Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 1 September 2010

Ibrahim Ali Patut Berdialog - Zaib Ibrahim


Saya petik:
[ZUR] YB muda Nurul Izzah Anwar harus dipuji untuk mempelawa Perkasa berdialog bersamanya mengenai apakah yang menjadi kebimbangan Perkasa. Beliau bertanya apa punca atau perkara yang dikatakan menjadi kebimbangan Perkasa. Beliau mengulas, adakah orang Melayu sudah hilang kedudukan istimewa mereka, atau apakah kemunduran mereka itu berpunca daripada sebab-sebab yang lain? Nurul bertanya, adakah mereka sebenarnya mempunyai “hak istimewa”?

Kesanggupan anak muda ini mengupas perbezaan konsep “hak” dan “kedudukan” (Special position, privileges atau rights) itu mengembirakan saya. Ia menunjukkan seorang pemimpin yang tidak malas berfikir. Malas berfikir adalah penyakit utama kemunduran pemimpin Melayu. Tanpa memahami perbezaan konsep ini, sukar untuk kita faham maksud Perlembagaan. Dan tanpa merujuk kepada Perlembagaan sebagai asas, kita akan berterusan menjerit dan mengancam antara satu sama lain. Beliau juga berani mengupas fakta sejarah seperti latarbelakang peruntukan istimewa Perkara 153 dalam Perlembagaan dan konsep Social Contract.

Seperti yang saya jangkakan, Perkasa tidak akan berdialog dan telah menolak pelawaan itu. Perkasa lebih selesa menghentam dan menjerit-jerit bagaimana Melayu tercabar, bagaimana Melayu sudah hilang segalanya, atau bagaimana institusi Melayu terancam dan sebagainya.

Mereka tidak mahu mencari punca sebenar. Cukup bagi mereka memanaskan api kemarahan dan meninbulkan kebimbangan orang Melayu dan menutup pintu pemikiran orang Melayu tentang punca sebenar kemunduran Bangsa yang Bertuah ini. Sudah lebih 50 tahun kita mempunyai Kerajaan yang dikatakan membela orang Melayu, dan didampingi oleh institusi Raja dan Institusi Melayu yang lain, tetapi masih lagi kekal sebagai bangsa yang ada dalam segala kekurangan. Salah siapa sebenarnya?

Inilah tanggungjawab pemimpin Melayu yang mahu berjuang. Sanggup meneliti and menerima bahawa kita tidak boleh bercakap mengenai hak dan keistemewaan kita tanpa menerima realiti bahawa rakyat lain juga ada hak mereka. Kita tidak mampu berlaku adil kapada satu kumpulan atau puak kalau kita tidak berupaya berlaku adil kapada semua rakyat. Dalam mencari asas keadilan ini, pemikiran dan sikap pemimpin Melayu perlu berubah. Mereka mesti sanggup mencari punca sebenar kelemahan mereka, dan tidak takut memberitahu orang Melayu hakikat sebenar yang mungkin pahit ditelan. Pendekatan ini ada bahayanya.
Pemimpin seperti Nurul ini akan terus dicap sebagai “terlalu liberal” atau tidak sesuai dengan pandangan orang Melayu. Beliau akan dihentam oleh Perkasa, Umno dan sesetengah lapisan pemimpin Parti Keadilan sendiri. Beliau akan diingatkan bahawa pandangan “liberal” ini tidak boleh diterima oleh orang Melayu kerana pandangan orang Melayu masih lagi “feudal”.

Sebenarnya inilah cara Melayu dikongkong: Mereka disalahkan di atas kelemahan pemimipin Melayu mereka sendiri. Sedangkan sebenarnya pemimpin Melayulah yang mengecewakan orang Melayu kerana mereka yang masih feudal, terkongkong dan malas berfikir. Semua pandangan baru yang lebih progresif ditolak, takut kononnya orang Melayu tidak boleh menerima.

Saya sendiri sedar ramai pemimpin Keadilan melihat serong pandangan saya dalam pelbagai isu. Malah dalam masa pemilihan parti dewasa ini, saya telah mendengar bermacam kecaman, bahawa saya akan menjual hak orang Melayu. Saya kononnya Melayu liberal yang suka mencari populariti murahan dengan bangsa lain dalam parti. Dan yang paling dahsyat, yang saya akan menggagalkan perjuangan Anwar Ibrahim dan mungkin menjualkan parti Keadilan ini kepada Umno suatu hari nanti jika saya diberi kuasa.

Serangan dan fitnah ini tajam sekali dan agak mengejutkan, lebih lagi kerana saya telah kata saya tidak mahu apa-apa jawatan. Tapi mereka tetap mengasak. Jadi, saya telah membuat keputusan baru. Kalau dah kena serang bertubi-tubi, baik saja masuk gelanggang. Kata orang, kalau nak kena tempeleng biar berbaloi. Tapi itu pun kalau Tan Sri Khalid tak mahu jawatan tersebut. Kalau dia mahu, saya lebih selesa memberi laluan kepada beliau kerana dia banyak pengalaman yang boleh membantu parti. Tan Sri tak suka hentam dan burukkan orang lain, dia lebih minat berkerja. Sebenarnya, itulah pemimpin yang boleh membantu orang Melayu dan parti kita.

  1. Pada pendapat saya, pertubuhan NGO PERKASA ni tak perlu diwujudkan pun kerana yang nak dibela mereka ni adalah bangsa yang Majoriti(67%) di Malaya ni. Hak dan perlembagaan dah ada untuk bumiputera, cuma silapnya apabila parti yang diberi amanah untuk menjaga harta majoriti tersebut telah mengkhianati amanah mereka secara rakus dan berhabis-habisan. Yang paling dikesali, majoriti yang menyokong mereka itu, bodohnya terus-terusan hingga terasa tiada penghujungnya.. tolonglah beri ubat bius kat bangsa majoriti ni supaya mereka ni cerdik sikit dari sebelumnya. Tolonglah..

    gravatar Comment by JBS @ Rabu, September 01, 2010 4:00:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH