Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 3 Ogos 2011

[Kemas Kini] Ingat Kes Pelajar Dakwa Didera di Penjara Kluang? Kisah Susulannya AMAT Mengejutkan



Semalam kecoh apabila 32  pelajar didakwa didera ketika mengikuti program motivasi di Penjara Kluang. Berikuttan dakwaan itu, Jabatan Penjara telah menafikan dakwaan  pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di Johor Baru bahawa mereka didera secara fizikal semasa menyertai kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lepas.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar berkata hasil siasatan awal mendapati, dakwaan para pelajar terbabit bahawa mereka ditumbuk, dipukul dan mendapat layanan di luar daripada batasan adalah tidak benar.

“Pihak kami akan memaklumkan hasil siasatan terperinci dari semasa ke semasa dan berharap dapat selesaikan kes pada 5 Ogos ini,” katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Dalam Negeri.

Dalam laporan akhbar hari ini, sekumpulan pelajar sekolah berkenaan mendakwa mengharungi pengalaman mengerikan apabila didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang, mulai petang Jumaat lepas.

Mereka mendakwa bukan sahaja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata program motivasi yang dikenal sebagai Program Pencegahan Jenayah ‘Price of Freedom’, telahpun dilaksanakan sebanyak enam kali sebelum ini. Katanya program itu telah dilaksanakan di SMK Bandar Penawar, Kota Tinggi; pelajar-pelajar Jabatan Kebajikan Masyarakat Zon Selatan; Sekolah-sekolah daerah Bandar Tenggara; SMK Tun Syed Nasir, Johor Baru; SMK Seri Rahmad dan SMK Majidee.

“Program ini telah mendapat persetujuan daripada Pejabat Pelajaran Daerah, pihak sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) di daerah yang berkaitan. Tiada sebarang masalah yang telah dibangkitkan dan pihak Jabatan Penjara dimaklumkan program tersebut telah memberi kesan yang baik kepada kemajuan pelajaran pelajar yang terlibat,” katanya seperti dipetik oleh Bernama/TMI.

Beliau turut menjelaskan bahawa hampir keseluruhan kursus motivasi itu dijalankan di kem Kopen Training Consultant di Kluang dan sebahagian program di penjara olok-olok Penjara Kluang bagi pelajar-pelajar merasai suasana di dalam penjara.

Persoalannya, mengapa pelajar ini diberi motivasi di penjara?

Sila baca berita di bawah ini:
Pelajar memang bermasalah 
[HM] JOHOR BAHRU: Ada di kalangan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di sini, yang mendakwa didera ketika mengikuti kem motivasi pada 29 hingga 31 Julai lalu di Pusat Latihan Penjara Kluang, dikatakan pernah ditangkap khalwat bersama pasangan masing-masing di dalam bilik air sekolah ketika sesi pembelajaran.

Sumber Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu berkata, sebahagian besar juga dikatakan sering terbabit dalam pergaduhan.
“Pada masa sama, ada juga ditahan kerana merokok, ponteng kelas dan sekolah namun tidak dikenakan tindakan tegas oleh pengurusan sekolah.

“Ini menyebabkan ada pelajar bermasalah disiplin merasakan diri mereka kebal dan tidak dikenakan tindakan oleh sekolah jika melakukan kesalahan,” katanya di sini, semalam.

Pada masa sama, katanya, dia tidak menyalahkan guru kerana ada dalam beberapa kes, ibu bapa menyerang pengurusan sekolah mendakwa anak mereka baik sedangkan hakikat sebaliknya.

Apabila ini berlaku, guru bertugas yang diserang dipercayai serik untuk berusaha membaiki kelemahan pelajar terbabit dan membiarkan mereka melakukan sesuka hati kerana ibu bapa sendiri tidak marah apabila diberitahu anak menghisap rokok atau sering ponteng.

“Sukar menjelaskan perkara ini, tetapi kejahilan ibu bapa menyebabkan anak mereka tidak mematuhi peraturan sekolah, tidak menghormati orang tua dan pada masa sama, guru dilihat membiarkan pelajar melakukan apa saja sesuka hati,” katanya.

Sementara itu, bekas pelajar sekolah dikenali sebagai Man, 19, berkata, ramai beranggapan sekolah itu elit kerana lokasinya selain kejayaan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Baru Uda mencipta nama setiap tahun.

“Bagaimanapun, keadaan sekolah itu adalah sebaliknya kerana menempatkan pelajar bermasalah, malah memburukkan keadaan, pengurusan sekolah sukar mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.

Pada masa sama, Man berkata, kursus motivasi berkenaan dipilih khas bagi golongan pelajar yang degil dan sentiasa melakukan kesalahan di sekolah.

Selain itu, kursus motivasi itu didakwa dijalankan mengikut silibus yang telah ditetapkan:

Motivasi ikut silibus
[HM] PUTRAJAYA: “Siasatan awal mendapati tidak berlaku perkara di luar batas dalam kursus itu seperti pelajar dipukul, didera, ditumbuk dan sebagainya. Kami mengikut silibus dalam modul program motivasi itu.

“Bagaimanapun, kami akan meneruskan siasatan terperinci untuk menyelesaikan kes ini, termasuk mendapatkan maklumat daripada ibu bapa dan pelajar berkenaan,” kata Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkilfli Omar.

Beliau mengulas sekumpulan 33 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda mendakwa didera petugas program motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang.

Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada pelajar turut digari hingga trauma.

Katanya, jika siasatan mendapati berlaku layanan seperti didakwa, Jabatan Penjara tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib ke atas anggota terbabit....


Kemas Kini (6/8/11):
33 peserta kem motivasi tak didera
[BH] PUTRAJAYA: Hasil siasatan dalaman Jabatan Penjara mendapati tiada penderaan fizikal dilakukan terhadap 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, Johor Bahru, ketika menjalani kem motivasi di Pusat Latihan Penjara Kluang, Johor, minggu lalu.

Sebaliknya, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar, berkata hasil siasatan mendapati ‘sentuhan badan’ (body contact) yang berlaku ketika kursus berlangsung adalah ketika simulasi pemeriksaan yang mana fasilitator terbabit ketika melaksanakan simulasi itu, menepuk bahagian belakang pelajar sambil memberikan nasihat supaya pelajar tidak terbabit perbuatan jenayah.

Katanya lagi, tindakan menggunting rambut bagi tujuan kemasan serta pemantapan disiplin dan beberapa pelajar yang terbabit mengikuti simulasi, digari dalam masa singkat bertujuan memberi kesedaran. 
 
“Walaupun ia untuk kebaikan dan keperluan semasa menjalankan simulasi kursus, unsur ‘body contact’, gunting rambut dan simulasi bergari perlu dikaji semula.

“Kekerasan terhadap penghuni tidak dibenarkan dan sekiranya mana-mana anggota bertindak sedemikian terhadap penghuni mahupun peserta kursus, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Siasatan dilakukan Lembaga Siasatan Jabatan Penjara yang ditubuhkan Rabu lalu dengan mengambil keterangan 10 pegawai penjara terbabit program itu.

Sebelum ini, pelajar berkenaan mendakwa mengharungi pengalaman mengerikan apabila didera petugas Program Pencegahan Jenayah ‘Nilai Kebebasan’. Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar digari hingga mereka trauma.

Zulkifli berkata, hasil siasatan itu juga mendapati makanan disediakan dari kantin kakitangan dan bukan makanan banduan seperti didakwa.

“Makanan itu diletakkan ke dalam dulang khas program latihan dan bukannya dulang banduan. Begitu juga pakaian disediakan bukan pakaian banduan tetapi sebaliknya pakaian khas program terbabit,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pengurusan Tertinggi Jabatan Penjara mengarahkan kursus dianjurkan Kopen Training Consultant dihentikan bagi membolehkan kajian semula dibuat terhadap semua aspek termasuk kesesuaian modul dengan mengambil kira latarbelakang peserta, maklum balas, perundangan, prosedur operasi serta bentuk perjanjian dan persetujuan.  

  1. alah. buat apa cover-cover muka dorang tu. padahal dah nampak semua dalam berita malam tadi.

    gravatar Comment by MizzDayana @ Rabu, Ogos 03, 2011 11:45:00 PG      
  2. Nampak sangat budak2 ni buat cerita menipu, kalau kat sekolah pun dah perangai macam tu ponteng dan sebagainya. Ingat anak2 zaman Cyber ni belit dia kuat dan Ibu bapa pun kena lah ambil perhatian sepenuhnya. Bila pihak sekolah panggil ibu bapa untuk taklimat tapi tak datang, tapi bila anak2 mengadu cepat2 bising kan kat suratkhabar kononnya anak mereka didera. Ni kawan nak cerita.... Program ni amat bagus pada anak2 anda yang degil sewaktu disekolah sekurang-kurangnya pihak sekolah amat perihatin dengan anak2 yang berperangai seperti ini. depan ibu bapa baik tapi kat sekolah perangai hancus, dari pada masa akan datang anak2 Melayu ni memenuhkan penjara tak ke menyusahkan kan keluarga. malah ramai anak2 dari bangsa cina mendaftar untuk program seperti dan sanggup bayar rm150 lagi dan paham aktiviti lasak tersebut. INI DINAMAKAN JATI DIRI. kalau anak2 bukan kaki lawan, tak hilang diri dan hisap rokok mestilah pegawai2 marah sebab itu mereka dikenakan tindakkan. Ketua Pemuda Umno Khalid mohamad ni pun satu bingai nampak sangat masa zaman sekolah tak pernah masuk aktiviti seperti PBSM, Pandu Puteri dan Pengakap. macam mana isu macam ni awak boleh menyokong sebelah pihak saja. sepatutnya sebagai pemimpin mencari jalan menyelesaikan masalah dengan baik. perkara seperti ini pun tak boleh atasi, disini masyarakat melihat jelas kepimpinan dan keupayaan Khalid Mohamed ni. terang2 nak membodek masyarakat tapi tidak kena pada tempatnya. kalau saya katakan sewaktu persekolahan Khalid mohd pernah masuk Pandu puteri adalah mustahil tu untuk kaum hawa saja tapi Pandu Puteri pun ada aktiviti yg sama dengan Budak Nakal SMK UDA tidak pulak bising malah gembira dan ingin mengikuti program tersebut dimasa akan datang. kalau dah tahu anak2 tak tahan lasak jangan lah masukkan nama mereka dlm program tersebut dan jika mengizinkan anak2 masuk dalam program tersebut IbuBapa TOLONG datang dan dengar taklimat tersebut dan selalu memberi soalan pada pemberi taklimat jangan tak buat2 Faham, kalau tak datang untuk taklimat tapi masih mengizinkan anak2 masuk dalam aktiviti tersebut JANGAN SUKA MEMEKAK. sekian terima kasih.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Ogos 03, 2011 12:33:00 PTG      
  3. Kalu aku jadi tenaga pengajar kat situ, aku pulas dan tarik pusat budak2 ni sorang2..nak memgajar mesti kena ada unsur ganas2 siket..baru budak2 tu berdisplin .

    gravatar Comment by harun @ Jumaat, Mac 22, 2013 7:54:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH