Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label korban. Papar semua catatan

,

Rabu, 23 Oktober 2013

Komen Dr Asri tentang Korban di Sekolah



Bekas mufti: Jangan lihat ibadah korban sahaja

[MK] Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau berpandangan bahawa sekolah tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk menjalankan ibadah sembelihan korban.

Bagaimanapun, peraturan berhubung amalan tersebut perlu diselaraskan dengan amalan keagamaan lain seperti perarakan berhala.

"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat.

"Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu.

"Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali," tegasnya dalam tulisan di Facebook.

Kenyataan itu timbul apabila ibadah korban di SK Puchong Jaya minggu lalu dipersoalkan oleh seorang individu yang cuba mendapatkan penjelasan guru besar sekolah terbabit.

Perbualan individu bernama "Saravanan" dengan guru besar tersebut, Mohd Amin Bahari, menjadi tumpuan apabila dimuatkan di Youtube.

Dalam rakaman tersebut, Mohd Amin Mohd Amin mempertahankan ibadah korban yang dijalankan di kawasan sekolah tersebut pada minggu lalu.

Rakaman perbualan tersebut dimuatkan di Youtube sejak lima hari lalu.

Dalam rakaman tersebut, Mohd Amin turut menjelaskan bahawa tiada pekeliling yang melarang perbuatan tersebut.

Katanya, penyembelihan korban semasa Aidiladha perlu dianjurkan di kalangan orang Islam, terutama di kalangan pelajar.

"Dalam Islam, penyembelihan hari raya korban ini, memang sepatutnya diuar-uarkan kepada umat Islam, khususnya kepada murid-murid," katanya dalam rakaman itu.

Perkara itu perlu digiatkan agar generasi muda mengetahui bahawa ia adalah tuntutan Islam, katanya lagi dalam rakaman sepanjang lebih 8 minit itu, yang dimuatkan oleh pengguna bernama 'zeeraf87'.

Mohd Amin berkata, ibadah tersebut tidak dijalankan dengan niat untuk menghina penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai makhluk suci.

"Memang kita digalakkan memberitahu murid-murid, kepada anak-anak kita khususnya, bahawa (ibadah) korban ini satu yang disuruh oleh agama Islam. Bukan kita buat penyembelihan ini atas dasar untuk menghina agama lain.

"Sebelum saya menjalankan aktiviti di sekolah, kita telah berbincang dengan semua guru saya. Guru-guru saya ada yang Cina, ada India, yang bukan Islamlah," katanya.

Katanya, pihak sekolah memberitahu guru dan pelajar berbangsa India, serta golongan bukan Islam lain untuk dipisahkan dari upacara tersebut.

“Kami tidak membenarkan mereka melihat,” katanya.

Mohd Amin berkata, beliau mendapatkan pandangan kesemua guru termasuk bukan Islam berhubung aktiviti sekolah seperti itu.

Polis juga dilaporkan telah memulakan siasatan ke atas individu bernama “Saravanan” 

Laporan Sin Chew Daily semalam memetik kenyataan ketua polis daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias, bahawa pasukan itu membuka siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh guru besar sekolah tersebut.

Menurut Sin Chew, Mohd Amin bimbang dengan keselamatan dirinya dan juga keselamatan harta sekolah selepas perbualan dengan “Saravanan”. -23/10/13



, ,

Jumaat, 18 Oktober 2013

Ibu Bapa Hindu BANTAH Korban Lembu pada Waktu Persekolahan


[MK] Tindakan sebuah sekolah di Kuala Lumpur menyembelih lembu korban di perkarangan kawasannya semasa waktu sekolah semalam mendapat bantahan daripada ibu bapa bukan Islam.

Memetik anaknya, S Dineswary memberitahu Malaysiakini, upacara itu dilakukan pada waktu pagi sebelum kenduri sempena sambutan hari raya Aidiladha.

"Ia tidak sepatutnya berlaku kerana ini sekolah kebangsaan, bukan sekolah agama. Itu sebabnya kami terkejut kerana terdapat murid Hindu dan Cina di situ.

"Ia bukan hanya isu agama, tetapi juga kerana terdapat kanak-kanak di sekitarnya. Mungkin ada yang tertekan dengan pembunuhan itu," katanya ketika dihubungi.

Lembu dianggap haiwan suci bagi penganut Hindu. Malaysiakini tidak menamakan sekolah itu sementara menunggu respons daripada sekolah.

Sementara itu, di Internet pula tersebar meluas rakaman perbualan seorang pemanggil dengan guru besar berhubung kejadian hampir sama.

Dalam perbualan hampir 10 minit itu, pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai "Saravanan" mempersoalkan tindakan sebuah sekolah melaksanakan acara itu kerana terdapat murid Islam di situ.

Dia juga menyoal sama ada tindakan itu bertepatan dengan peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mungkin kebetulan, seorang pembaca Malaysiakini yang memperkenalkan dirinya sebagai "Saravanan Forever" turut mendakwa banyak insiden seperti itu berlaku di seluruh negara pada sambutan Aidiladha.

"Di Malaysia, sekolah kebangsaan, di mana kanak-kanak pelbagai kaum belajar dan kita patut hormat semua bangsa dan agama,"tulisnya lagi.




P/s: TM sudah memberikan komen di laman FB DCM. Rata-rata pengguna  FB memberikan komen berbaur perkauman dan tidak menjawab secara rasional. Adakah ajaran Islam sebenar begitu?





BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH