Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 13 September 2011

Buku Panduan BUNUH DIRI Jepun



Masyarakat Jepun memang terkenal dengan budaya membunuh diri sejak dahulu lagi. Misalnya, harakiri, iaitu tindakan membunuh diri demi maruah yang dilakukan oleh para kesatria Jepun. Begitu juga tindakan kamikaze yang memperlihatkan keberanian dan pengorbanan anggota tentera Jepun terhadap negara mereka pada Perang Dunia 1 dan II lalu. Bagaimana dengan generasi muda Jepun pada hari ini?

Wataru Tsurumi, penulis buku Panduan Lengkap untuk Membunuh Diri kembali muncul berhadapan dengan khalayak. Editor majalah itu mencetuskan kontroversi sewaktu melancarkan bukunya pada tahun 1993. 

Wataru Tsurumi,

"Saya membongkarkan tabu masyarakat Jepun," cetus lelaki berusia 42 tahun itu.

Dalam bukunya, Tsurumi menulis cara-cara untuk membunuh diri, misalnya mengambil ubat tertentu, memotong urat nadi, hinggalah menggunakan gas karbon monoksida. Semuanya diterangkan secara terperinci.

Menurut fakta, Jepun merupakan negara yang mempunyai angka bunuh diri tertinggi di dunia bersama-sama dengan Rusia dan Hungary. Lebih daripada 30 000 penduduknya mengambil keputusan membunuh diri dalam tempoh lapan tahun  berturut-turut.

Menurut Tsurumi, membunuh diri tidak salah kerana perbuatan itu melambangkan kebebasan individu. Apatah lagi, sejak dahulu masyarakat Jepun sudah mengamalkan budaya harakiri.

Tsurumi muncul kembali setelah Parlimen Jepun mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pemerintah atau majikan membuat laporan pencegahan bunuh diri serta bekerjasama menjaga kesihatan mental para pegawainya. 

"Ketika pemerintah mula memperketat penguatkuasaan, saya akan terus berbicara secara serius tentang hal ini. Kita berhak memilih perkara yang kita inginkan dalam hidup," tegasnya.

Ketika negaranya menghadapi angka bunuh diri yang tinggi, Tsurumi mempunyai pandangan yang berbeza. 

"Orang selalu menyoal sebab seseorang membunuh diri? Tidak akan ada jawapan tertentu untuk persoalan ini. Sekarang mari kita tanya, mengapa kita tidak boleh membunuh diri ? Mengapa kita harus terus hidup?," katanya.

Menurut Tsurumi, tindakan membunuh diri lebih banyak disebabkan oleh kehidupan yang membosankan. Begitu juga soal pekerjaan dan masalah sama yang dihadapi tiap-tiap hari. 

"Cabaran terbesar dalam hidup adalah tentang cara untuk memperoleh kehidupan tanpa merasa hampa/bosan," ujarnya seraya tersenyum sinis.

Meskipun mendukung ideologi bunuh diri, Tsurumi, walau bagaimanapun menentang tindakan membunuh diri secara berkumpulan yang semakin menjadi-jadi di Jepun. Fenomena ini terjadi apabila sekumpulan individu bertemu di internet dan berjanji untuk membunuh diri bersama. 

"Kamu harus membuat keputusan sendiri untuk hidupmu," tegasnya. - DCM

* Saya olah semula artikel ini daripada kiriman di forum Viva.

P/s: Buku ini bukanlah bacaan yang direkomendasikan untuk umum. Isi buku ini benar-benar mengajarkan orang untuk mengambil jalan pintas untuk mengakhiri hidup mereka. Harap-harap buku ini tidak beredar di Malaysia sama ada melalui cara yang sah ataupun tidak sah. Macam-macam masalah pula timbul nanti!



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH