Susulan Kes Wanita Dikerat 15, Senjata Bunuh Kerat Ditemukan di Rumah Suspek, Warganegara Bangladesh
Saya petik:
[Kosmo] AMPANG JAYA - Siasatan kes pembunuhan seorang wanita dan kanak-kanak warga asing yang mayat mereka dikerat 15 bahagian sebelum disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chrysa, Apartmen Astria, Taman Kosas di sini mendapat petunjuk baharu apabila polis menemui alat yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Kosmo! difahamkan, alat tersebut ditemui di dalam sebuah rumah yang dihuni lapan lelaki Bangladesh di sebuah rumah di tingkat lima perumahan tersebut Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah enggan mendedahkan jenis alat yang ditemui itu.
Katanya, selain siasatan, pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai sehingga berjaya menahan lapan lelaki terbabit dan merampas senjata tersebut.
"Tujuh lelaki itu ditahan serentak di kawasan perumahan tersebut manakala seorang lagi ditangkap di sebuah hotel di sini pada hari sama.
"Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai tukang cuci bangunan itu manakala salah seorang merupakan pekerja sebuah hotel," katanya pada sidang akhbar di sini semalam....


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.