Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 3 Mac 2013

Seorang Anggota Polis Terbunuh dalam Pertempuran di Kampung Selamat Sabah



[Bernama] KUALA LUMPUR - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.



P/s: Khabarnya ada sejuta pendatang asing di Sabah. Bayangkan apa uang boleh terjadi di sana!


Berkaitan:

Ceroboh Sabah: Pengikut Sultan Sulu Enggan Serah Diri

Sultan Sulu, Jamalul Kiram dan pengikutnya tidak mahu berganjak dari Lahad Datu.

[SH] MANILA - Raja Muda Agbimuddin Kiram berkata, beliau dan 224 pengikutnya yang masih berkubu di Lahad Datu tidak akan meninggalkan Sabah meskipun pihak berkuasa Malaysia dan Kerajaan Filipina berulang kali menggesa mereka menyerah diri.

Dipetik portal Inquirer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam mesej yang dihantar kepada abangnya, Sultan Jamalul Kiram III kira-kira jam 5 pagi semalam.

"Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau dalam mesejnya.

Semalam kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Filipina merayu dan memberi amaran agar menyerah diri susulan insiden kelmarin.

Mereka berkubu sejak 9 Februari lalu.





  1. persoalannya, bila kerajaan mahu selesaikan perkara ini?????!!!!kalau asyik tunggu...tunggu..tunggu nak berapa orang lagi yg terkorban??isu pendatang asing ni sudah lama berlaku!!!!!s'patutnya kerajaan malaysia mempunyai hak yg kuat dan munasabah utk mengusir mereka keluar!!!kepada yg bersengkongkol dgn pendatang tu sekarang terimalah padahnya!!!! "kamu" beri hak kerakyatan pada mereka tapi yg terima padahnya adalah org lain!!! sepatutnya pada masa ini juga SPRM bertindak mencari dalang yg menyusahkan negara serta penyebab keganasan ini!!!! mana perginya taring kamu???kami org sabah wlupun tggl di negara sndiri tapi mana2 boleh nmpk pendatang yg bangsat ni!!!mcm mana mereka boleh masuk???jawapannya adalah....RASUAH!!!!!!bangsa mereka skrg berjuang di lahad datu dan tidak mustahil bangsa mereka yg berkeliaran di sekitar sabah tidak melakukan tindakan.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Mac 03, 2013 4:27:00 PG      
  2. Kenapa polis, bukan askar?

    Tuan, sebenarnya pihak tertinggi keselamatan negara tahu dengan siapa mereka berhadapan sebenarnya. Sbb itu kita gagal mencari bgmn ratusan penceroboh itu mampu lolos dr pemantauan perairan dengan berbekalkan senjata. Apa yg saya faham selepas sedikit diskusi bersama rakan2 yg terhampir dgn peristiwa, musuh yg kita berhadapan ini bukan org asing melainkan rakyat tempatan sendiri. Perancangan mereka begitu licik dan mereka dtg dr perairan sbg org awam secara berperingkat2. mgkin ada antra mereka sudah ada yg puluhan tahun berada di Sabah dan memiliki kerakyatan yg entah bgmn caranya. mereka ini dipanggil bangsa Suluk bg org tempatan atau Sulu yg kita ketahui hari ini. Hari ini kita melihat mereka sudah mula membentuk kumpulan tanpa kita sedari bahawa sudah lama mereka bergerak sbg militan yg menyembunyikan taring utk berada di samping org2 awam. Kumpulan yg kita ketahui berada di Felda Sahabat itu adalah sebahagiannya yg berjaya dikesan. mungkin ada lagi diantara mereka sedang memantau sbg org awam di luar sana. saya yakin ada juga di antara kumpulan ini bergerak di kawasan lain seperti Kunak, Semporna dan Tawau. Mereka menunggu masa utk bertindak dgn arahan.

    Oleh kerana pihak atasan tahu dengan siapa mereka berhadapan, adalah bahaya jika menggunakan pasukan ketenteraan. Menggunakan pasukan ketenteraan kepada kaum Suluk ini tidak ubah seperti penghapusan etnik dan ini akan menjadi masalah bilamana ada dakwaan melalui tribunal. Sebab itu ia ditangani melalui kuasa polis. namun isu ini tidak didedahkan kerana sebelum ini media menerima kenyataan oleh mereka2 yg berkuasa bahawa kita sedang berhadapan dgn penceroboh dr Sulu. kita faham bahawa mereka menerima arahan mgkin dr sana, tp mereka sudah menetap di sini dengan begitu lama.

    Jika di tanya mana selebihnya, sy yakin mereka sudah menukar persalinan mereka seperti org2 kampung. Saya percaya tuan, pergerakkan mereka ini tidak ubah seperti komunis. bagaimana mengesan mereka itulah perkara yg terlalu sukar. mereka ada di mana2. namun sebagai org Sabah, sy yakin setiap org Suluk ini datang membawa tuntutan tersebut dlm diri mereka.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Mac 03, 2013 7:04:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH