"Saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Lindsay Lohan!" - Adam Levine
Dalam laporan Daily Mail, penyanyi sensasi Adam Levine menegaskan bahawa dia tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Lindsay Lohan.
Penyanyi Maroon 5 yang sedang membuat persiapan untuk berkahwin dengan tunangnya model Behati Prinsloo di Mexico pada 19 Julai ini dinamakan antara 36 selebriti lelaki yang didakwa pernah mengadakan hubungan seks dengan Linsay Lohan. Senarai yang pernah hangat seketika itu dikatakan ditulis sendiri oleh Lindsay.
Ditanya mengenai dakwaan itu, Adam, 35 tahun, memberitahu Howard Stern dalam sebuah rancangan radio pada hari Selasa: "Itu tidak benar. Saya tidak mempunyai hubungan seks dengan Lindsay Lohan. Saya sanggup bersumpah, memang saya tidak pernah melakukan seks dengannya!"
Pelakon James Franco sebelum ini turut menafikan bahawa dia adalah salah seorang daripada 36 selebriti lelaki tersebut.
Bintang The Mean Girls , 27 tahun, didakwa menulis senarai selebriti lelaki yang pernah menidurinya, antaranya termasuklah Joaquin Phoenix, Zac Efron, Colin Farrell dan mendiang Heath Ledger.
Adam turut menegaskan bahawa dia tidak tahu sesiapa yang pernah tidur sekatil dengan pelakon berambut perang itu.-DCM/25/6/14

