Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah▼
▼
Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets
Rakan DUNIACACAMARBA
Rakan DUNIACACAMARBA
Jadi Rakan TM
BAGASI KIRIMAN POPULAR
-
SINGAPURA: Sepasang suami isteri didapati bersalah melanggar undang-undang buruh kerana menyebabkan pembantu rumah mereka warga Filip...
-
Saya petik: Budak anggap sebagai makanan [BH] PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepen...
-
Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan ditangkap polis antarabangsa atau Interpol jika negara asing menyiasat perdana menteri atas tud...
-
Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan himpunan baju merah yang bakal berlangsung esok sebagai mencemarkan Hari Malaysia dan tidak memberi...
-
Saya Tidak Menyeru PAS Dibatal Pendaftaran – Karpal [HD] KUALA LUMPUR: “Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftar...
-
Walaupun wajahnya di"blur"kan, namun usia dan raut wajahnya boleh anda jangkakan. Berita lanjut tentang kes ini akan disiarkan ...
-
"Salam semua. semalam 16 Rabiu'ul awal/19 feb, saya telah menyerahkan borang permohonan utk menjadi ahli PAS. InsyaALLAH kalau di...
-
Yuen Sahkan Insiden ‘Kencing’ pada 13 Mei 1969 Rekaan: Kit Siang [RK] KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang...
-
Al Fatihah! Saya petik: Kes 1: Benarkah warga emas ini dirogol? Jika benar arwah dirogol, media tidak wajar menyiarkan namanya. Apa-apa...
-
Blogger UMNO menulis: Update: Kes kedai lagi tak habis lagi.hari ni lagi ramai dengan parti cinta malaysia pun hadir.Perbincangan dengan ...
Iklan & Tawaran
Advertlet Hutang DCM RM1710
Sponsored Ads
Cerita UG- Kerajaan Perpaduang
Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....
Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015
Memaparkan catatan dengan label sekolah kebangsaan. Papar semua catatan
patriotisme, pendidikan, sekolah kebangsaan, sekolah swasta
korban, sekolah kebangsaan, sensitiviti
Ibu Bapa Hindu BANTAH Korban Lembu pada Waktu Persekolahan
P/s: TM sudah memberikan komen di laman FB DCM. Rata-rata pengguna FB memberikan komen berbaur perkauman dan tidak menjawab secara rasional. Adakah ajaran Islam sebenar begitu?
bahasa kebangsaan, sekolah kebangsaan
Contohilah Lelaki Cina Ini...
![]() |
| KASIH AYAH...Lee menyuap keropok kepada anaknya yang memasuki tahun satu di SK Kampung Tengah, semalam. |
[HM] KUALA TERENGGANU: “Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama,” kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam.
Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam.
Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir.
Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul dengan kanak-kanak Melayu.
“Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.
“Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel,” katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.
Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu.
“Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.
“Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap bahasa Melayu dan Cina dengan baik,” katanya.
P/s: Saya kata contohilah lelaki Cina yang juga bapa kepada murid perempuan comel ini bukanlah meminta agar rakan-rakan bukan Melayu memakaikan anak mereka tudung, tetapi mengikut jejaknya menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan dan berusaha memastikan anak-anak dapat bergaul dengan rakan-rakan daripada bangsa lain.
bahasa kebangsaan, DBP, sekolah jenis kebangsaan, sekolah kebangsaan
DBP Bidas Dong Zong
"Ini adalah satu cabaran (bahasa) yang bersifat cauvinistik. Inilah satu-satu negara yang ada kebebasan, kelenturan dengan aliran akademik.
"Kalau ada suara, Dong Zong mengatakan bahasa Mandarin setara dengan bahasa Melayu sebagai perantara itu menyalahi Perlembagaan," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta menjelaskan ucapannya terdahulu yang antara lainnya menyebut: "...kian nyaring suara yang mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama sistem pendidikan kebangsaan."
Mengulas lanjut ucapannya itu, Awang berkata tindakan beliau membangkitkan peruntukan perlembagaan berhubung kedudukan bahasa Melayu bukanlah satu kritikan kepada golongan Cina.
"Saya bercakap tentang Perlembagaan bukan mengkritik orang Cina sebab rakan Cina saya pun ramai yang faham.
"Dari segi setara, bahasa Mandarin juga bahasa dunia tetapi negara ini bahasa utama bahasa Melayu yang merupakan milik orang Melayu, Cina, India, Kadazan milik semua," katanya.
Menurutnya, Dong Zong perlu hormat dan patuh kepada Akta Pendidikan 1996 Perkara 13 (1) yang menetapkan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama sistem pendidikan.
"Jadi kita akurlah. Kedudukan bahasa-bahasa lain itu ada tempat-tempatnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 di Kuala Lumpur pagi tadi.
Jelasnya, tuntutan untuk mengakui kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar itu tidak bermaksud menyekat pengajaran bahasa Mandarin dalam bahasa tersebut.
"Kalau mengajar Mandarin tentulah dalam bahasa Mandarin. Kita tidak suruh pun mengajar Mandarin dalam bahasa Melayu," katanya.
"Dia (Dong Zong) hendak supaya dasar monolingual menjadi multilingual yang jelas bertentangan dengan (dasar) bahasa kebangsaan.
"Perlembagaan meletakkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan.
"Kita juga ada dasar pendidikan kebangsaan yang meletakkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan," kata Salleh dalam sidang media sama.
bahasa kebangsaan, blogger UMNO, perpaduan, sekolah kebangsaan
Mengapa Blogger UMCO Masih Anggap Sesetengah Orang Cina dan India "Alien"?
1. Najib kata "Cina Bukan Kaum Pendatang" di Malaysia. Satu kenyataan yang bagus untuk dianalisa.
2. Kami mempunyai ramai rakan yang terdiri daripada kaum Cina serta India yang tidak pernah pun kami anggap sebagai pendatang.
3. Mengapa? Kerana rakan kami kaum Cina & India itu fasih berbahasa Melayu yakni bahasa kebangsaan, tidak menyokong sekolah vernakular, menyokong sekolah kebangsaan, hormat terhadap Islam serta majoriti penganutnya, faham akan batas mereka mengenai hak istimewa pribumi, dan mereka mendukung perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
4. Tetapi sebahagian besar kaum Cina & India tetap akan kami anggap sebagai pendatang atas beberapa faktor. Antaranya;
a. Mereka langsung tidak fasih berbahasa Melayu dan tersangatlah pelatnya. Malah ada dikalangan mereka yang tidak boleh langsung berbahasa Melayu. Apabila berkomunikasi dengan orang Melayu, mereka akan menggunakan English untuk menutup ketidakfasihan mereka bertutur bahasa kebangsaan.
b. Mereka masih mempertahankan sekolah vernakular sedangkan tiada negara di dunia ini yang memiliki penduduk berbilang kaum mengamalkan sistem pelbagai sekolah kecuali di Malaysia.
c. Mengapa mereka begitu bersungguh mahu mempertahankan bahasa ibunda 'tanah besar' sedangkan ibunda mereka hari ini bernama Malaysia. "Ibunda" mana pula yang bersungguh mereka pertahankan selama ini?
d. Mengapa kaum Cina & India memilih untuk menjalani kehidupan secara terasing dengan sistem pendidikan mereka sendiri? Tidakkah itu menunjukkan mereka sebenarnya tersangatlah RACIST dan hanya mementingkan kaum mereka sendiri saja.
e. Mereka juga mengenakan syarat berbahasa Mandarin untuk bekerja di syarikat milik mereka. Ditambah pula dengan sistem gaji dan kenaikan pangkat yang berbeza dengan mengutamakan kaum sendiri.
f. Dalam sektor swasta, mereka hanya mengagihkan kontrak kepada kaum sendiri sahaja, berbeza dengan pribumi yang terbuka dalam pengagihan kontrak kepada kaum Cina & India.
5. Andai mahu disenaraikan semua alasan mengapa kami masih menganggap kaum Cina & India sebagai pendatang, sampai besok pun belum tentu selesai. Itu belum masuk lagi bab mereka yang menghina Islam, mempersoalkan hak istimewa pribumi serta Raja-Raja Melayu. Belum lagi cerita perihal belasah, bunuh, bakar, rogol, senjata api, gangster, kongsi gelap, komunisme, rasuah, penipuan, clubbing, arak, pelacuran, rumah urut, penyeludupan, ahlong, judi, lumba haram, etc. yang menjadi sebahagian budaya hidup mereka. Boleh penuh blog ini jika disenaraikan semuanya.
6. Teori perkembangan manusia menjelaskan, kelompok minoriti perlu berasimilasi serta mengadaptasikan diri mereka ke dalam kelompok majoriti bagi menjamin kelangsungan hidup. Namun di Malaysia sebaliknya pula berlaku apabila kelompok majoriti terpaksa menurut kehendak minoriti yang berkeras mempertahankan budaya asing mereka yang boleh diumpamakan seperti seekor ALIEN.
7. Perpaduan tidak akan wujud andai terlalu banyak perbezaan dipromosikan kepada rakyat. Kempen "bersatu dalam kepelbagaian" yang dipopularkan dalam iklan 1Malaysia, sangat-sangat mengelirukan. Adalah lebih realistik dan relevan jika diwujudkan lebih banyak persamaan antara kaum, bagi menjamin perpaduan berkekalan. Justeru, definisi 1Malaysia perlu ditakrifkan semula.
Saya salin dan tampal dari sini, namun anda boleh membaca petikan di atas di kebanyakan blog milik blogger popular UMCO!
Walau apapun hujah blogger UMCO, kaum Cina dan India hari ini ialah warganegara Malaysia dan mempunyai hak sebagai warganegara yang sah. Mereka tidak wajar digelar "kaum pendatang". Itu suatu yang pasti!
Namun, saya bersetuju bahawa sesetengah orang bukan Melayu di negara ini sengaja mengelompokkan diri mereka sehingga mewajarkan mereka digelar "alien" oleh penulis artikel di atas.
Jadilah warganegara Malaysia yang tulen!
perkauman, sekolah kebangsaan
Sampai Bila Sistem Pendidikan Kita Ikut Dasar "Pecah & Perintah"?
Saban hari, kita melaungkan slogan perpaduan dalam pelbagai bentuk. Banyak slogan yang dicipta untuk tujuan itu, malah banyak program dibuat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan remaja. Ironinya, apabila menyentuh soal perpaduan anak-anak yang seharusnya bermula di sekolah, banyak pihak yang mengelak dan menentang idea tersebut baik idea yang mengajak semua pelajar ditempatkan di sekolah kebangsaan. mahupun idea meletakkan semua jenis sekolah dalam satu kawasan seperti yang diuar-uarkan melalui konsep sekolah wawasan. Mengapa terjadi begitu? Adakah hilang jati diri kaum apabila anak-anak bersekolah di sekolah kebangsaan? Walhal kita boleh bersama-sama meningkatkan keberkesanan dan fungsi sekolah kebangsaan agar sesuai untuk semua kaum.
Sebagai rakyat Malaysia kita wajar menyoal diri sendiri: Sampai bila pendidikan bercorak "pecah dan perintah" ini perlu kita pertahankan? Sudah hampir 53 tahun negara kita merdeka, perlukah anak-anak kita menghadiri sekolah yang disediakan mengikut kaum masing-masing? Kita sedar sekolah berbentuk perkauman ini tidak wujud di negara jiran. Kita sedar wujud polarisasi dalam kalangan masyarakat. Kita juga sedar pelajar agak sukar bercampur gaul di IPT kerana tidak biasa bergaul dengan bangsa lain di sekolah. Kita juga sedar polarisasi ini dibawa hingga ke tempat kerja. Kita sedar masalah ketidakfasihan orang bukan Melayu sedikit banyak berpunca daripada permasalahan ini. Hal ini sudah berlaku, masih berlaku, dan akan berlaku; tetapi kita pinggirkan persoalan itu kerana masing-masing mahu mempertahankan sekolah masing-masing dan sokongan politik. Ironinya, kita masih lagi terlaung-laung agenda perpaduan walaupun mengetahui asas untuk bersatu padu itu bermula di sekolah.
Saya sudah menyentuh hal ini beberapa kali sebelum ini. Biarpun tulisan itu sekadar memberikan pendapat dan ringkas, namun tujuannya sama, iaitu mengajak semua rakyat Malaysia menuntut ilmu tanpa mengira kaum dan bangsa di bawah satu bumbung dan menggunakan satu bahasa pengantar. Kali ini, saya tidak mahu menyentuh secara mendalam hal ini kerana baru-baru ini blogger Amin Iskandar pun ada menulis agak terperinci tentang hal ini. Artikel itu boleh anda baca di sini.
Ada orang bertanya kepada saya, jika sekolah jenis kebangsaan dimansuhkan, sekolah agama pun perlu dimansuhkan juga. Saya tanya: mengapa? Sekolah agama tidak berasaskan perkauman dan bahasa pengantarnya pula menggunakan bahasa kebangsaan dengan penerapan bahasa Arab. Ada India Muslim, ada Cina Muslim yang belajar di situ.
Tuntasnya, marilah kita bersatu dan jangan politikkan sistem pendidikan demi meraih undi masyarakat tertentu!
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Pergerakan Pemuda MCA dan MIC — dua komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan cadangan Majlis Perundingan Melayu (MPM) agar semua sekolah vernakular ditutup sebagai “satu tindakan provokatif” dan “berbau hasutan.”
Pemimpin kedua-dua sayap muda itu berpendapat selain hak itu termaktub dalam perlembagaan, keunikan yang sedia ada seharusnya digunakan untuk meningkatkan keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat, bukannya memburukkan lagi situasi.
Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menganggap cadangan segelintir pemimpin MPM untuk menghapuskan sekolah vernakular tindakan provokatif dan berbau hasutan.
“Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu pula dibakar,” kata beliau dalam reaksi menerusi ruang siber.
Dalam mesej Twitter malam tadi, Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran membalas mesej rakan sejawatannya dari MIC T. Mohan bahawa: “Saya secara total bersetuju dengan anda. Sekolah vernakular adalah untuk semua. tiga aliran akan meningkatkan daya saing negara.”
Dalam satu lagi mesej, Wee juga meminta campur tangan Perdana Menteri agar tidak membiarkan “pihak-pihak” tertentu menjejaskan perpaduan negara.
Mohan pula berkata, “memansuhkan sekolah vernakular? Malaysia adalah negara unik. Jangan rosakkan harmoni. Perpaduan dalam kepelbagaian.”
Ia sebahagian daripada mesej yang muncul dalam ruang Twitter sejak petang semalam selepas MPM mengeluarkan kenyataan susulan mesyuarat tergempar mereka.
MPM juga mengesyorkan agar Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selain itu, MPM juga meminta kerajaan menutup semua sekolah vernakular di negara ini.
Dr Chua sebelum ini juga telah meminta kerajaan menambah peruntukan kepada sekolah aliran Cina kerana mendakwa pertambahan murid di samping kepentingan berbahasa Mandarin bagi menarik pelabur dari Cina.
Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM, Datuk Kamaruddin Kachar berkata, hanya sekolah kebangsaan layak menerima peruntukan kerajaan mengikut perlembagaan.
“Perlembagaan kata sekolah bukan kebangsaan tak boleh terima peruntukan. Jadi mengapa nak bagi peruntukan (kepada Dr Chua). Kita menuntut sekolah Cina dan Tamil dimansuhkan dan hanya nak sekolah satu aliran sahaja,” katanya.
Seorang lagi ahlinya Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail menambah, hanya Malaysia masih memiliki sekolah pelbagai aliran.
“Di negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia tak ada sekolah vernakular. Hanya Malaysia ada,” ujar beliau.
perkauman, perpaduan, Prof Khoo Kay Kim, sekolah kebangsaan
1MALAYSIA Hanya Dapat Dicapai Melalui 1SEKOLAH
Secara peribadi, saya amat mengagumi semangat patriotik yang ditunjukkan oleh Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Jarang-jarang seseorang yang berbangsa bukan Melayu berpandangan begitu, baik orang politik, ahli akademik, ataupun masyarakat biasa.
Bagi orang politik, isu sekolah jenis kebangsaan sering dipolitikkan untuk kepentingan mereka, baik di pihak BN mahupun di pihak PR. Semuanya mahu menjadi hero sedangkan apa yang diperjuangkan itu sebenarnya mempertahankan sistem pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British suatu ketika dahulu.
Bersambung (saya mahu meluahkan lagi pandangan tentang hal ini kemudian...)
[MSTAR] Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sistem sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai, kata tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
Beliau berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.
Katanya, sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.
"Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program wacana "One Malaysia: Cabaran dan Harapan" sempena program semarak perpaduan dan patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Namun begitu, beliau menjangkakan ada pihak yang akan membantah cadangan itu tetapi mereka yang berbuat demikian perlu menilai semula sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa. Mengimbau kembali sejarah terbentuknya sekolah pelbagai aliran di negara ini, Prof Khoo Kay Kim berkata, mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini.
"Jadi, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri. "
"Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warganegara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka," katanya lagi.
Khoo juga berkata, kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.
Menurutnya, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing berbanding matlamat utama negara bangsa.
"Ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri," katanya.
BAGASI KIRIMAN TERKINI
BAGASI KIRIMAN
PERHATIAN
Sebahagiannya pula disalin & ditampal (semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.
Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.
Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

.jpg)




