Jumlah Bayi yang Dibuang dari 2005-Januari 2011
Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR: Sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak 2005 hingga Januari tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantina.
"Bagi kes tidak dikenal pasti jantina, ini adalah kerana keadaan mayat yang reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata, daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 adalah bayi yang hidup manakala 287 pula bayi sudah meninggal dunia.
Mohd Bakri berkata, seramai 37 orang suspek ditangkap dari 2005 hingga tahun ini termasuk empat orang pada Januari ini berhubung kes pembuangan bayi.
Katanya, dalam tempoh yang sama, 18 kes dituduh di mahkamah dan sebanyak sembilan kes telahpun dijatuhi hukuman.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati lokasi yang paling popular untuk jenayah ini adalah di kawasan perumahan dan tempat pembuangan sampah selain di tepi jalan, masjid, sungai, semak dan dalam tandas...
P/s: Angkara penganut fahaman hedonisme!


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.