Impresi pertama orang ramai yang mengikuti kisah "fatwa" ustaz pondok ini ialah: "Adakah RM2 juta yang diserahkan oleh JPP Kelantan kepada Madrasah An Najmiah merupakan habuan kerana Abdullah Sa'amah mengeluarkan "fatwa" mengkafirharbikan DAP?"
Persoalan ini memang tidak dapat lari daripada mulut orang ramai. Tambahan pula imbuhan RM2 juta ini diterima oleh Abdullah Sa'amah selepas beberapa hari dia mengeluarkan "fatwa" yang dipersoal oleh pelbagai pihak.
Untuk makluman, laporan HD melaporkan Madrasah Al-Najmiah atau Pondok Genting hanya memiliki 25 orang pelajar lelaki.
Sejak bila UMNO begitu pemurah terhadap sekolah pondok?
Jika begitu UMNO begitu pemurah dan prihatin, bagaimana pula dengan nasib sekolah pondok yang lain di Kelantan, di seluruh Malaysia? Bilakah sekolah-sekolah itu akan menerima bantuan RM2 juta? Jika pondok Abdullah Sa'amah menerima RM2 juta, maka sekolah pondok yang lain juga berhak menerima jumlah yang sama. Adakah pengetuanya perlu mengeluarkan fatwa menibai DAP baru sekolah itu layak menerima "bantuan"? - DCM
Berita Berkaitan:
[MK] Seorang guru pondok kontroversi yang sering bergeser pandangan dengan para pemimpin PAS hari ini tampil dengan satu lagi dakwaan bahawa hukum menyokong parti DAP adalah haram.
Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Bagaimanapun, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Muhammad sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".
Abdullah juga mendakwa, umat Islam berdosa jika menyokong parti yang membawa kepada kemenangan DAP dalam pilihan raya.
"Perjuangan DAP tidak terima perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata.
"Wajib orang Islam dalam PAS, Umno dan PKR menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Beliau memberi alasan, parti yang bekerjasama dengan DAP itu bergabung di bawah satu Pakatan.
Penting:
Apa hujah balas terhadap "fatwa" guru pondok ini? Apa pula hukum mengundi UMNO dan MCA? Apa tindakan terkini DAP terhadap pelaksanaan hudud? Sila baca di
sini,
sini, sini,
sini.