[Kemas Kini] Inques Teoh Beng Hock: Gorbind Tinggalkan Mahkamah dalam Keadaan Berang
Saya petik:
[MK] Misteri menyelubungi sambungan inkues kematian Teoh Beng Hock dengan para peguam menemui koroner Azmi Mustapha Abas dalam kamarnya.
Difahamkan, perjumpaan tersebut adalah untuk menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan dengan dokumen.
Bagaimanapun, 15 minit kemudiannya, peguam Gobind Singh Deo meninggalkan bangunan tersebut dan kelihatan berang.
Apabila ditanya, beliau enggan mendedahkan apa yang dibincangkan, kecuali berkata: "Ini adalah salahguna proses mahkamah..."
Gobind tidak mahu mengulas lanjut tetapi berkata beliau perlu masa untuk bercakap dengan keluarga Teoh.
Beliau kemudian pergi berbincang dengan anggota keluarga Teoh yang diwakilinya.
Sementara itu, seorang penyokong yang memegang gambar Teoh, menjerit "Bunuh!" dan enggan bergerak untuk memberi laluan kepada laluan kenderaan di situ.
Pada jam 11.45 pagi, para peguam lain kelihatan keluar dari kamar koroner.
Inkues tersebut telah ditangguhkan kepada 18 Ogos, manakala koroner pula telah memutuskan untuk tidak memanggil dua saksi yang dijadual memberi keterangan hari ini.
Mereka ialah Lee Wye Weng dan Mohd Harun Abdulla, yang telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang yang sama Teoh disoalsiasat.
Bagaimanapun, koroner dikatakan telah memutuskan bahawa "tidak perlu" untuk memanggil mereka sebagai saksi.
Ini bermakna pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dijangka apabila inkues itu disambung.
Kemas Kini (1.55 ptg):
* Punca Gobind Singh Deo berang
Gorbin bidas Peguam Negara Sembunyi Bukti
[TMI] SHAH ALAM, 9 Ogos — Peguam Gobind Singh Deo menuduh Jabatan Peguam Negara menyembunyikan bukti yang dipercayai boleh menjejaskan perjalanan inkues Teoh Beng Hock yang bermula tahun lalu.
Terdahulu peguam keluarga Teoh menemui dengan koroner Azmil Munthapa Abas di kamarnya sebelum keluar dengan perasaan tidak memuaskan dan marah.
“Kami tidak mahu menerima keadaan ini tanpa memberi reaksi,” kata Gobind kepada pemberita.
Gobind membidas tindak laku Peguam Negara sambil mengingatkan bahawa kes itu menarik perhatian antarabangsa.
“Peguam Negara mesti menjelaskan perkara ini,” katanya.
Ahli Parlimen Puchong itu berkata bukti itu wujud sejak Oktober lalu, tiga bulan selepas pembantu politik pemimpin DAP itu ditemui mati.
“Malah mereka ada bukti itu sebelum bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat Teoh tetapi mereka tidak memberitahu kami,” katanya.
Prosiding inkues Teoh Beng Hock ditangguh kepada 18 Ogos.
Gobind memberitahu koroner membuat keputusan itu selepas pihak yang membantu koroner itu dalam inkues memberitahu bukti baru akan dikemukakan.
Azmil membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri Gobind, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor, peguam yang dilantik kerajaan Tan Hock Chuan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Abas dan Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Pada tarikh itu juga, pakar forensik Thailand Dr Pornthip Rojanasunand akan memberi keterangan.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.