Lima "Ekor Katak Politik" Sedia Jadi Saksi Drama Liwat II
Saya petik:
Ezam antara bekas orang kanan mahu jadikan mahkamah medan jawab segala fitnah
[BH] KUALA LUMPUR: Beberapa bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi saksi pembelaan bagi kes liwat yang sedang dihadapi ketua pembangkang itu.
Antara mereka ialah bekas Setiausaha Politik Anwar yang juga Ahli Dewan Negara, Ezam Mohd Noor; bekas setiausaha sulitnya, Anuar Shaari; bekas pegawai khas, Rahimi Osman; bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.
Ezam, yang juga Ahli Dewan Negara, berkata ini memang masa yang ditunggu-tunggu kerana mahkamah adalah medan menjawab segala fitnah yang dilemparkan terhadap beliau dan beberapa rakan seangkatan yang sudah meninggalkan Anwar.
“Sebelum ini ramai yang beranggapan kami meninggalkan Anwar kerana disogok dengan habuan tertentu dan pelbagai tohmahan lain, hakikatnya kami meninggalkan Anwar disebabkan kami tahu adalah haram bertuankan seorang yang rendah moral,” katanya ketika dihubungi semalam.
Anuar berkata, beliau menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kerana beliau cukup tahu minat dan kecenderungan Anwar.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak relevan untuk dipanggil peguam bela kerana mereka tidak ada kena mengena dengan kes liwat itu. Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini dengan menggunakan media.
“Anwar mahu menemu ramah Najib dan Rosmah supaya beliau dapat mempolitikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara dan pasti akan memburukkan sistem kehakiman negara jika ia tidak memihak kepadanya,” katanya.
Rahimi berpendapat tujuan Anwar mahu menemubual Najib dan Rosmah adalah cubaan untuk mempolitikkan isu dan perbicaraan liwat yang dihadapinya.
Katanya, Anwar hanya mahu memburuk-burukkan sistem kehakiman negara dan beliau tidak akan sekali-kali menyalahkan kerakusan nafsu songsangnya dalam hal itu.
Gobalakrishnan yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, berkata beliau juga bersedia menjadi saksi kepada pasukan pembela berbanding Najib dan Rosmah.
“Saya cukup mengenali Anwar dan Saiful Bukhari, malah saya mengenalinya lebih daripada Najib dan Rosmah dan melalui saya banyak yang mahkamah boleh dapatkan,” katanya.
Choo Keong pula berkata, beliau juga mempunyai banyak maklumat yang boleh membantu dan bersedia menjadi saksi pembelaan.
“Saya juga menjadi saksi ketika Rahimi diarahkan untuk menandatangani pengakuan bersumpah pada 29 Jun 2008 dan saya tidak perlu rasa takut,” katanya.
P/s: Hahahaha.Aduhai, katak politik! Semakin dekat PRU, semakin kuat membodek. Katak-katak ini sepatutunya menjadi saksi pendakwaan, mengapa sibuk mahu menjadi saksi pembelaan? Mengapa pasukan pendakwaan enggan memanggil katak-katak ini ke kandang saksi? Kalau pun mahu dipanggil, Raja Sesumpah Ezam saja yang wajar dipanggil kerana Si Sayfool ada berjumpanya sebelum membuat laporan polis. Apa relevannya katak politik yang lain dipanggil ke kandang saksi?


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.