Saya petik:
[SH] TANJUNG BUNGAH – ‘Kena hukum gantung sekalipun dengan mahkamah saya tak takut’. Itulah jawapan berani seorang lelaki apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) malam kelmarin.
Kedua-duanya sanggup mencemarkan kesucian Ramadan dengan mendaftar masuk ke hotel yang semurah RM50 semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, hampir 14 penguat kuasa menyerbu sebuah hotel bajet di Pantai Miami Tanjung Bungah.
Didapati dalam sebuah bilik di tingkat satu hotel sepasang lelaki dan wanita Islam duduk berdua-duaan dan gagal membuktikan masing-masing mempunyai pertalian yang sah di sisi agama.
Ketika dicekup, lelaki berkenaan kelihatan seperti biasa dan mengikut semua kehendak penguat kuasa JAIPP, namun keadaannya berubah secara tiba-tiba apabila dikatakan hendak dibawa ke balai kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang atas kesalahan berkhalwat.
Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Lelaki itu dengan tiba-tiba memberontak dan dengan beraninya berkata jika hukuman gantung sekalipun dia tidak takut, malah Mahkamah Tinggi juga dia sudah biasa.
Bukan sahaja bertindak seakan menjerit dalam bilik hotel, lelaki itu turut menolak tangan tidak mahu dipegang penguat kuasa.
Manakala teman wanitanya yang turut ditahan bersama hanya mampu memujuk lelaki itu supaya bersabar.
Ketika dibawa turun, wanita itu mengaku datang ke hotel kerana bergaduh dengan keluarganya.
“Memang saya ada gaduh dengan keluarga, sebab itu datang ke hotel dan saya bayar separuh duit hotel sementara separuh dia bayar sebab saya tidak bawa duit banyak kerana keluar dari rumah tiba-tiba,” katanya.
Kedua-duanya dibawa ke Pejabat JAIPP Lebuh Pantai untuk disoal siasat dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk dibuat laporan polis.
Operasi yang bermula jam 10 malam itu dinamakan Ops Santai dan diketuai Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan...
P/s: Fuh!!! Simpan jawapan itu ketika menghadap Allah SWT nanti!
Tak payah simpan... memang ayat yang dia pakai tu akan diulang semula apabila kitab amalan dibuka kelak di hadapan Allah.