Kes Pembunuhan Sosilawati: Tertuduh Keempat Dakwa Pathmanabhan Ada di Lokasi Kejadian
PATHMANABHAN dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam. |
[Kosmo] SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam memasuki episod baharu apabila salah seorang tertuduh mengesahkan bahawa bekas peguam, N. Pathmanabhan berada di Ladang Gadong, Banting pada malam kejadian bunuh pada 30 Ogos 2010.
Ladang Gadong yang dimiliki Pathmanabhan merupakan ladang ternakan haiwan dan buah-buahan, tempat kejadian bunuh itu berlaku.
Keterangan tertuduh keempat itu, R. Kathavarayan bagaimanapun menyebabkan peguamnya, Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili tertuduh atas alasan keterangan anak guam bertentangan dengan arahan diberikan sebelum ini.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan penarikan diri Ravi dan mengarahkan Khatavarayan berbincang dengan ahli keluarga sama ada hendak melantik peguam lain atau sebaliknya.
"Itu merupakan hak yang ada pada Khatavarayan. Kalau paksa peguam pun tidak elok," kata Akhtar yang turut memerintahkan supaya Khatavarayan diasing daripada ketiga-tiga tertuduh lain sehingga dia selesai memberi keterangan.
Terdahulu, Khatavarayan ketika disoal Ravi, mengesahkan bahawa Pathmanabhan datang ke Ladang Gadong pada pukul 7 malam, 30 Ogos 2010 bersama beberapa orang rakan bekas peguam itu yang antara mereka dikenalinya tetapi mendakwa tidak tahu nama mereka.
"Pathmanabhan ada dan seingat saya ada lima orang berketurunan Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India yang datang ke ladang itu pada pukul 7 petang," kata Khatavarayan.
Berita Berkaitan:
Tertuduh Kes Sosilawati Buat Laporan Bimbang Akan Keselamatannya
[Bernama] Jumlah
anggota polis yang berkawal di Mahkamah Tinggi Shah yang membicarakan
kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya semalam lebih ramai
daripada biasa, ekoran seorang daripada tertuduh membuat laporan
bimbangkan keselamatannya.
Tertuduh keempat R.Kathavarayan, membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarganya, kata Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff di sini hari ini.
Beliau berkata demikian setelah peguam Manjeet Singh Dhillon membangkitkan mengenai kehadiran ramai anggota polis yang berkawal di mahkamah itu.
Manjeet yang mewakili tertuduh pertama, bekas peguam N Pathmanabhan, turut mempersoal kenapa Kathavarayan diasingkan daripada tertuduh yang lain.
Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata pada prosiding kelmarin, beliau telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk pendakwaan atau pembelaan mendekati Kathavarayan memandangkan tertuduh masih belum selesai memberi keterangan.
Ishak turut menjelaskan bahawa tertuduh keempat telah membuat laporan polis mengenai keselamatan keluarganya, dan oleh itu adalah tidak salah pihak polis menjalankan tugas menjaga keselamatan.
Hakim Akhtar bertanyakan Kathavarayan mengapa dia membuat laporan polis dan tertuduh menjawab dia akan menjelaskannya apabila memberi keterangan nanti.
Ketika Hakim Akhtar membangkitkan mengenai peguambela, tertuduh keempat menjawab: "Saya ingin bercakap, saya tidak mahu peguam."
Pada prosiding semalam, peguam Ravi Nekoo yang mewakili Kathavarayan memutuskan untuk menarik diri daripada mewakili tertuduh, atas alasan keterangan diberikan tertuduh di mahkamah berbeza daripada arahan yang diberikan kepada peguam itu sebelum ini.
Manjeet Singh kemudian mencadangkan bahawa tertuduh perlu diwakili peguambela memandangkan kes itu melibatkan hukuman mati mandatori.
"Kita sudah pun habiskan masa dua tahun (terhadap kes ini). Saya tidak mahu menghabiskan dua tahun lagi. Jika dia tidak suka peguam yang ada, dia masih boleh tukar, tetapi dia mesti diwakili," katanya.
Hakim Akhtar kemudian memutuskan bahawa mahkamah akan melantik peguam untuk mewakili Kathavarayan bagi membolehkan tertuduh merujuk kepada peguam berhubung keterangan yang akan diberikannya dalam perbicaraan.
"Jika dia tidak diwakili, dia akan memberikan keterangan yang tidak relevan. Peguam boleh memudahkan bagaimana soalan dikemukakan. Tertuduh boleh mempercayainya.
Berikutan perkembangan terbaru itu, Akhtar memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan sehingga 14 Januari tahun depan.
Kathavarayan, 32, diperintah membela diri bersama Pathmanabhan, 43, T Thilaiyalagan, 21, dan R Matan, 22, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Keempat-empat tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dihukum mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.