Pelancong MAUT Dirodok Gajah
![]() |
| Sekadar hiasan. |
Saya petik:
[HM] KOTA KINABALU: Seorang pelancong warga Australia maut dalam keadaan mengerikan selepas dirodok seekor gajah jantan dengan gadingnya sehingga isi perutnya hampir terburai dalam kejadian di Mud Lipad Vulcano, berhampiran Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa Jenna O’Grady Donley, 26, mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk selepas dipercayai ditusuk lebih enam kali di perut.
Difahamkan, seorang lagi wanita yang juga rakan senegara mangsa berusia 25 tahun dan pemandu pelancong menyelamatkan diri sebelum mendapatkan bantuan.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Laurentius Ambu berkata, sebelum kejadian, kedua-dua pelancong itu dibawa pemandu pelancong ke kawasan lumpur gunung berapi atau Mud Lipad Volcano di Tabin.
“Ketika balik dari kawasan lumpur itu, kedua-dua pelancong itu dikatakan membuat keputusan untuk berjalan kaki di kawasan denai gajah untuk melihat haiwan itu dengan lebih dekat.
“Selepas berjalan beberapa minit, mereka ternampak seekor gajah sebelum mangsa cuba menghampiri hidupan liar itu yang hanya 10 meter dari mereka sebelum cuba merakam gambar.
“Tindakan itu dipercayai menyebabkan gajah berkenaan marah sebelum bertindak mengejar dan menyerang mangsa, sebelum wanita itu dikatakan cuba melarikan diri ke dalam hutan, manakala rakannya bersama pemandu pelancong melarikan diri ke denai utama,” katanya ketika dihubungi Harian Mero, di sini semalam.
Difahamkan, laporan awal menunjukkan gajah jantan itu mengejar mangsa sebelum menyondolnya berkali-kali menggunakan gadingnya.
Laurentius berkata, setakat ini gajah itu masih belum ditangkap.
“Lazimnya, apabila gajah itu bersama kumpulannya, haiwan liar itu tidak bahaya. Bagaimanapun, jika bersendirian, ia menunjukkan hormon gajah itu tidak stabil,” katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan kejadian berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati mangsa cedera parah di perut dan dipercayai mati di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.