Ingat Wanita Murtad "Makcik Hajjah Sitt"? Jurublog UMCO Dakwa Sudah Kenal Pasti Orangnya
Sebuah blog pro-BN, Cucu Tok Selampit mendakwa sudah dapat mengenal pasti identiti pelaku. Blog itu mendakwa usaha mengenal pasti identiti pelaku berjaya dilakukan dengan bantuan pengodam-pengodam (hackers) yang dirahsiakan identiti mereka.
Berdasarkan tulisan di CTS, empunya blog mendakwa sudah memperoleh nama penuh, alamat, NRIC serta gambar pemilik akaun wanita anti-Islam ini. Namun, empunya blog enggan mendedahkannya buat masa ini kerana mendakwa mahu mengumpulkan maklumat terperinci serta sedang berurusan dengan Jabatan Agama Islam dan agensi-agensi yang terlibat untuk membawa wanita murtad ini ke muka pengadilan.
Sebagai pembayang, pelaku merupakan seorang wanita muda yang berasal daripada keluarga campuran. Bapanya mualaf Cina dan ibunya Melayu. Pelaku pernah mendapat pendidikan di sekolah agama dan pernah juga melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM). Wajah graduan UUM ini boleh dikategorikan sebagai golongan cantik.


hukum pancung habis citer.aku sokong 100%....