Fuh, Gila! Dua Kumpulan Pelajar Bergaduh Guna Pistol!
Bukan berlaku di Malaysia tetapi di Thailand. Namun jangan pula yakin hal sebegini tidak mustahil berlaku di sini. Saya petik:
Budak jadi mangsa pergaduhan pelajar dua sekolah vokasional di Thailand
[BH] BANGKOK: Satu kumpulan samseng pelajar sekolah menengah di sini mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah bas awam semalam, membunuh seorang murid lelaki berusia sembilan tahun yang sedang turun dari bas untuk ke sekolah.
Keganasan di kalangan pelajar sekolah vokasional memang sudah lama menjadi masalah besar di Thailand dengan pergaduhan kerap meletus di dalam bas dan di kompleks beli-belah.
Namun kejadian semalam agak tragik dengan kematian murid Tahun Tiga, Jatuporn Ponpaka, yang tidak terbabit langsung dalam pertikaian pelajar sekolah vokasional itu.
Jatuporn yang memakai seragam senaman sedang turun dari sebuah bas apabila sekumpulan 20 pelajar dari Sekolah Teknologi Bangkapi muncul dari sebuah lorong dan melepaskan tiga tembakan ke arah bas itu, kata Leftenan Kolonel Prasit Taprasitjit dari balai polis Min Buri.
Tembakan itu mengenai murid lelaki itu di kepala dan di dada. Jatuporn dikejarkan ke hospital tetapi mati sejam kemudian, kata Rattikarn Jaroenmon, seorang pegawai di unit kecemasan Hospital Kasemrad.
Tembakan itu sebenarnya ditujukan ke arah enam pelajar dari sekolah vokasional lain yang turut berada dalam bas itu.
Saksi berkata kumpulan pelajar yang sama kemudian membaling botol bir dan batu bata ke atas sebuah bas yang lain, kata Prasit.
“Kedua-dua sekolah vokasional terbabit terletak di jalan yang sama dan selalu menyaksikan pergaduhan di antara pelajar mereka. Kami masih berusaha mengenal pasti kumpulan pelajar yang bertanggung jawab,” kata Prasit.
Stesen televisyen PBS Thai melaporkan pemeriksaan polis di sekolah terbabit menemui beberapa pisau dan peralatan lain yang boleh digunakan sebagai senjata. – AP


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.