Kalau DCM tidak siarkan pun, sememangnya cerita dan gambar fasal DSAI di Pesta Ponggal ini tengah MEMBARA di blog pro-UMNO. Hal ini juga bakal dihangatkan lagi oleh media pencacai, malah tidak mustahil mufti-mufti UMNO akan mengeluarkan fatwa tentang hal ini.
Tatkala blog PR menegur perbuatan Najib dan Rosmah semasa sambutan Thaipusam baru-baru ini, DSAI pula dikantoikan dengan gambar-gambar sambutan Ponggal di Batu Gajah Perak 29 Januari lalu.
Ada blog PR mendakwa gambar-gambar ini adalah
superimpose, namun gambar-gambar suasana majlis sambutan tersebut turut disiarkan dalam blog Dr Xaxier Jayakumar. Cuma bezanya, blog ADUN Sri Andalas tidak menyiarkan gambar-gambar jarak dekat DSAI sedang disambut dan "dicalit" seperti dihangatkan oleh blog pro-UMNO. Boleh lihat
di sini.
Namun perkara yang perlu difikirkan ialah: jika benarlah DSAI dicalit dan dipakaikan dengan pelbagai perhiasan yang ada kaitan dengan sambutan itu, maka sudah tentu hal itu tidak dirancang, sudah tentu tiada niat di hati beliau untuk menerimanya. Seperti pendapat tukang komen di laman FP DCM FB, hal ini seperti "nak terima salah, nak tolak susah".
P/s: Pada TM, hukum tetap hukum. Jika kehadiran DSAI dan rombongan pada pandangan tokoh agama melanggar batas agama, maka tindakan perlu diambil oleh pihak DSAI. Jika hal ini tidak melanggar hukum atau gambar-gambar yang disiarkan itu hasil rekayasa maka penjelasan perlu diberikan secepat mungkin.
Dalam pada itu, TM agak bersetuju dengan padangan dua orang jurublog otai tentang sikap dan tindakan pemimpin PR yang boleh menjejaskan peluang PR menguasai Putrajaya. Kiriman Pak Penarik Beca boleh dibaca
di sini, kiriman MSO pula boleh dibaca
di sini,
Kita wajar berpegang , jika benar kita bela, namun jika salah kita hukum... tidak kira siapa, kawan mahupun lawan.
Kalau macam ni gamaknya...sukarlah PR nak tawan Putrajaya...DSAI janganlah buat 'sleck' plak...tempiasnye terkena pulak leader2 PR yg beragama Islam yg lain terutamanya warga PAS...tambah2 lagi PRU-13 dah makin dekat...macai2 umno pasti mengunakan isu ini utk merangka strategi bg menyerang titik kelemahan PR nie...please la DSAI...jangan disebabkan "clorox setitik rosak kari sebelanga"...