Perogol Mati Ketika Merogol Nenek 77 Tahun
Herald Sun menyiarkan berita tentang seorang lelaki yang pernah disabitkan dengan kesalahan merogol kanak-kanak di Texas AS mati ketika merogol wanita tua berusia 77 tahun di rumahnya.
Isabel Chavelo Gutierrez, 53, dari Tivoli, Texas, mengayuh basikal sejauh 2 batu sebelum memecah masuk ke rumah mangsa.
Menurut sumber polis, perogol itu mengadu tidak sihat semasa merogol mangsa. Dia kemudian berhenti merogol mangsa untuk berehat. Selepas seketika, dia cuba menyambung perbuatannya namun rebah dan mati di tempat kejadian.
Mangsa beranggapan perogol itu pengsan kerana mabuk selepas mendapati nafas lelaki itu berbau alkohol. Apabila melihat perogolnya tidak sedarkan diri, mangsa menghubungi anaknya yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.
Sarjan Gary Wright dari Pejabat Sheriff Refugio County berkata pihaknya percaya perogol tersebut mati akibat serangan jantung kerana keletihan mengayuh basikal sejauh 2 batu.
Sarjan Gary Wright dari Pejabat Sheriff Refugio County berkata pihaknya percaya perogol tersebut mati akibat serangan jantung kerana keletihan mengayuh basikal sejauh 2 batu.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.