Remaja Perempuan Belasah Rakan Sekelas Ketawa Selepas Dicekup
![]() |
| Sekadar hiasan. |
Saya petik:
[HM] KANGAR: Tidak serius dan hanya ketawa. Begitu sikap ditunjukkan lima pelajar perempuan berusia 15 tahun apabila dicekup polis selepas dipercayai membelasah rakan sekelas mereka di luar sebuah sekolah menengah, di sini, Selasa lalu.
Semua pelajar itu ditahan kelmarin selepas dipercayai terbabit dalam kejadian membelasah rakan sebaya hingga mangsa dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kelima-lima pelajar perempuan itu ditahan di kediaman masing-masing untuk diambil keterangan, namun dibebaskan dengan jaminan polis.
Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk memanggil lima saksi lain bagi menyiasat kejadian berkenaan.
“Polis juga masih menunggu mangsa sembuh sepenuhnya untuk diambil keterangan bagi melakukan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan,” katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Latifah Ahmad, 38, merayu agar anaknya dipindahkan ke sekolah lain bagi mengelak kejadian sama berulang.
Katanya, anaknya kini trauma berikutan kejadian itu dan dibimbangi tidak mampu menumpukan perhatian jika masih belajar di sekolah itu termasuk berdepan semua remaja terbabit.
“Biarlah dia belajar di sekolah lain supaya dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Dun Kasa berkata, pihaknya akan mempertimbangkan rayuan ibu pelajar itu bagi kepentingan semua pihak tetapi perlu mengemukakan permohonan rasmi.
P/s: Rosak akhlak! Mungkin mereka ketawa kerana tahu tindakan yang bakal diambil tidak menakutkan atau menggerunkan. Silap-silap, jabatan pelajaran akan memanggil ibu bapa dan menyelesaikan kes itu secara damai. Penyelesaian pernah berlaku dan akan berlaku.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.