Pertama Kali Baca Cerita Fasal Ibu "Bangang"
Anak perempuannya berusia 16 tahun telah dirogol oleh anak kenalan lelakinya. Kerana kasihan dan bimbang akan masa depan perogol anaknya itu, si ibu meminta anaknya yang menjadi mangsa rogol menarik laporan polis yang telah dibuat terhadap lahanat itu. Si ibu menegaskan bahawa "apa yang berlaku adalah takdir dan kehidupan anaknya tidak akan terjejas apa-apa".
Kalau benarlah maklumat berita ini, maaflah, bukankah si ibu ini patut dikategorikan dalam spesies "bangang"?
Saya petik:
[SH] YAN - Atas sebab kasihan terhadap si perogol, seorang mangsa menarik balik laporan polis yang dibuat sambil menyifatkan kejadian itu sebagai ‘tidak apa-apa’.
Lebih menghairankan, tindakan itu turut disokong oleh ibu dan tunang mangsa yang bimbang, maruah keluarga mereka akan turut terjejas jika hal itu heboh.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga(KRT) Sungai Limau, Abdul Razak Ghazali berkata, kejadian itu berlaku pada 25 Ogos lalu apabila pasukan KRT Sungai Limau menahan sepasang kekasih yang menaiki motorsikal dalam keadaan mencurigakan di samping tidak memakai topi keledar, kira-kira jam 1.15 pagi.
Menurutnya, hasil soal siasat mendapati gadis berusia 16 tahun dan pasangannya yang berusia 23 tahun dalam perjalanan ke rumah keluarga lelaki di Kuala Kedah selepas membuat laporan polis di Balai Polis Gurun.
“Gadis itu mengaku dia telah dirogol oleh seorang lelaki di sebuah rumah kosong di Bukit Jenun, Pendang kira-kira jam 9 malam hari kejadian dan hendak pulang ke Kuala Kedah.
“Kami yang tidak berpuas hati dengan penjelasan mereka, bertindak memanggil ibu gadis itu untuk mendapatkan pengesahan dan polis peronda untuk menjadi saksi,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.
Abdul Razak berkata, ibu mangsa yang tiba kira-kira jam 2.15 pagi, terkejut mendengar pengakuan anaknya bahawa dia dirogol oleh anak kenalan lelakinya dan telah membuat laporan polis.
Namun, Abdul Razak berkata, beliau lebih terkejut apabila ibu remaja itu memujuk anaknya supaya menarik balik laporan polis yang dibuat kerana bimbang dengan masa depan lelaki yang merogol anaknya.
“Mangsa dan tunangnya kemudian bersetuju mengikut nasihat itu, lalu menarik balik laporan polis. Apabila ditanya kepada wanita itu, mengapa dia menasihati anaknya supaya menarik balik laporan sedangkan anaknya yang menjadi mangsa dan perlu dibela, wanita itu dengan selamba berkata, apa yang berlaku adalah takdir dan kehidupan anaknya tidak akan terjejas apa-apa,” katanya.
Abdul Razak berkata, itulah kali pertama beliau mendengar pengakuan sedemikian rupa daripada seorang ibu yang menganggap maruah diri anaknya lebih rendah berbanding perogol itu.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.