Dua Ekor BUAYA GERGASI Ditangkap di Filipina
Saya petik:
[Kosmo] BANDAR PALAWAN, Filipina - Beberapa pekerja memindahkan dua ekor buaya gergasi di bandar ini kelmarin yang ditangkap pada Selasa lalu di bandar Rio Tuba Bataraza ekoran terdapat laporan bahawa haiwan itu melakukan serangan ke atas manusia.
Menurut agensi berita Reuters, haiwan itu dipindahkan ke sebuah ladang buaya di sini.
Beberapa pegawai tempatan di ladang haiwan itu berkata, buaya jantan yang ditangkap itu sepanjang 4.87 meter dan akan diberi nama Valentino.
Buaya betina yang ditangkap itu pula sepanjang 3.35 meter.
Nama itu diberikan kerana haiwan tersebut ditangkap pada Hari Kekasih.
Pada September tahun lalu, penduduk kampung di wilayah Agusan del Sur, Filipina berjaya menangkap seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter yang dianggap terbesar yang pernah ditangkap hidup-hidup di dunia. - Agensi


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.