Kementerian Pelancongan Belanja RM1.8 Juta Bina Laman FB, Kerajaan P. Pinang Belanja RM0.00 Bina Laman yang Sama
Saya petik:
[MK] Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.
“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.
Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.
Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.
“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.
Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.
P/s: RM1.8 juta, masuk ke poket siapa, sedangkan laman sedemikian rupa boleh dibuat secara percuma. Contohnya, Kelab DUNIACACAMARBA, klik di sini, kemudian klik "like" untuk sertainya! Anda pun boleh membina laman "Fanpage" sendiri secara percuma di FB.
Mengikut laporan MK, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit mengatakan bahawa tender berjumlah RM1.8 juta itu diberikan kepada syarikat Impact Creations Sdn. Bhd. untuk tiga tahun bermula dari 2011-2013. RM1.8 juta bahagi 36 bulan = RM50 ribu sebulan. Anda rasa berbaloi duit rakyat dihabiskan untuk sesuatu yang ditawarkan secara percuma di internet? Kalau ada yang kata berbaloi, sahlah anda penyokong tegar UMCO. Tukang perabih duit rakyat!!!
Mengikut laporan MK, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit mengatakan bahawa tender berjumlah RM1.8 juta itu diberikan kepada syarikat Impact Creations Sdn. Bhd. untuk tiga tahun bermula dari 2011-2013. RM1.8 juta bahagi 36 bulan = RM50 ribu sebulan. Anda rasa berbaloi duit rakyat dihabiskan untuk sesuatu yang ditawarkan secara percuma di internet? Kalau ada yang kata berbaloi, sahlah anda penyokong tegar UMCO. Tukang perabih duit rakyat!!!

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.