[Kemas Kini] Cara PENYAMUN Tibai Duit Rakyat: "RM70,422 untuk semeter (jejantas)"
Bagi yang membaca laporan MK, tentu ada membaca isu/persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah berkaitan dengan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan Hotel Impiana dengan KLCC. Kos pembinaan jejantas itu sekitar RM10 juta.
Berdasarkan jumlah itu, secara puratanya jejantas itu bernilai RM70 422 semeter.
Fasa kedua projek jejantas ini bermula dari simpang Jalan Pinang/Kia Peng ke Jalan Raja Chulan yang dijangka siap pada penghujung tahun ini. Selain penghawa dingin, jejantas "mewah" ini dilengkapi kamera litar tertutup, tanggan bergerak, dan lif.
Berdasarkan jumlah itu, secara puratanya jejantas itu bernilai RM70 422 semeter.
Fasa kedua projek jejantas ini bermula dari simpang Jalan Pinang/Kia Peng ke Jalan Raja Chulan yang dijangka siap pada penghujung tahun ini. Selain penghawa dingin, jejantas "mewah" ini dilengkapi kamera litar tertutup, tanggan bergerak, dan lif.
- Persoalan pertama, jejantas apa yang semahal itu? Perlukah kerajaan BN membina jejantas itu tatkala negara kini menanggung hutang yang tinggi dan ketidaktentuan ekonomi dunia?
- Kedua, adakah pembinaan jejantas ini telah dilaksanakan melalui tender terbuka yang membolehkan kerajaan memilih kontraktor yang sanggup menawarkan kos yang lebih murah?
- Ketiga, pihak mana yang menanggung kos ini? Syarikat GLC atau syarikat swasta? Jika syarikat GLC, maka sahlah pembinaan jejantas itu merupakan "rompakan" duit rakyat untuk memenuhkan tembolok kroni dan pihak yang berkepentingan. Jika dibiayai syarikat swasta, syarikat mana yang sanggup menghabiskan wang sebesar itu untuk membina jejantas tersebut. Berdasarkan laporan akhbar, jejantas itu dibina di bawah kelolaan KLCC (Holdings) Sdn Bhd dengan kerjasama DBKL. Malah ketika dirasmikan pembukaannya hanya pegawai daripada KLCC, Petronas yang hadir seolah-olah menunjukkan jejantas itu dibiayai oleh Petronas.
Berita Lain:
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.