[Video] Saifuddin Kantoikan Nazri Aziz: Pengerusi SPR Masih Lagi Ahli UMNO
[MK] PKR hari ini menyangkal penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam bahawa keahlian Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof telah luput kerana tidak membayar yuran tahunan.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi setiausaha agung Pemuda Umno, orang yang mendaftar menjadi ahli Umno perlu membuat dua bayaran - yuran keahlian yang perlu dibayar sekali sahaja dan yuran tahunan untuk membolehkannya menghadiri mesyuarat agung Umno.
Oleh itu, hujahnya, walaupun Abdul Aziz tidak membayar yuran tahunan, ia tidak membatalkan keahliannya dalam Umno, cuma beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan.
Saifuddin menjelaskan bahawa seseorang ahli hanya tidak lagi dianggap menjadi ahli Umno jika dia dipecat atau dia meminta digugur daripada keahlian parti.
Dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen semalam Nazri berkata keahlian Abdul Aziz telah luput kerana beliau gagal membayar yuran tahunan sejak beberapa tahun.
Berkaitan:
Lucut keahlian: Pengerusi SPR bohong – Saifuddin
[KD] PETALING JAYA 10 Mei: Dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan lagi ahli Umno adalah pembohongan bertujuan mengelirukan rakyat.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, selepas pendedahan, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf tidak pernah mengisytihar keluar Umno, sebaliknya mendakwa telah terlucut keahlian kerana tidak membayar yuran tahunan.
“Pengakuan itu sekadar mengesahkan Abdul Aziz memang menjadi ahli Umno,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Machang itu berkata, berdasarkan pengalaman beliau menjadi Setiausaha Pemuda Umno, untuk mendaftar menjadi ahli Umno, seseorang itu hanya perlu membayar yuran keahlian.
Menurut Saifuddin, yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan kerana yuran keahlian hanya dibayar sekali seumur hidup.
“Sekiranya seseorang itu tidak membayar yuran tahunan, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat agung dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pemilihan.
“Walaupun tidak membayar yuran, seseorang itu tetap menjadi ahli Umno sehingga dia membuat keputusan untuk keluar parti,” katanya.
Beliau juga mendedahkan terdapat 11 Wan Ahmad Wan Omar berdaftar sebagai ahli Umno.
Justeru, beliau mencabar 10 nama lagi untuk tampil menafikan ‘Wan Ahmad Wan Omar’ bukan Timbalan Pengerusi SPR.
“Sekiranya peniaga bernama Wan Ahmad Wan Omar mendakwa dia menganggotai Umno, itu tidak mengapa.
“Dalam senarai saya, masih ada 10 lagi nama yang sama. Jadi saya cabar kesemua nama ini tampil menafikan sehingga ‘Wan Ahmad Wan Omar’ mengaku dia adalah Timbalan Pengerusi SPR,” tegas beliau.
Tambah Saifuddin, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri tengah hari tadi mendesak tribunal ditubuhkan bagi memecat Abdul Aziz dan timbalannya.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.