Ingat Kes Gadis Dibakar di Ampang? Suspek Ditahan
![]() |
| GAMBAR fail menunjukkan penduduk melihat kawasan mayat Nurul Awatif dipercayai dibakar di dalam semak di Kampung Lembah Jaya, Ampang Jaya pada 5 September lalu.-Kosmo |
Saya petik:
[BH] SHAH ALAM: Polis menahan seorang pelajar lelaki institut pengajian tinggi di Perak semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja wanita yang tubuhnya 80 peratus terbakar di Lembah Jaya Ampang pada 5 September lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata pelajar berusia 19 tahun itu menuntut di tahun dua program Sarjana Muda Juru Ukur Bahan di Sri Iskandar.
"Kita turut merampas telefon bimbit mangsa dan sebuah kereta Perodua Kancil milik keluarga pelajar lelaki itu yang di dalamnya terdapat helaian rambut yang belum dikenal pasti," katanya pada sidang berita di sini.
Tun Hisan berkata, polis juga mengenal pasti dua stesen minyak di Ampang di mana petrol yang dikatakan dibeli untuk membakar mayat remaja itu.
Pelajar lelaki itu yang ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di luar kampusnya direman tujuh hari.
Tun Hisan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pelajar lelaki itu, yang berasal dari Taman Ukay Perdana, Hulu Kelang, mengenali mangsa yang menetap di Selayang.
Norul Awatif Mohd Shakir, 19, penuntut Maahad Tahfiz At-Tijarah, Selayang, ditemui mati pada 5 September selepas keluar dari rumahnya untuk bertemu rakannya pada 4 September.
Mayat mangsa dicam oleh bapanya berdasarkan kepada maklumat mengenai rantai tangan dan subang emas serta cebisan baju kurung yang dipakai mangsa.
P/s: Tidak ada bala, cari bala!


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.