Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 5 Mei 2011

[Eksklusif] Utusan dgn Kerjasama PS Sekolah Edar Borang Langganan kepada Murid



Salinan "borang langganan Utusan Malaysia" di sebuah sekolah kebangsaan ini saya terima daripada seorang pembaca DCM. Pengirim e-mel mahu kisah borang langganan ini dikongsikan bersama-sama dengan pembaca DCM yang lain.

Sekali baca, saya pada mulanya tidaklah berasa hairan tentang borang ini. Menurut maklumat pada borang, langganan ini sempena Kempen Galak Baca Peringkat Sekolah. Pelajar yang berminat akan dikenakan bayaran sebanyak RM1 senaskhah. Jika pelajar melanggan dari Isnin ke Jumaat, maka RM5lah yang bakal dikenakan.
Kemudian saya terfikir, mengapa pihak sekolah mencadangkan Utusan sebagai salah satu bahan bacaan untuk kempen ini? Adakah Kementerian (pihak sekolah) mahu murid sekolah rendah membaca tentang seks, liwat, pelacur, fitnah, politik berat sebelah, politik perkauman yang terkandung dalam Utusan? Lebih teruk, adakah Kementerian/Utusan mahu pelajar sekolah rendah melihat gambar-gambar yang disalin daripada video lucah, sedangkan mereka masih mentah untuk menilai baik buruk sesuatu perkara? Kemudian saya terfikir, mengapa pelajar dikenakan bayaran RM1 senaskhah? Adakah Utusan begitu terdesak kerana jualan harian akhbar itu merosot teruk sehingga "memaksa" pelajar sekolah rendah membeli akhbar itu?

Biar apa-apa pun alasan yang diberikan, saya tetap beranggapan bahawa tindakan mempromosikan langganan Utusan di sekolah sempena Kempen Galak Baca adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Jika benar Kementerian dan pihak sekolah mahu menggalakkan pelajar membaca, mengapa tidak mempromosikan majalah DBP yang masih kurang jualannya walaupun sudah bertahun-tahun di pasaran sebagai bahan bacaan? Mengapa majalah seperti Dewan Pelajar, Tunas Cipta atau lebih tinggi tahapnya seperti Kosmik, Dewan Budaya, Dewan Sastera, yang tidak mengandungi elemen politik kotor, politik berat sebelah, unsur kelucahan atau fitnah, tidak dijadikan bahan bacaan kempen ini? Walhal banyak ilmu yang dapat diperoleh pelajar daripada pembacaan majalah-majalah tersebut.

P/s: Sampai ke sekolah mereka mahu menyebar fitnah dan politik kotor!



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH