.

Or, what is meant by enemy is in reality ‘the enemy to the company that was given the contract on a silver platter’. Had there been an open tender, there will surely be a competitor or competitors that can quote competitive price with identical package. And when the bidder that quoted the highest is given the job, those rejected will not have second thought of disclosing the way the tender was conducted.. The Eurocopter tender is a case in point. “Who you know is more important than what you know” is no mere perception. It is a reality.

“Exposing our defense secret to the enemy”
‘Jane’s Fighting Ships’ is an annual publication that came into existence long before we hear of ‘Google’. It provides reference for those who are interested to know about warships dating as far back as the nineteenth century. It publishes comprehensive information for more than one hundred sixty navies of the world including Malaysia . With the advent of the internet, its website is opened to subscribers all over the world. What was once considered as secret has now become an open secret.

KD Rahmat, Jebat and Lekiu, the three frigates that were specially built and tailor made for the Royal Malaysian Navy could, in its initial stage, probably be classified as secret. Secret in the sense that the three ships were the only type ever built. Since the three were prototype, it took Yarrow Shipyard more than six years to complete – three long years behind schedule. Even then, which country or which ‘enemy’ that do not know that KD Rahmat is the first warship in South East Asia to be equipped with ‘Seacat’ surface to air missile (SAM). The only thing that beg an answer is the amount of targets that were shot down by the missiles from the three frigates. Perhaps, RTM which covered the first (or was it the last) launching of the Seacat missile in 1976 still keep in its archive the footage with the headline “TLDM had successfully ‘launched’ her surface to air missile…”

Ironically, six years after the launching, the quadruple launcher was replaced by a 40/70 Bofors. Isn’t it what we call regression !

As for scorpene, it is no secret that the shipyard built three versions with varied specifications namely Basic, Basic-AIP and compact. Since Malaysia is not the only owner of the scorpene, the question of secrecy therefore has become irrelevant. What is of prime importance is the efficiency of the sailors manning the boat. Hopefully, the comedy in the film ‘run silent run deep’ whereby the submarine’s torpedo made an about turn that nearly ‘makan tuan’ is just a comedy to make us laugh.

After what happened to KD Seri Inderapura, I dread to think of the probabilities.

“Exposing our defense secret to the enemy”
The widely publicized scandal between John Profumo and Christine Keeler in 1963 that rocked the British Government should have made us realize the importance of screening person or persons who were entrusted with the county’s secrets. Out of lust, Profumo failed to scrutinize the background of the woman he was sleeping with. His thoughts were clouded by his sexual desire. Little did he realize that CK is closely associated with Ivanov, a senior Soviet Attache based in London .

John Profumo, the secretary of state for war did not only lose his job but also his dignity. Had he been in Malaysia , he would have been forgiven for jeopardizing the security of his country. Unfortunately for him, the British are not as forgiving as the Malays. The Malays are well versed in selective practice of “forgive and forget”.

If the defense ministry is really serious about the security of the country, why did it allowed a foreigner and a lady to be the interpreter. Was it not possible to find a Malaysian who is well versed in French. Did it not cross the mind of those people that the foreign interpreter could have been a clone of Christine Keeler. Or has similar DNA.

We can fool some of the people all of the time, and all the people some of the time, but lest we forget, there are time when we make a fool of ourselves.

,

[KEMAS KINI] Tiada EGM, Hanya SEMINAR, PAS Selangor Berdepan Jawatankuasa Disiplin

[MK] Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

"Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas - yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

"Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.

"EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada," kata Abdul Hadi lagi.
Dua keputusan penting itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali - yang turut menjadi sasaran kemarahan Nik Aziz - sebelum ini dan seorang lagi Naib Presidennya Salahuddin Ayub turut hadir di sisi Abdul Hadi.

Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat.
Abdul Hadi turut menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya.

Mesyuarat malam ini dipanggil bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz di Blog Tok Guru minggu lalu.


Beliau pada asalnya mendesak muktamar khas untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin yang didakwanya masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan seperti Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Mesyuarat itu bermula jam 8.45 malam ini walaupun Nik Abdul Aziz hanya menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam. Semua tiga tokoh utama yang dipertikai oleh beliau turut hadir.

Selain kenyataan Abdul Hadi di sidang media itu, butiran mesyuarat dan kehangatan perbincangannya belum dapat dipastikan. Ramai pemimpin PAS yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut.

YANG TERPAPAR DI ATAS ADALAH BERITA YANG DILAPORKAN SECARA TERSURAT OLEH AKHBAR, UNTUK ULASAN LANJUT TENTANG MESYUARAT KHAS PAS SEMALAM, SILA LAYARI:
* Keputusan Mesyuarat Malam Tadi Menunjukkan Perlu EGM dalam PAS - Tulang Besi

* Isu pita rakaman berakhir - Al Banjari
* Memang sungguh: Just another meeting!!- Pak Bakaq

Rabu, 28 Oktober 2009

Pendedahan Kisah Di Balik KERAJAAN PERPADUAN?

(Sekadar Hiasan)

Saya salin dan tampal artikel ini dari blog Al Banjari. Artikel ini ditulis lanjutan pertemuan antara Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan beberapa orang blogger termasuklah wakil blog Al Banjari beberapa hari yang lalu. Menarik untuk direnungkan, sesuai dengan tajuk yang diberi, iaitu "Pendedahan 1: Mohon Penjelasan AJK Pusat", maka 1Malaysia kini tertunggu-tunggu penjelasan yang akan diberikan berkaitan dengan pendedahan ini.

[AL BANJARI] RALAT : Berdasarkan kepada posting asal di sini, terdapat kecuaian yang tidak disengajakan terhadap nama blogger yang hadir. Dimaklumkan bahwa saudara MSO dan Azizi Abdullah tidak hadir ke majlis yg dianjurkan. Perkara ini dimaklumkan terus melalui email daripada saudara MSO pada petang tadi. Maka dengan ini, saya dengan penuh tanggungjawab memohon maaf diatas kecuaian yang tidak disengajakan.

Berdasarkan bukti foto diatas hanya 9 orang bloggers hadir ke majlis tersebut. (sumber foto-neutraldaily)

Penjelasan Tepat kepada kekeliruan yang timbul :

1. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.

2.Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.
(sumber asal dipetik dari : papa gomo) : Tulisan diatas memang jelas ada sebahagiannya telah disebutkan, tetapi perlu difahami dengan jelas bahawa si penulis itu menulis dari sudut pandangan dan pemahaman beliau sebagai ahli dan blogger Umno.

Apa yang dijelaskan dan disebutkan oleh Ustaz Nasa dan Dato' Hassan adalah 'isu rundingan' bukannya 'isu kerajaan perpaduan' sebagaimana yang dituliskan. Dan itulah yang dipertikai..!! Apapun bandingkan tulisan si gomo itu dengan ulasan yang diberikan dibawah :

Ulasan : Apa yang berlaku sebenarnya pada 9 March 2009 ( sehari selepas PRU 12) satu mesyuarat AJK PAS Pusat telah diadakan di Kota Baharu. Mesyuarat tersebut berbincang untuk menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri yang telah kita sedia maklum.

Mesyuarat itu juga telah memutuskan agar bersedia berunding dengan UMNO sekiranya segala syarat yang PAS letakan mendapat pertimbangan dari UMNO. Rundingan dengan UMNO itu bermaksud untuk memelihara agama, kerana apa yang ada pada PAS tiada pada UMNO dan apa yang ada pada UMNO tiada pada PAS kerana saling lengkap-melengkapi. Mesyuarat tersebut bukanlah untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Sejurus mesyuarat selesai TGHH telah pergi ke Kedah, Dato' Husam Musa ke Perak, Hj Mohamad Sabu ke Pulau Pinang, Ustaz Nasa dan Dato' Mustafa Ali ke KL dan Selangor untuk membantu menguruskan kemenangan PAS di negeri-negeri tersebut.

Ustaz Nasa memaklumkan, selepas mesyuarat di KB, dan ketika dalam perjalanan beliau ke KL/Selangor mereka mula berhubung dengan Khair Toyo selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan pertemuan pertama berlangsung di Shereton Subang dan turut dihadiri bersama oleh Dr Hassan Ali. Tiada persefahaman yang dapat dibentuk dalam pertemuan itu dan segala usaha kerjasama berakhir dan tamat di situ juga.

Umno terus berikhtiar, hinggalah beliau di hubungi pula oleh Pak Lah untuk pertemuan yang selanjutnya. Perkara itu juga dimaklumkan terus kepada TGHH dan TGHH yang berada di Kedah terus pulang ke KL dan satu perbincangan atau Mesyuarat Khas telah diadakan diantara beliau dan AJK Pas pusat yang lain di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Diantara agendanya ialah untuk membuat persediaan bagi menemui Pak Lah dan Khair Toyo buat kali ke dua. Dinyatakan juga dalam pertemuan ini tiada persefahaman yang dapat dibuat kerana PAS tetap dengan prinsipnya sebagai parti Islam. Usaha Umno GAGAL.

Pertemuan ketiga yang dikatakan oleh Ustaz Nasa ialah semasa beliau sedang minum di kantin Parlimen, tiba-tiba beliau di sapa oleh Dato' Yaacob (bapa Fazly) yang menyampaikan salam pertemuan dari Pak Lah dari pejabatnya ditingkat Parlimen. Menurut Ustaz Nasa pertemuan itu tiada langsung membincangkan mengenai perpaduan atau penyatuan yang telah gagal dalam pertemuan sebelum ini dan selepas itulah Pak Lah telah menyatakan kepada press(Media) tentang pertemuannya sebanyak 3 kali dengan Ust Nasa.

Bermula dari kenyataan Pak Lah itulah keadaan PAS mula menjadi haru biru. Lalu ustaz Nasa terus terfitnah sehingga sekarang. Dan fitnah itu pula berterusan dimainkan oleh blogger-blogger di blog.

Ustaz Nasa dan Dato' Hassan melontarkan persoalan, mengapakah hanya dipersalahkan ustaz Nasa, Dato' Mustafa Ali dan TGHH dalam isu rundingan ini ? Tidakkah keputusan ini telah dicapai dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat di Kota Baharu pada 9 March 2008 lalu ?

Saya(MRK albanjari) bertanya, apakah dan mengapa TGNA tidak dimaklumkan akan butir keputusan mesyuarat tersebut ? Jawapnya kerana TGNA tidak hadir. Walaubagaimanapun menurut Ustaz Nasa segala keputusan itu telah pun dipersembahkan dan dimaklumkan kepada TGNA.

Maka dari itu ustaz Nasa dan Dr Hassan Ali, meminta mohon penjelasan daripada AJK PAS Pusat yang terlibat, sila nyatakan pendirian anda samada kenyataan ini benar atau tidak ! Jika anda ingin melihat keadilan dan perpaduan terus kukuh dalam PAS.

Isu yang kedua terhadap Ustaz Nasa ialah apabila beliau respons terhadap kenyataan Najib Razak di Parlimen. Dan beliau hanya menyatakan bahawa beliau mengalu-alukan kenyataan tersebut dan akan menyampaikan kepada Presiden PAS yang ketika itu berada di London.

Ujar ustaz Nasa salahkah beliau mengungkapkan demikian, ini kerana sudah menjadi akhlak Islam apabila orang memberi salam kita wajib jawab salam tersebut, dan apabila orang menyatakan hasrat kita sambut hasrat itu dengan sopan, dan beliau juga tidak memutuskan sebarang pelawaan dari Najib bahkan beliau mengambil sikap untuk membawa perkara itu kepada bosnya terlebih dahulu, maka salahkah sikap yang telah beliau ambil ?

Dan selepas itu timbul pula isu UG yang menjadikan jemaah dan ahli PAS semua menjadi bertambah haru-biru. Dari apa yang disampaikan oleh beliau, idea UG ini timbul bagi menjaga kepentingan Islam dan Bangsa Melayu tetapi malangnya belum sempat ianya diseminarkan dan dibincangkan secara serius, ramai yang membantah dan menyuarakan bantahan. Maka ia terus ditarik balik oleh TGHH dan mati begitu sahaja sehinggalah ia hangat kembali selepas Muktamar PAS baru-baru ini.

Soalnya siapa yang menghidupkan kembali isu UG ini ? Siapakah yang ingin melompat katak masuk UMNO ? Menurut Dato' Dr Hassan Ali lagi, kepada kami dan kepada anda semua sila nyatakan bila dan dimana beliau pernah mengatakan akan melompat masuk UMNO dan membawa orang-orang PAS Selangor bersamanya ? Bahkan beliau menyatakan beliau dari awal lagi tidak pernah membicarakan tentang isu UG ini secara terbuka dan bagaimana beliau pula yang dikaitkan dengan isu tersebut. bersambung siri ke-2 yg kontroversi.

, ,

Selasa, 27 Oktober 2009

MENGAPA "MEREKA" BERIA-IA MAHU TG NIK AZIZ BERUNDUR?


Berita 1

Nik Aziz berundurlah sebelum dikutuk - Dr. Mahathir

[UM] 26 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta memahami bahawa kepimpinannya telah mula ditolak sama ada dari dalam mahupun luar parti yang memerlukan beliau berundur segera.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bagi semua pemimpin politik, akan tiba masanya untuk berundur demi memastikan legasi pemerintahan mereka dikenang secara baik.
"Jika Nik Abdul Aziz memilih untuk tidak mendengar atau masih mahu berpegang kepada kuasa, ada kemungkinan beliau akan mula dikutuk masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara (Nafam) 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, beliau memberikan nasihat itu berdasarkan pengalamannya semasa aktif dalam politik dahulu.
Justeru, menurutnya, beliau sendiri telah berundur ketika gesaan ke arah itu mula timbul.
"Sebelum orang mula berkata 'hey, orang tua ini bila dia nak pergi', sebelum orang kata macam itu, maka berundurlah kerana masa itu orang akan ingat kita.
"Kalau tunggu sampai orang 'tendang' kita, masa itu orang akan kata benda-benda yang teruk-teruk, nasib baiklah saya cukup pada masanya (berundur)," katanya...



Berita 2

Nik Aziz tak lagi relevan

[UTUSAN MALAYSIA] 27 Okt. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz sebagai pemimpin yang tidak lagi relevan di kalangan generasi muda parti itu dan perlu mengundurkan diri serta-merta.
Menurut beliau, ini kerana cara pemikiran dan politik Nik Aziz telah ketinggalan zaman serta tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa terutama di kalangan kepimpinan generasi muda.
‘‘Ini terbukti apabila pengaruh Menteri Besar Kelantan itu semakin luntur di negeri yang dipimpinnya sehingga menyumbang kepada kemerosotan sokongan kepada Pas pada pilihan raya kecil Manek Urai, baru-baru ini,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata demikian selepas Majlis Deepavali Parlimen Batu Pahat, di Dewan Jubli Intan, di sini, malam tadi.
Ekoran itu, menurutnya, kini tiba masanya Nik Aziz mengundurkan diri secara terhormat dan tempatnya digantikan kepada pemimpin yang lebih berwibawa.
Mohd. Puad berkata, Nik Aziz juga harus sedar yang kepimpinannya tidak lagi diterima oleh majoriti rakyat Kelantan serta ahli Pas sendiri.
‘‘Ini terbukti apabila ramai orang Pas sudah tak mendengar cakapnya sehingga cadangannya untuk mengadakan satu Muktamar Agung Khas (EGM) tidak mendapat sokongan,” katanya....

Mengapa beria-ia sangat mahu TG Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur? Jawapannya mudah, semua orang pun boleh mengagak mengapa UMNO beria-ria mencampuri urusan dalaman PAS sedangkan mereka sepatutnya menangani masalah yang dihadapi MIC dan MCA. Berbuih-buih mulut PM, TPM, dan konco-konco yang lain mengeluarkan kenyataan/pandangan tentang PAS. Semua usaha tersebut dilakukan tidak lain tidak bukan kerana TG Nik Aziz merupakan "benteng kuat" yang menghalang pembentukan kerjasama UMNO -PAS yang sekali gus akan melemahkan Pakatan Rakyat.

Usaha ini akan pasti terhalang jika TG Nik Aziz masih memegang jawatan dalam PAS, justeru pelbagai alasan dan tekanan diberikan untuk memastikan beliau tidak menghalang usaha pembentukan/penyatuan yang kunun-kununnya demi kebaikan orang Islam. Islam...? Baru hendak laksanakan hukuman sebat sebanyak 6 kali pun sudah kecoh 1Malaysia, hukuman syariah direndah-rendahkan martabatnya, namun orang-orang ini masih mahu bercakap tentang "Islam".

Tanpa TG Nik Aziz, siapa lagi yang berpengaruh akan menghalang usaha tersebut (Kerajaan Perpaduan)?

Menarik di Utusan hari ini: Hadi Pun Tahu Rahsia Anwar? Apakah rahsia yang dimaksudkan oleh Che Det?

Menarik juga di blog Al Banjari yang menyentuh tentang pertemuan Datuk Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan para blogger. Dalam komennya terhadap kiriman blogger pro-UMNO yang menyentuh tentang inti pati pertemuan tersebut, ada beberapa perkara turut didedahkan berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan. Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.



, ,

Ahad, 25 Oktober 2009

18 KALI KAHWIN, 18 KALI BUNUH

Hanya kerana menginginkan seks dan wang, seorang bekas guru di Mangalore, India kini digelar pembunuh bersiri yang kejam. Lelaki tersebut dikenal sebagai Mohan Kumar, 46, mempunyai tiga orang isteri "sebenar".

Modus operandinya bermula dengan meng"ayat" perempuan yang disukainya sehingga "cair", kemudian melamar perempuan itu dengan menyatakan bahawa keluarganya tidak menekankan keperluan memberikan emas kahwin (dowry), selepas berjaya meyakinkan mangsa, lelaki itu akan mengahwini mangsa di kuil.

Lelaki itu akan membawa pasangannya bermulan madu. Mereka melakukan seks pada malam pertama dan pada keesokkan harinya, si lelaki ini akan memberikan pil cynide yang kunun-kununnya pil pencegah kehamilan. Lokasi pembunuhan adalah di stesen bas dan di tandas awam di sekitar kawasan mereka berbulan madu. Selepas meyakini "isteri" barunya itu sudah meninggal dunia, lelaki tersebut akan bergegas ke hotel penginapan untuk mengambil barangan kemas milik mangsa.

Gila! Cerita lanjut sila baca berita yang dipautkan di bawah ini:

[DC] A former teacher in Mangalore, India, has confessed to marrying and murdering 18 women since 2003.
Mohan Kumar, 46, admitted to the murders of the women, aged between 18 and 25 after being detained by police on Wednesday in a case involving a missing girl.
His marry-and-murder spree began after he resigned as a primary school teacher after working for 23 years.
According to media reports, Kumar would approach the girls and tell them that they resembled someone he knew, just to strike up a conversation.
After asking them about their family backgrounds, he would meet them for a few times before proposing marriage. He would insist that his family would not want any dowry, as it is the custom among many ethnic groups in India.
If the woman agreed, he would take her to a temple to get married according to Hindu rites.
Investigations showed that each of his "wives" did have a honeymoon before they were murdered. They were taken to different lodges in Bangalore, Mysore, Hassan and Madikeri in the state of Karnataka.
However, soon after having sex, he would make them swallow cyanide pills, which he would claim were contraceptives pills.

Most of the women were found dead at bus stations in various towns of the state a day after their spent their wedding nights. One was found dead in a temple.
Police spokesman Gopal Hosur said after having sex, Mohan would usually ask his "wives" to keep jewellery in the room as a precaution against robbery before taking them to visit places of interests.
"Along the way, he would make the woman take a cyanide in the bathroom of the bus stand. He would wait there for three minutes to ensure that his victims never returned.
“He would then rush back to the lodge, pick up the jewellery and return home to his village near Mangalore,” he said.
In his confession, Kumar, who has three real wives, said commited the crimes to satisfy his sexual urges and also to get their jewellery.
It was reported that Kumar made his first “amorous advances” in 2000 and had tried to push one woman who rejected him into a river.
Onlookers nabbed him and handed him over to the police but Kumar was acquitted when the witnesses did not turn up in court.

Kumar was taken to the Mangalore court were police obtained a five day remand order. Police have also detained a goldsmith suspected to have supplied cyanide to the serial killer.
Police have so far identified 17 of the murder victims with one more in the process.

Sabtu, 24 Oktober 2009

BELANJAWAN PRU KE-13?

Banyak orang menyatakan bahawa PRU ke-13 akan dilaksanakan pada tahun depan. Kata mereka, momentum 1Malaysia + ekonomi yang semakin kukuh + petunjuk di Bagan Pinang + skrip Sodomi II + aksi SPRM + pelbagai propaganda + masalah yang dihadapi oleh PR meyakinkan pemimpin 1Malaysia untuk melaksanakan PRU ke-13 lebih awal dengan harapan PRU itu nanti dapat meledakkan tsunami politik di negeri-negeri yang dikuasai PR. Berdasarkan Bajet 2010 yang diperkatakan/dibicarakan dengan lebih detail di bawah ini, telahan yang menyatakan bahawa PRU ke-13 semakin dekat ada benarnya. Lanjut sila baca di bawah ini:

[MERDEKA REVIEW] Belanjawan tahun 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak memperlihatkan bagaimana kerajaan Barisan Nasional mula mengatur langkah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Selain pengagihan peruntukan yang cuba mengambil hati setiap kaum, Belanjawan 2010 yang bertemakan "1Malaysia, Kemakmuran Bersama" ini juga menyahut beberapa tuntutan politik, misalnya mengambil langkah memerangi rasuah dengan penggubalan Whistle Blower Act dan penubuhan mahkamah khas kes rasuah.

Jelas, belanjawan sulung Najib selaku PM ini bakal ditampilkan sebagai belanjawan yang pragmatik oleh media arus perdana, lebih-lebih lagi apabila pembangkang mahupun pemimpin Pakatan Rakyat memerlukan lebih masa untuk mengkajinya. Najib bakal diraih dengan tepukan sekali lagi, selepas Perhimpunan Agung UMNO ke-60 yang melabuh tirai pada minggu lalu.

Menyentuh keperluan kaum
Dalam persepektif masyarakat Cina yang berpendidikan Cina, pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan sama ada Cina mahupun Tamil, telah dijadikan kayu ukur sama ada kerajaan BN berlaku adil atau tidak kepada komuniti etnik lain. Malah, peruntukan untuk pembinaan SRJK (c) baru (bukan sekadar pemindahan) menjadi kayu ukur sama ada MCA berperanan/berpengaruh atau tidak dalam kabinet.

Menambah-bina SRJK(c) hanyalah janji yang ditaburkan ketika pilihan raya selama ini. Selepas tamatnya penggal kerajaan, janji kekal sebagai janji, kemudian diulang sebagai janji baru (manifesto) untuk mengaut undi. Adegan ini terbongkar juga pada akhirnya, menjadi antara faktor yang menjurus kepada tsunami politik pada 8 Mac 2008.

Kali ini, Najib mengambil langkah bijak apabila mengumumkan sejumlah RM 1.6 bilion disediakan bagi pembinaan 80 buah sekolah baru serta 1,100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah. Malah dinyatakan bahawa peruntukan ini adalah untuk Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Mubaligh (mission school), walaupun tanpa dinyatakan nisbahnya.

Najib tidak lupa untuk memberi reaksi kepada tuntutan Parti Hak Asasi Manusia (PAHAM) yang diketuai pemimpin Hindraf P. Uthayakumar, apabila RM 20 juta disediakan khas untuk usahawan kecil India (tambahan kepada RM15 juta yang sedia ada). Pada 13 Oktober, P.Uthayakumar mencadangkan kepada kerajaan Najib agar menambah peruntukan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana kaum India.

PRU ke-12 yang menyaksikan bagaimana Pakatan Rakyat menyapu 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut disentuh keperluannya. "Tsunami politik" yang melanda ibu kota ini lebih dijuruskan beban ekonomi yang menekan, masalah yang melangkaui semua kaum, daripada hanya sentimen masyarakat bukan Melayu.

Justeru itu, peruntukan RM48 juta disalurkan, bahkan kementerian yang bakal bergelar Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program membasmi kemiskinan bandar, malah mensasarkan golongan yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.

Namun, Najib tidak lupa untuk menabur peruntukan di kawasan luar bandar, lebih-lebih lagi apabila kawasan ini merupakan kubu BN untuk mengekalkan kuasa kerajaan di genggaman. RM2.3 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur kawasan luar bandar, malah RM857 juta daripadanya telah disalurkan kepada Sarawak dan Sabah.

Menyahut tuntutan politik
Bukan sekadar memenuhi keperluan ekonomi komuniti masing-masing, Najib yang selama ini dikritik tidak bertekad untuk mereformasikan sistem politik, seperti usaha membanteras rasuah, membuka ruang demokrasi, telah mengumumkan penggubalan Whistle Blower Act dan penubuhan 14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan 4 buah Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah, sebagai tambahan kepada 4 buah mahkamah yang sedia ada di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Pakatan Rakyat sememangnya boleh mempertikaikan bahawa langkah "reformasi politik" Najib terlalu kurang untuk menjawab tuntutan masyarakat umum. Malah, PR akan terus mempersoalkan keikhlasan dan keberkesanan kerajaan Najib untuk menangani masalah rasuah kerana tidak bertekad untuk "membebaskan" sistem kehakiman dari kawalan. Kes yang dirujuk adalah kes Tian Chua, ahli parlimen Batu PKR yang dijatuhkan hukuman kerana "menggigit polis", dan keputusan kerajaan untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam Lingam Tape.

Malah, PR boleh terus dengan perjuangan "Akta Gaji Minima", namun ia mungkin tidak "populist" kerana bukan semua kelas terutamanya peniaga menyetujuinya, walaupun isu ini meresap ke dalam denyutan nadi golongan buruh yang terlibat.

Oleh itu, tidak keterlaluan bahawa Belanjawan 2010 ini dikatakan sebagai Belanjawan PRU ke-13, seandainya dibaca dalam konteks politik Malaysia. PR berdepan dengan cabaran apabila tuntutan, dasar malah slogan mereka diambil-alih oleh kerajaan Najib, walaupun pernah dikritik tidak lama dahulu.

Apakah langkah PRU ke-13 semakin menghampiri?

, , ,

Jumaat, 23 Oktober 2009

Mengapa PAS Perlukan Muktamar Luar Biasa?

Artikel ini disalin dan ditampal dari blog Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tajuk asalnya, iaitu PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?


Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:
Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.(Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:
Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.(Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :


Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

, , ,

Khamis, 22 Oktober 2009

1MALAYSIA Hanya Dapat Dicapai Melalui 1SEKOLAH

Secara peribadi, saya amat mengagumi semangat patriotik yang ditunjukkan oleh Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Jarang-jarang seseorang yang berbangsa bukan Melayu berpandangan begitu, baik orang politik, ahli akademik, ataupun masyarakat biasa.

Bagi orang politik, isu sekolah jenis kebangsaan sering dipolitikkan untuk kepentingan mereka, baik di pihak BN mahupun di pihak PR. Semuanya mahu menjadi hero sedangkan apa yang diperjuangkan itu sebenarnya mempertahankan sistem pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British suatu ketika dahulu.

Bersambung (saya mahu meluahkan lagi pandangan tentang hal ini kemudian...)

[MSTAR] Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai, kata tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Beliau berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.

Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.

"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program wacana "One Malaysia: Cabaran dan Harapan" sempena program semarak perpaduan dan patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Namun begitu, beliau menjangkakan ada pihak yang akan membantah cadangan itu tetapi mereka yang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa. Mengimbau kembali sejarah terbentuknya sekolah pelbagai aliran di negara ini, Prof Khoo Kay Kim berkata, mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.

"Jadi, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri. "

"Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warganegara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka," katanya lagi.

Khoo juga berkata, kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.

Menurutnya, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing berbanding matlamat utama negara bangsa.

"Ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri," katanya.

,

[KEMAS KINI] PAS Mula Hilang Sokongan Orang Bukan Melayu?

(Mungkin tiada lagi situasi di atas pada pilihan raya akan datang. Siapa tahu....)

Saya petik:
Pengundi Cina dan India Telah Meninggalkan PAS
Petanda pertama adalah pilihan raya Bagan Pinang di mana PAS kalah di SEMUA PETI2 UNDI CINA dan INDIA. Petanda kedua adalah Hari Terbuka PAS Pusat sempena Hari Raya Aidil Fitri di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibilang dengan jari. Tidak seperti tahun lepas di mana kedatangan orang bukan Islam boleh dibanggakan, tapi tahun ini kedatangan mereka amat memalukan PAS.


Kalau tiada tindakan drastik dari PAS, akan ada lagi petanda-petanda susulan dari orang bukan Islam yang akan berakhir dengan PAS kalah di kebanyakan kerusi yang akan dipertandingkan.


................


Lanjut sila klik pautan ini.
 
BERKAITAN & MENARIK DARIPADA PAK BAKAQ:


Saya tidak tahu siapa yang memberikan kenyataan kepada Malaysiakini. Tetapi, saya berharap para pemimpin PAS buat homework dulu sebelum bercakap dengan wartawan. Jangan bercakap merapu macam si bangang yang kehilangan separuh dari akalnya.
Tetapi, jika yang memberikan kenyataan kepada Malaysiakini itu memang bangang, berhentilah jadi pemimpin PAS. Saya dah tak larat nak habaq dah, orang bangang tak layak sama sekali jadi pemimpin.
Dalam berita Malaysiakini semalam yang bertajuk "PAS tidak sepakat isu bukan Islam," antara lain dinyatakan:
Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti.
Sejak bila pula satu dewan boleh mengubah dasar parti? Pergi baca Perlembagaan PAS la!...

Rabu, 21 Oktober 2009

PAKAR FORENSIK: Teoh Beng Hock Disula & Dicekik!

Saya petik:

[MK] Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.
Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.

Selasa, 20 Oktober 2009

Apakah Nilai "Maruah" Negara?

Saya pernah mengetengahkan isu ini sebanyak dua kali. Tiada komen yang hebat-hebat pun saya tulis tentang hal ini. Sekadar menyatakan betapa saya sangat-sangat tidak bersetuju jika negara yang berdaulat dan bermaruah ini mengambil semula atau memberikan taraf PR kepada "penderhaka" yang suatu ketika dahulu membakulsampahkan kewarganegaraannya demi mengejar kekayaan di negara orang. Jika mereka sudah bertekad berbuat demikian, mengapa kita pula yang beria-ia menghulurkan tangan?


Rupa-rupanya ada sekitar 200 ribu "penderhaka" yang berada di Amerika Syarikat. Jumlah itu belum ditambah lagi dengan "penderhaka" yang tidak mempunyai mana-mana kewarganegaraan kini merempat di Britain dan di beberapa negara Eropah yang lain. Malas hendak menulis panjang tentang isu ini kerana apa-apa yang hendak dikatakan telah saya tulis dalam kiriman yang lalu.

Yang saya pelik ialah sikap pemimpin negara yang sanggup menjadikan negara ini "dayus" semata-mata kerana sedikit laba (belum tentu lagi). Bayangkanlah alasan yang diberikan oleh Duta Malaysia di AS seperti yang dilaporkan di bawah ini. Kerana fulus, dia sanggup mengesyorkan negara memberikan taraf PR kepada "penderhaka-penderhaka" tersebut. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong! Malang!

Jadi, tidak hairanlah jika suatu hari nanti akan wujud banyak lagi "penderhaka" yang akan mengambil kesempatan atas dasar pemurah dan belas kasihan negara. Begitu mudah pemimpin negara "memaafkan" dan "menerima" orang yang merendah-rendahkan maruah negara. Sikap beginilah yang akan menjadikan negara diperlekehkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kurang setuju? Terpulang kepada anda.

Selain itu, cuba perhatikan, apa tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa terhadap "penderhaka" yang mempersendakan agama, menyentuh sensitiviti kaum lain, dan mencemar maruah negara melalui lagu kebangsaan suatu ketika dahulu? Adakah demi kepentingan politik, sikap kurang ajar itu dibiarkan begitu sahaja? Wajarkah dengan hanya meminta maaf (belum tentu ikhlasnya) kes seumpama itu dibiarkan begitu sahaja?

[KOSMO] 20 Oktober - Kerajaan disyor menawarkan taraf Pemastautin Tetap (PR) kepada lebih 200,000 bekas rakyat negara ini yang kini menjadi warganegara Amerika Syarikat (AS) bagi mewujudkan rangkaian ekonomi kukuh antara kedua-dua negara.

Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, kebanyakan bekas rakyat Malaysia yang bekerja di pelbagai bidang profesional dan jawatan penting dalam syarikat multinasional di negara itu mempunyai kekuatan ekonomi yang menguntungkan Malaysia.

"Walaupun mereka bukan lagi rakyat Malaysia dan tidak mahu menjadi rakyat Malaysia tetapi hati mereka masih lagi pada Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di sini malam kelmarin.

Menurut Jamaluddin, kehadiran bekas rakyat Malaysia ke negara ini dapat menyuntik aliran masuk wang asing yang besar pada setiap tahun.

Tambah beliau, sekiranya seorang daripada mereka membelanjakan sebanyak AS$10,000 (RM38,000) ke negara ini, maka sebanyak AS$2 bilion (RM7.6 bilion) setahun akan disalurkan kepada Malaysia.

, ,

WINDOWS 7 Semurah Semangkuk MI BABI

Penangan fenomena cetak rompak: harga Windows 7 di Shanghai, China hanya sekitar 20 yuan (kurang daripada 3 dolar Singapura) atau sama harganya dengan semangkuk mi babi yang dijual di tepi jalan di sekitar Shanghai.

Berdasarkan pengalaman wartawan di bawah ini, CD perisian komputer tiruan yang amat-amat murah itu boleh diperoleh dengan harga diskaun (sudahlah murah dapat diskaun lagi) jika barangan tersebut dibeli dalam jumlah yang banyak. Bukan hanya perisian komputer, barangan aksesori perempuan seperti beg tangan dan pakaian berjenama tiruan turut dijual secara berleluasa di sana.

Dalam hal ini saya tidak mahu ditempelak oleh peribahasa, "kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak" kerana gejala cetak rompak bukan sesuatu yang asing di negara kita. Gejala ini juga amat "popular" di sini. Kalau mahukan CD/VCD/DVD cetak rompak, anda dapat menemukan barangan tersebut dengan mudah di pasar malam, di lokasi tertentu, atau di sekitar Jalan Petaling (syurga barangan tiruan, tetapi awas dengan sikap kurang ajar peniaga ala kongsi gelap di situ). Begitu juga dengan barangan kulit dan pakaian berjenama tiruan yang amat mudah ditemukan di lokasi-lokasi yang dinyatakan tadi. Lagipun, apa barangan cetak rompak yang tidak ada dijual di negara kita? Baju, beg, kicap, sos, tali pinggang, aksesori telefon bimbit, aksesori komputer, rokok, makanan, semua ada...cuba senaraikan barang tiruan yang tidak dijual di negara ini?

Bagaimana barangan cetak rompak amat mudah didapati di negara kita? Persoalan itu perlu diajukan kepada pihak berkuasa tempatan, pihak polis, dan agensi penguatkuasaan yang terlibat. Yang peliknya, kadang-kadang barangan tiruan ini dijual selang beberapa blok sahaja dari pejabat pihak berkuasa. Jika tidak masakan nama negara pernah dicanangkan di seluruh dunia sebagai syurga VCD/DVD cetak rompak!

Namun, bak kata peribahasa, "alah membeli, menang memakai", barangan cetak rompak memang banyak kelemahan dan kekurangannya. Hal ini boleh dilihat dari segi kualiti dan mutu pembuatannya yang jauh berbeza daripada barangan asli. Lanjut sila baca pautan di bawah ini:

[ASIAONE] - I confess, my copy of Windows 7 Ultimate, the latest version of Microsoft's Windows franchise, was just that: a copy.
I picked it up at a shop in a subway station near my house for 20 yuan, or less than $3 -- about the price of a bowl of soupy pork noodles available across Shanghai.
I bought it this week on a story assignment that sent me into the city's notorious Xinyang market, where boxes of the software were tucked among racks of fake Ralph Polo T-shirts and Gucci bags, even though its official launch was a week away.
One shopkeeper, a petite woman in her 30s, was clearly impressed by my well-heeled attire and assumed I was a seasoned buyer of pirated wares rampant throughout China.
"If you buy 10 you get it cheaper," she said in broken English.
"If you buy Microsoft Office 2010, you also get cheaper. I can wholesale you. How many you want?," she prodded, eager to unload stacks of the CDs wrapped in white non-descript cases.
In a sign of how far China has come since its Communist Iron Rice Bowl days, there was even the promise of customer satisfaction: "The installation instructions are in English and if it's not working you can bring it back to change," she said.


HALFWAY THERE
I left with my box containing one Windows 7 disk, the first part of my task completed.
Now came the more daunting part.
Many have warned me that installing pirated versions of Windows on a computer is a bit like playing Russian Roulette with your hard drive. But I had to see this mission through, and enlisted a colleague's help to install it on a laptop.
The results were quite impressive, at least initially.
Windows 7's interface is very fresh. Instead of little square boxes on the task bar at the bottom of the screen, there are icons. Keeping track of multiple browser windows is no problem as one click of the Internet Explorer icon lets you see all the browsers you have open.
It also allows you to drag interactive applets or widgets onto your desktop, and the boot-up time seemed faster than for the Windows Vista I have on my laptop at home.
But, after a reboot, the laptop mysteriously crashed, with a black screen prompting: "Bootmgr is missing."
Uh-oh.
Thankfully, my colleague had the genuine Windows XP on hand and my rendezvous with piracy was over....

,

Isnin, 19 Oktober 2009

INIKAH PUNCA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT "DIJATUHKAN" DI PERAK?

[ALHUSSEYN] Raja Petra mendedahkan dalam tulisannya, bahawa baginda Sultan di kedua-dua negeri, Perak dan Selangor sengaja melambat-lambatkan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat hingga tertunda satu minggu sebelum diperkenan untuk mengangkat sumpah dengan mengenakan beberapa syarat.

Menurut dakwaan Raja Petra lagi, penundaan tersebut telah memberikan ruang masa dan kesempatan bagi kerajaan Barisan Nasioanal untuk memindah dan memusnahkan segala bukti salah laku yang ada.

Penundaan satu minggu itu juga memberikan kesempatan bagi Umno berbincang dengan PAS, bagi tujuan menubuhkan kerajaan UBN/PAS negeri Perak dan Selangor.


Ikuti seterusnya terjemahan tulisan Raja Petra seperti berikut :

Malahan Umno bersetuju melantik Menteri Besar daripada PAS bagi kedua-dua negeri tersebut serta menyetujui untuk melaksanakan undang-undang Islam.

Tetapi PAS tetap setia dengan rakan mereka DAP dan PKR lalu menolak tawaran Umno. Akhirnya Sultan tiada pilihan melainkan bersetuju untuk menerima angkat sumpah Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di dua negeri, Perak dan Selangor.

Tetapi, ini tidak menghentikan mereka daripada membuat rancangan disebalik tabir untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan tersebut.

Sultan Selangor lebih bersedia untuk menimbang semula perkara tersebut sebagai ‘a fait accompli’ (sesuatu yang sudah dipersetujui dan tidak boleh diubah). Tambahan pula,Pakatan Rakyat di Selangor mempunyai majoriti yang jelas dan adalah rumit untuk membeli begitu ramai wakil rakyat. Tetapi Perak adalah berlainan sama sekali. Majoriti Pakatan Rakyat di Perak begitu tipis berbanding dengan Selangor.

Sejurus setelah kerajaan baru diperkenankan, Baginda Sultan Perak mula meminta itu dan ini dan sebagainya.Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia untuk melayani beberapa permintaan pihak istana Perak demi menjaga hubungan baik dengan istana.Tetapi apa yang di pinta oleh Sultan dan keluarga Baginda tidak dapat ditunaikan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak ada pilihan melainkan berkata ‘tidak’ kepada permintaan Sultan.

Tentunya hal sedemikian amat mendukacitakan Sultan. Maka , apabila Pakatan Rakyat hilang majoriti, Sultan tanpa melengahkan masa, serta merta berkenan menerima angkat sumpah bagi kerajaan baru Barisan Nasional.

Pada mulanya, Sultan tidak begitu pasti samada Baginda patut singkirkan kerajaan Pakatan Rakyat bagi memberi lalauan kepada kerajaan Barisan Nasional. Tatkala Menteri Besar Pakatan Rakyat , Nizar Jamaluddin, mengadap baginda, memohon supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi laluan pilihanraya yang baru diadakan, Baginda bertitah akan memikirkannya terlebih dahulu.

Tetapi secara tiba-tiba selepas sahaja Perdana Menteri Najib Tun Razak, mengadap Baginda dan menggesa Baginda supaya menolak permohonan Pakatan Rakyat membubarkan DUN; Baginda berkenan menerima Barisan Nasional sebagai kerajaan baru.

‘Gesaan’ Najib adalah mudah.Nazrin, anakanda Baginda tidak akan menjadi Raja Muda Perak. Ini bermakna, Nazrin tidak akan ditabal sebagai pengganti Sultan. Dan apabila kelak Sultan mangkat, sebagai mana kepastian yang akan berlaku nanti, kerajaan persekutuan tidak akan menyokong Nazrin sebagai pengganti Sultan Perak . Lihat apa yang berlaku kepada Negeri Sembilan. Walaupun Yamtuan telah melantik anaknya sebagai pewaris tahta, namun itu tidak bermakna beliau menjadi Yamtuan yang seterusnya.

Maka, pewarisan Nazrin terhadap tahta negeri Perak bergantung kepada ‘hubungan muhibbah’ kerajaan pusat ; yang hanya sekiranya kerajaan negeri adalah dibawah Barisan Nasional maka adanya ‘hubungan muhibbah’ ini.Sekiranya Pakatan Rakyat kekal menerajui kerajaan, maka Nazrin dijangka membayar harganya apabila masanya tiba untuk menggantikan ayahandanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarga Baginda telah meminta banyak perkara , kesemuanya telah ditolak.Umno akan memastikan Baginda Sultan dan keluarganya akan memperolehi apa sahaja yang mereka mahu jika Barisan Nasional mengambil aleh kerajaan negeri Perak.

Dan dengan itu, nasib Pakatan Rakyat dimetrai.Sultan menerima Barisan Nasional sebagai kerajaan baru negeri Perak dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah yang Sultan dan keluarga Baginda mahukan yang Pakatan Rakyat katakan ‘tidak’ dan yang Barisan Nasional sekarang katakan ‘ya’?

Ya, jom kita lihat bagaimana dalam masa hanya beberapa bulan sahaja , Sultan dan keluarga Baginda tiba-tiba sahaja menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, tentunya dengan mengorbankan Pakatan Rakyat.

1. Umno menganugerahkan Sultan sekeping tanah kerajaan lot 183578. Tanah seluas 600 ekar ,lokasinya di Tanjong Tualang, daerah Kinta. Tanah ini didaftar atas nama Mohamed Khaair Johari Hj Osman , proksi Sultan.

2. Umno menganugerahkan Sultan satu konsesi balak seluas 1,000 ekar di sepanjang km-11 lebuh raya Gerik-Kupang di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak. Konsesi ini asalnya telah diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Bagaimana pun, ianya di tarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak yang Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menganugerahkan Sultan tujuh konsesi pembalakan di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 and 49 di hutan simpan Kenderong Hulu Perak. Tujuh lot yang luasnya lebih kurang 600 ekar, adalah dibawah nama dua syarikat proksi Sultan -- Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd and Kibaran Wang Sdn Bhd.

4. Umno juga dijangka meluluskan satu cadangan ‘penanaman hutan semula’ (reforestation) melibatkan 10,781 hecta ekar. 5,781 hecta ekar di hutan simpan Gunung Besout , diselatan Perak sementara 5,000 hecta bekar lagi di Pondok Tanjung, di jajahan Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek besar ini ialah Permatang Utama Sdn Bhd (nombor pendaftaran syarikat 513583-D) yang Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu Sultan.

5. Selanjutnya lagi, Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah telah di ‘izinkan’ untuk mengambil alih hak kerajaan negeri, Casuarina Hotel Ipoh, dengan harga rundingan ‘kerat leher’ hanya RM43 million; dimana harga yang jauh lebih tinggi boleh diperolehi melalui harga pasaran terbuka. Hotel tersebut terletak di satu kawasan utama Ipoh dan dengan hanya tanah kosong sahaja nilainya akan melibatkan wang yang begitu banyak.

Keluarga diRaja Perak bukan tidak berharta. Tetapi ianya umpama lebih tamak.Raja Datuk Seri Eleena Azlan Shah(gambar kiri) ialah seorang pengarah syarikat GAMUDA BERHAD dan merupakan orang Malaysia terkaya yang ke 25 dengan aset melebihi RM 773 juta. Ini menjadikannya wanita kedua terkaya di Malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki slot angka ke 18 dengan aset melebihi RM 1 bilion.

Gamuda Berhad telah dianugerahi lebih daripada RM10 bilion nilai kontrak.Ia mengawal dan menyelia 230 kilometres lebuh raya plus, adalah sebuah syarikat hartanah dan pemaju bandar dengan empat projek pembangunan bandara yang melibatkan lebih daripada 30,000 rumah.

Oleh itu kamu dah dapat tahu. Orang-orang Perak, terutamanya orang Melayu, bahawa Pakatan Rakyat tidak menghormati Baginda Sultan sebagaimana yang sepatutnya; fikirkanlah. Apa yang mereka tidak tahu ialah; Sultan tidak sepatut mendapat sebarang perghormatan.Dan ramai yang tidak menyedari bahawa kenapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat tersingkir keluar dari Perak.

Sekarang, kami harap mereka sudah menyedarinya.

--------------------------------------------------------

* Artikel asal boleh dibaca di Malaysia Today




FIKSYEN @ SEBALIKNYA,
KITA MENANTI RESPONS PIHAK YANG TERLIBAT!

Ahad, 18 Oktober 2009

Kadar Literasi di Malaysia Lebih Rendah Berbanding dengan Indonesia


Ah, hanya 0.8 peratus sahaja beza kadar literasi antara negara kita dengan Indonesia! Itupun hendak kecoh! Mungkin itu pandangan sesetengah orang. Yang dipandang oleh mereka ialah fenomena kebanjiran warga Indonesia di negara ini, mungkin idea untuk merendah-rendahkan negara itu dibuat hanya sekadar didasarkan pada perihal tersebut.

Tetapi renung-renungkanlah pula perbandingan jumlah penduduk di Malaysia dengan di Indonesia, bandingkan juga kemudahan dan infrastruktur pendidikan yang ada di negara ini, begitu juga akses kepada kemudahan dan peluang pendidikan di negara ini. Bayangkan juga taraf hidup masyarakat di sana yang rata-ratanya di bawah garis kemiskinan. Ada banyak lagi perkara yang boleh dibandingkan sebelum kita membuat penilaian kewajaran peratus literasi yang dinyatakan dalam berita di bawah ini. Fikir-fikirlah sendiri!

[TV ANTARA] Kadar literasi dewasa di Malaysia lebih rendah dari Indonesia dan Georgia, berdasarkan data yang dikumpul Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007 sebelum berlaku krisis ekonomi global.

Statistik yang dikeluarkan minggu lalu menunjukkan Malaysia hanya mengumpul 91.2 peratus kadar literasi itu berbanding Indonesia (92 peratus), Georgia (100 peratus).

Mengikut ketetapan Dasar Polisi Kebangsaan yang dikeluarkan pada 2000, Malaysia menetapkan sasaran penduduk 96 peratus pada 2005 dan mencapai 100 peratus kadar literasi pada 2010.

Perangkaan menunjukkan, Malaysia tergolong sebagai negara pembangunan manusia peringkat tinggi bersama Lebanon, Arab Saudi, Romania, Costa Rica, Mexico, Cuba, Bahrain dan Rusia.

Kedudukan itu lebih rendah daripada Singapura dan Brunei yang tergolong sebagai negara pembangunan manusia peringkat lebih tinggi, setanding Amerika Syarikat, Jerman dan Perancis.

Negara Asia lain yang dalam kategori sama ialah Hong Kong, Jepun, Kuwait, Qatar, Korea Selatan.

Malaysia juga ketinggalan dalam konteks negara yang paling mahu didiami, dengan menduduki tangga ke-66 daripada 182 negara yang terlibat dalam kajian statistik itu, malah Singapura menduduki tempat ke-23 dan Brunei (30).

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH