Susulan Kes Rompak & Rogol Tukang Urut: Penganggur Pasang "Ball Bearing" pada Anu & Rakan Mengaku Salah
Foto: NST |
[HM] SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam
atas tuduhan merogol seorang wanita Vietnam berusia 19 tahun di sebuah
premis urut, akhir bulan lalu.
Mohamad Fadzlie M Rosdi, 20, turut dihadapkan ke mahkamah sama
bersama buruh kasar, Mohd Khairiell Idzham Hashimi, 21, atas dua tuduhan
merompak pusat urut di Setapak itu dengan menggunakan parang sehingga
menyebabkan penjaga premis terbabit serta seorang lagi rakannya cedera.
Kedua-dua mereka mengaku bersalah selepas semua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Bagaimanapun, Emelia Kaswati menetapkan 18 Disember depan untuk
tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan cap jari kedua-dua
tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Fadzlie didakwa merogol wanita berkenaan sehingga menakutkan mangsa dengan ancaman bunuh atau kecederaan, pada jam 1 pagi, di sebuah premis urut di Setapak, 25 November lalu.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Manakala, Mohamad Fadzlie dan Mohd Khairiell didakwa bersama dua
lagi yang masih bebas dengan niat bersama merompak premis urut itu yang
dijaga seorang lelaki berusia 51 tahun dengan parang sehingga
menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Mereka juga didakwa melakukan perbuatan sama sehingga menyebabkan rakan penjaga premis berkenaan, seorang lelaki 44 tahun cedera.
Pendakwaan terhadap dua tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 394
Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat,
jika sabit kesalahan.
Prosiding pendakwaan semalam dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Zulkifli Osman.
Berdasarkan fakta kes, premis urut itu didatangi tiga lelaki untuk tujuan merompak yang mana dalam kejadian itu suspek menggunakan parang dengan mencederakan penjaga premis di telinga sehingga lelaki itu menerima 120 jahitan, manakala, rakan penjaga premis berkenaan ditetak di tapak tangan.
Namun, selepas mendapati ada dua wanita Vietnam yang juga pekerja di situ bersembunyi di dalam bilik, suspek menarik mereka sebelum merogol mangsa.
Mohamad Fadzlie dipercayai merogol seorang daripada wanita itu dan ketika kawad cam dibuat, mangsa mengecam tertuduh menerusi satu objek keras di kemaluannya dipercayai kerana dipasang ‘ball bearing’.
Kejadian samun dan rogol itu dirakam kamera CCTV dan wajah suspek dipaparkan media untuk diburu sebelum Mohamad Fadzlie menyerah diri pada 30 November lalu dan seterusnya penangkapan terhadap Mohd Khairiell dibuat pada 4 Disember lalu.
Laporan awal di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.