Kerajaan BN Tolak PBB Siasat Keganasan BERSIH 3.0
[KD] KUALA LUMPUR 10 Mei: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Frank William La Rue.
Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) itu, Nalini E, berkata ia membuktikan kerajaan Malaysia tidak ikhlas menganggotai PBB sebaliknya sekadar mencari populariti.
“Ini tanggungjawab sebagai anggota PBB. Kita mesti benarkan. Mereka sudah pasti pakar dalam bidang tersendiri. Jadi Malaysia tidak perlu takut.
“Kita mahu siasatan sewajarnya dijalankan PBB sebab pandangannya bebas dan seimbang,” katanya selepas sidang media NGO Bersih di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur di sini semalam.
Sebelum ini, La Rue, seorang peguam dari Guatemala menawar diri bagi menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Beliau yang pernah dicalon sebagai penerima Anugerah Keamanan Nobel dianggap paling sesuai kerana dapat memberi penilaian tanpa terikat kepada mana-mana pihak.
Mengulas lanjut kepada Keadilan Daily, Nalini menyifatkan keengganan kerajaan itu hanya menyerlahkan kezaliman pentadbiran diktator Umno BN.
“Apa salahnya? Tapi kerajaan Malaysia tidak mahu ambil tanggungjawab untuk memastikan situasi hak asasi manusia dalam keadaan baik.
“Bermakna Malaysia tiada kesungguhan untuk pulihkan demokrasi. Kerajaan mahu mengekalkan undang-undang yang tidak menghormati hak asasi,” katanya.
Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman menyatakan tiada keperluan untuk orang luar menyiasat Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Sebaliknya, kerajaan melantik bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar mengetuai panel ‘bebas’ bagi menyiasat keganasan polis yang pernah diterajuinya.
P/s: Kalau pihak kerajaan tidak melakukan kesalahan, agensi kerajaan tidak terlibat dalam provokasi dan keganasan, mengapa Kerajaan BN takut dan tolak wakil PBB?
Tolak PBB Bukti Umno Tiru Pemerintahan Kuku Besi Mugabe
[KD] KUALA LUMPUR 9 Mei: Keenggananan kerajaan Persekutuan membenarkan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat keganasan yang berlaku pada Bersih 3.0 membuktikan pentadbiran kuku besi Umno BN.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata, hanya negara yang mengamal pemerintahan kuku besi menolak pemerhatian institusi yang diiktiraf antarabangsa.
“Seperti Zimbabwe, Presiden Robert Mugabe tidak membenarkan PBB melihat perjalanan demokrasi negara itu. Ia menyebabkan Zimbabwe terasing dari dunia.
“Pemerintahan junta tentera Myanmar juga menutup pintu dari pemerhatian antarabangsa. Begitu juga di Indonesia – Suharto, Filipina – Marcos dan negara Arab lain,” katanya kepada Keadilan Daily hari ini.
Mugabe terkenal sebagai pemerintah zalim yang sanggup membunuh dan menyeksa rakyat termasuk menembak mati pasangan suami isteri selepas membunuh anak lelaki mereka.
Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menolak tawaran Frank William La Rue dengan alasan orang luar tidak perlu menyiasat kerana Malaysia mampu melakukannya.
Perhimpunan itu menarik perhatian La Rue kerana berpendapat peserta tidak agresif mahupun mengingkari arahan tetapi polis yang bertindak ganas.
Saifuddin menyifatkan keengganan Umno itu bertujuan menyembunyikan keganasan, menutup propaganda media kerajaan dan tuduhan mengguling kerajaan.
“Jika wakil PBB siasat, ia akan membongkar semuanya. Dunia akan tahu tiada usaha guling kerajaan, sebaliknya wujud keganasan dan bukti media arus perdana berat sebelah,” katanya.
Perhimpunan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat berhimpun di jalan menghala ke Dataran Merdeka bagi menuntut kerajaan melaksana pilihan raya yang adil.
Bagaimanapun, himpunan itu dicemari keganasan polis – peserta termasuk orang tua, wanita dan wartawan cedera dibelasah.


Ini bukan berita baru. Kerajaan UMNO/BN haram jadah takkan biarkan orang lain tahu pembohongan, demi pembohongan yang mereka lakukan. Namapun dah haram jadah!
DAH START DAH...CAMPUR TANGAN ASING...
PBB??? PEMBANGKANG SOKONG PBB KE???
PBB LA BYK WAT ANAIYA PADA NEGARA ISLAM...
PASTU KITA PULAK NAK TERHEGEH-HEGEH NK SIMPATI MEREKA...
TAK ANDA SEMUA TAK BOLEH LIHAT AGENDA PEMBANGKANG NI...
ORG LAIN DALAM BOLEH TGK HELAH NI...
MMG TUJUAN ASAL NK BG CAMPUR TANGAN ASING...
TAK AMAN DAH...TAK AMAN...