Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 5 Ogos 2011

Pelajar Ponteng Cedera Tertoreh Pisau di Tangan Ustaz, Cuba Perhatikan Situasinya


Saya petik:

[Kosmo] KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala selepas tertoreh pisau kecil yang dipegang seorang ustaz dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu didakwa berlaku ketika guru agama berusia 55 tahun berkenaan cuba menarik pelajar tingkatan dua itu yang berada di kelas bersebelahan kerana ponteng dari kelas sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ustaz berkenaan bertindak demikian selepas didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa, Muhamad Hafidza Wajahid, 14, yang dikatakan sengaja keluar dari kelas untuk ponteng.

Sebelum kejadian, menurut beliau, mangsa ada berjumpa dengan ustaz terbabit dan meminta kebenaran untuk keluar membuang air kecil.

Namun, ustaz itu enggan membenarkan mangsa keluar kerana mengesyaki dia mahu ponteng kelas.


P/s:  Orang yang melihat isu ini secara sepintas lalu pasti akan menuding jari kepada ustaz yang terlibat dalam kes ini. Silapnya, sewaktu cuba memastikan pelajar di atas kembali ke kelasnya, si ustaz ini memegang pisau kecil. Tidak diketahui pula bagaimana dan mengapa si ustaz ini memegang pisau tersebut.

NAMUN, adakah peristiwa ini akan berlaku jika pelajar yang ditatang oleh ibunya ini patuh kepada arahan ustaz itu? Adakah kepalanya akan tercedera jika dia tidak melawan/meronta sewaktu ustaz tersebut menariknya ke kelas? Sudah pasti tidak bukan? Dalam berita di atas, tidak dinyatakan berlaku pergelutan antara ustaz ini dengan pelajar tersebut, namun senigat saya berita di TV pencacai semalam ada menyatakan perkara tersebut. Mengapa berlaku pergelutan, melainkan si pelajar ini bersikap degil dan tidak mematuhi arahan.

Dalam berita di TV semalam, si ibu dengan jelas meminta pihak sekolah menukarkan ustaz terbabit kononnya tidak mahu kejadian yang sama berlaku kepada pelajar yang lain. Dia tidak langsung melihat sebab dan punca  peristiwa ini berlaku. Sebenarnya, sikap dan pendirian yang sama turut diamal dan dipegang oleh kebanyakan ibu bapa hari ini. Jadi tidak hairanlah banyak ibu bapa menyerang sekolah kerana mempertahankan anak masing-masing.


P/s: Kalau dahulu penceramah dipanggil ke sekolah untuk memberikan motivasi, hari ini pelajar bermasalah terpaksa di hantar ke penjara untuk menyedarkan mereka. Di rumah mereka umpama ustaz/ustazah, di luar rumah mereka umpama samseng/ja****. Bayangkan betapa teruknya moral dan disiplin sesetengah pelajar hari ini!


  1. Sbb tu ibubapa sekarang melahirkan 'Tuan'. remaja semakin biadap dan ibubapa semakin hilang pedoman dlm mendidik anak2. Kalau aku jadi cikgu aku campak je budak2 kurang ajar ni dr tingkat 3 bangunan sekolah...hahaha..bukan bunuh diri dan bukan di bunuh tapi mati...tu sebab aku tak nak jadi cikgu. Meluat lak aku tengok muka budak tu, mcm sial je bua muka kesian....nak jadi samseng tapi2 rupa2nya anak omak. Dah besar join Perkasa ek

    gravatar Comment by bunbinban @ Jumaat, Ogos 05, 2011 11:11:00 PG      
  2. hmmm..
    apa kata kali ni...
    kita spin..tukarkan sj.. mak ayah bersama pelajar tersebut dr daerah Marang..

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Ogos 05, 2011 11:17:00 PG      
  3. Ini sume nak cerita pasal cikgu jahat... pelajar2 baik. walhal banyak kes2 kebejatan pelajar disekolah , tapi diabaikan atas alasan mereka budak2 dan pihak kera-jaan nak bodek mak-bapak. Bukannya nak dibetulkan.

    Patutnya murid2 patut diberi pemahaman dan dididik tentang mengapa untuk mereka ke sekolah, apa yang perlu dan tidak perlu mereka lakukan disekolah dan apa tanggungjawab mereka disekolah... Ini perlu dilakukan oleh ibu-bapa dirumah. Tetapi apa yg berlaku sekarang ramai mak-bapak hantar anak kesekolah kerana nak lepaskan beban menjaga anak 100% kepada pihak sekolah. Bahkan mereka tau kebejatan kelakuan anak masing2.

    Baru2 dalam minggu ni. Di sebuah sekolah di Bukit Rahman Putra, ada kejadian guru perempuan ditumbuk didalam kelas oleh seekor murid lelaki sampai pecah bibir dan lebam di bahagian muka dan disaksikan oleh semua murid. Atas alasan apa yg memberikan LESEN besar kepada murid berkenaan utk bertindak begitu keatas guru mereka. Jawapanya tidak ada alasan langsung. Walau apa pun murid2 perlu diajar untuk menghormati guru sepertimana menghormati kedua ibu-bapa mereka walaupun ibu-bapa mereka dikelasifikasikan sebagai jahat atau penjenayah atau perogol. Anak tetap anak dan wajib kena hormat kepada ibu-bapa. Itu yg diajar oleh Islam dan mak-bapak kita dulu. Benci dgn perangai itu cerita lain.

    Tapi yg peliknya (pelik pertama)di malaysia dibawah sistem pendidikan yg bercelaru dgn mentri yg tak berapa nak cerdik, murid2 walau apapun alasan tidak boleh disentuh oleh guru. Jadi bagaimana guru nak mengajar dgn berkesan sebab kebanyakkan murid perlu didisplinkan utk menerima pembelajaran. Hanya guru displin yg boleh merotan. Jadi murid2 pun pandai bila depan guru displin atau guru besar mereka baik. Dan bila ada murid yg anti dgn seorang guru dia akan cipta satu suasana dan disokong oleh rakan2 lain sebagai saksi apa yg dikatakan guru membelasah murid, guru mencabul murid guru itu dan guru ini sedangkan perkara itu tidak sedemikian. Hanya kerana bencikan guru mereka bertindak begitu. Tak cukup dgn itu mak-bapak pula publish dalam suratkhabar utk memuaskan hati dan dapat memalukan guru dan institusi berkenaan.

    Pelik yang kedua bila perkara yg sama berlaku kepada ahli politik semuanya boleh kautim, selesai luar (slow-talk), cover-up sebab nak jaga maruah pemimpin... tetapi perkara itu benar2 berlaku. apa guru tak da maruah ke utk dipertahankan. Sebab tu ramai kes guru2 dihantar kehospital mental akibat dari tekanan di sekolah dan kedungguan mentri yg berkaitan.

    Dalam hal sekolah itu tadi guru besar selalunya akan bersifat offensif terhadap guru.. guru akan terus 100% dipersalahkan tanpa siasatan dilakukan sebab kebanyakkan guru besar yg dilantik tidak berkupayaan utk mentadbir sekolah. Kebanyakkannya hanya bagus dimata jabatan pendidikan kerana menjadi pak turut dan lembu pawah.

    Silap2 bila ada kes disekolah semua nak cover-up takut sekolah malu... yg sebenarnya takut jabatan malu...

    kepincangan ini dah membarah disekolah sebab itu kita dapati sekarang ini lebih ramai murid yg kesekolah bukan utk belajar. Dan jika ini keadaannya disekolah bermakna sistem pendidikan itu sendiri tidak memberi peluang kepada murid2 bermasalah ini utk dipandu dan diperbetulkan. Seperti mendidik anak manja (anakku sazali), guru2 dan sekolah yg dipersalahkan.

    Jadi sampai bila dan dimana hala-tuju anak2 kita dgn kepincangan sistem yg ada...

    gravatar Comment by otaklunyai @ Jumaat, Ogos 05, 2011 11:22:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH