[Video] Tembak-menembak Kedengaran di Lahad Datu, Media Filipina Lapor Kehilangan Nyawa

philstar.com shared a link.
Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.
Walau bagaimanapun tidak dinyatakan anggota daripada pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan terhadap kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.
Baca laporan media Filipina Philstar.com:
Kemas Kini:
Dua anggota tentera M'sia cedera di Lahad Datu
[Bernama] Dua
anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung
Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina
berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu.
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini.
Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital
berkenaan.
Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.