[Kemas Kini] Susulan Kes Wanita Dikerat 15, Mangsa Warga Indonesia Dibunuh Mungkin Kerana Cemburu
Saya petik:
[HM] AMPANG: Motif cemburu dikenal pasti menyebabkan seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang berusia enam tahun dibunuh kejam sebelum mayat mereka dikerat lebih 15 bahagian.
Mayat dua beranak itu dibungkus dalam tiga plastik sebelum dibuang di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, pada 3 Ogos lalu.
Polis mengesahkan wanita berkenaan juga mengandung berdasarkan bedah siasat dijalankan.
Setakat ini, polis menahan sembilan lelaki termasuk suami mangsa yang berusia 29 tahun bagi membantu siasatan di Bandar Baru Ampang, di sini, dua hari lalu.
Lapan lagi lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci adalah warga Bangladesh. Seorang daripada lelaki dipercayai kekasih ‘gelap’ wanita berkenaan.
Siasatan awal, suami mangsa yang berasal dari Sabah tidak pernah membuat laporan polis berhubung kehilangan isteri dan anaknya itu.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan motif cemburu menjadi punca pembunuhan kejam itu.
Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.
Berkaitan:
Tukul Besi Dipercayai Digunakan Dalam Pembunuhan Kejam Di Taman Kosas
[Bernama] SHAH ALAM: Polis Selangor pada Selasa mendedahkan tukul besi ialah antara senjata yang dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan seorang wanita dan kanak-kanak lelaki di Taman Kosas, Ampang, Selangor Rabu lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kesan kecederaan pada badan si mati hampir sama dengan kesan penggunaan tukul besi.
Beliau juga berkata pakar perlu menganalisis keadaan mayat sebelum mengetahui punca kematian kedua-dua mangsa dan polis sedang mengenal pasti sama ada kanak-kanak lelaki itu anak wanita berkenaan.
Katanya, setakat ini lebih 100 orang ditemu bual dan keterangan 40 saksi diambil, termasuk seorang lelaki yang dikatakan suami wanita malang itu.
"Lelaki itu berkata si mati hilang 29 Julai lepas. Dia menyedari perkara ini selepas wanita itu tidak balik ke rumah mereka," katanya.
Mayat wanita dan kanak-kanak itu ditemui dalam beberapa beg plastik di sebuah apartmen yang tidak berpenghuni dalam keadaan badan mereka dikerat-kerat.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.