Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label skandal artis. Papar semua catatan

, ,

Rabu, 25 Jun 2014

"Saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Lindsay Lohan!" - Adam Levine




Dalam laporan Daily Mail, penyanyi sensasi Adam Levine menegaskan bahawa dia tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Lindsay Lohan.

Penyanyi Maroon 5 yang sedang membuat persiapan untuk berkahwin dengan tunangnya model Behati Prinsloo di Mexico pada 19 Julai ini dinamakan antara 36 selebriti lelaki yang didakwa pernah mengadakan hubungan seks dengan Linsay Lohan. Senarai yang pernah hangat seketika itu dikatakan ditulis sendiri oleh Lindsay. 

Ditanya mengenai dakwaan itu, Adam, 35 tahun, memberitahu Howard Stern dalam sebuah rancangan radio pada hari Selasa: "Itu tidak benar. Saya tidak mempunyai hubungan seks dengan Lindsay Lohan. Saya sanggup bersumpah, memang saya tidak pernah melakukan seks dengannya!"

Pelakon James Franco sebelum ini  turut menafikan bahawa dia adalah salah seorang daripada 36 selebriti lelaki tersebut.

Bintang The Mean Girls , 27 tahun, didakwa menulis senarai selebriti lelaki yang pernah menidurinya, antaranya termasuklah Joaquin Phoenix, Zac Efron, Colin Farrell dan mendiang Heath Ledger. 

Adam turut menegaskan bahawa dia tidak tahu sesiapa yang pernah tidur sekatil dengan pelakon berambut perang itu.-DCM/25/6/14


Berita awal di sini dan di sini.


, ,

Sabtu, 19 April 2014

[Video] Artis Sahkan Senarai Selebriti yang Pernah Menidurinya



"Senarai seks itu adalah benar, kata Linsay Lohan,  27 tahun dalam sebuah rancangan temu bual. 

Linsay mendedahkan hal itu dalam rancangan Watch What Happens Live dan mengesahkan bahawa senarai  pasangan seks beliau termasuk bintang Hollywood seperti Zac Efron, Justin Timberlake dan Heath Ledger, yang bocor baru-baru ini adalah benar.
Lindsay memberitahu hos rancangan itu, Andy Cohen bahawa senarai itu adalah sebahagian daripada program pemulihan dadah beliau. 

"Senarai itu sebenarnya merupakan Langkah Kelima saya dalam AA di Betty Ford [Klinik]." 

Menurut Linsay, seseorang telah merakam senarai yang dianggapnya sebagai sesuatu yang peribadi. Senarai yang bocor kepada media itu merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. 

Lihat perbincangan penuh Linsay dengan Cohen di bawah ini. -DCM/19/4/14


Laporan awal di sini.

, ,

Selasa, 1 April 2014

Bintang Hollywood Dedah Nama Besar yang Didakwa Pernah Menidurinya




Pelakon Lindsay Lohan yang sering terjebak dalam pelbagai permasalahan membuat pengakuan berani apabila mendedahkan nama sebilangan besar jejaka popular Hollywood yang didakwa pernah menidurinya suatu ketika dahulu.

Antara nama yang disenaraikan oleh bintang itu termasuklah mendiang Heath Ledger, Adam Levine, Orlando Bloom, Ashton Kutcher, Zac Efron, dan Benicio Del Toro.

Daripada 36 nama, sebahagian besarnya dihitamkan kerana dibimbangi akan meruntuhkan hubungan yang telah dibina oleh bekas kekasihnya itu. 


Lanjut di sini.



, ,

Jumaat, 20 Disember 2013

[Kemas Kini] Wanita Didakwa Terbabit dengan Skandal Artis Diceraikan Suami Talak Satu



Maruah Tercalar

[HM] Putrajaya: Ahli perniagaan, Amiruddin Osman semalam membuat kejutan apabila memberitahu sudah menceraikan isterinya, Nooraida Abd Mutalib yang sebelum ini didakwa saling menghantar gambar kurang sopan dengan pelakon, Adi Putra.

Kenyataan itu dianggap mengejutkan kerana baru seminggu lalu pasangan suami isteri berkenaan bersama-sama mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan rasa tidak puas hati apabila polis memutuskan tidak meneruskan siasatan ke atas Adi.

Amiruddin yang bakal menyambut hari lahirnya ke-56 esok berkata, dia menceraikan Nooraida, 30, dengan talak satu, kelmarin.

Menurutnya, perceraian mereka berlangsung dengan cara baik di kediaman mereka di Johor Bahru antara jam 4.30 dan 5 pagi dengan persetujuan Nooraida tanpa perasaan marah atau dendam.

“Selama empat bulan ini keadaan kami memang tidak stabil, kadang-kadang gembira, kadang kala bergaduh. Jadi kami tak mahu keadaan ini berterusan dan mengambil keputusan ini (bercerai) supaya masing-masing dapat meneruskan kehidupan yang sempurna.

“Memang berat, tetapi sebagai seorang suami saya sudah memaafkannya (Nooraida), dia juga terima dengan hati terbuka, dan meminta saya memaafkan setiap kesalahan dilakukan sepanjang 10 tahun kami bersama.

“Memang suasana ketika itu sedih, tetapi masing-masing tidak menangis. Kami cuba untuk menyokong antara satu sama lain, malah saya percaya ini (perceraian) satu daripada pengorbanan Nooraida untuk melihat saya tenang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Pejabat Peguam Negara di sini, semalam. Turut hadir dua peguamnya Muhammad Hasif Hassan dan Kassim Osman.

Amiruddin berkata, sebelum cerai dilafazkan dia dan Nooraida meluangkan masa bersama-sama dengan makan dan meronda sekitar bandar raya Johor Bahru kira-kira jam 2 pagi.

“Sebaik pulang ke rumah, kami berbincang secara hati ke hati dan profesional sebelum saya melafazkan cerai talak satu terhadap Nooraida, tak ada emosional sebab kami saling faham memahami.

“Mungkin setakat ini saja jodoh yang kita bina selama 10 tahun dan benda ini (perceraian) berlaku mungkin tanda sayang dia pada saya,” katanya.

Katanya, permohonan perceraian akan difailkan di mahkamah Syariah Johor Bahru dalam masa terdekat.

Menurutnya, anak perempuan tunggal mereka Noor Fasha Dania, 8, tahu mengenai keputusan itu dan memahami tindakan yang diambil mereka kerana anak mereka amat matang serta dapat menerima secara terbuka.

Ditanya sama ada kes skandal yang dikaitkan dengan Adi dan isterinya menjadi punca perceraian mereka, dia enggan mengulas lanjut dan orang ramai boleh menilai dan memikirkannya sendiri.

Amiruddin berkata, selepas ini dia ingin memulihkan maruah dirinya serta memulihkan perhubungannya dengan keluarga terutama ibu serta adik beradik yang amat tertekan dengan kes itu.

“Kes itu berlaku ketika saya masih suaminya, maruah dan moral saya tercalar. Perhubungan dengan ibu dan adik beradik saya menjadi tegang. Ibu saya sangat sedih dan tertekan, malah anak saya yang berumur lapan tahun juga terganggu,” katanya. - 21/12/13



,

Sabtu, 14 Disember 2013

[Video] Isu Skandal: Amiruddin Tidak Akan Mengalah, Mahu Buka Kes Semula, Tuntut Adi Putra Mohon Maaf


Amiruddin (kanan) dan isterinya Noraida serta peguam mereka Muhammad Hasif dalam satu sidang media di Hotel Concorde pada Jumaat.

[Mstar] KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra bertegas tidak akan mengalah dalam kes tersebut sebaliknya mahu pelakon itu mengakui kesilapannya.

Amiruddin, 56, berkata, walaupun kes tersebut, diklasifikasikan sebagai no further action'(NFA dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan.

"Sebelum ini saya memberi Adi tempoh masa untuk meminta maaf, tetapi dia tidak berbuat demikian.

"Begitu juga dengan kes ini, dia berasa selamat kerana kes ditutup tetapi bagi saya anggap ia masih belum tamat. Sekurang-kurangnya dia perlu mengaku dengan kesalahan dia dan selebihnya biarlah hak pendakwaan yang menentukan," katanya.

Amirruddin ditemui selepas sidang media kes itu di Hotel Concorde di sini, petang Jumaat.

Adi Putra dalam sidang medianya pada malam Khamis lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media Jumaat meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fergie Anak Dim berat sebelah.

Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami.

Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil.

"Dipercayai, wujudnya unsur berat sebelah, tidak telus dan profesional sepanjang penyiasatan berlangsung," ujarnya.

Dalam pada itu, Noraida berkata, dia telah menerima pelbagai respons berunsur negatif sejak kes tersebut menjadi kontroversi dan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran besar buatnya.

"Ada yang menyokong, ada juga yang mencerca saya. Tetapi saya terima dengan hati terbuka dan kesal dengan apa yang telah berlaku," ujarnya.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin. -14/12/13


Berkaitan:

Kes Skandal Adi Putra Gugur

[SH] PELAKON Adi Putra mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasminya mengklasifikasikan kes skandal membabitkan dirinya digugurkan.

Ini bermaksud tiada sebarang pertuduhan terhadap Adi Putra berkaitan skandal beliau yang dikatakan melibatkan seorang isteri kepada ahli perniagaan di Johor.

“Sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan tuduhan yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan maruah dan reputasi saya adalah salah di sisi undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dalam kenyataan yang sama kepada media, Adi Putra yang ditemani peguamnya pada sidang media itu menegaskan kes itu sudah selesai dan meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan dirinya lagi dengan skandal terbabit.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Dalam pada itu, wanita terbabit juga akan mengadakan sidang media pada hari ini pada jam 3 petang di Concorde Kuala Lumpur. -13/12/13




Laporan HM di sini.

P/s: Selain didakwa saling bertukar mesej, si artis dan si isteri juga didakwa saling bertukar gambar lucah.

???

Tak tahu nak kata apa, baik kepada artis atau kepada pasangan suami isteri ini.


, ,

Rabu, 11 September 2013

Artis NAFI Gambar "Anu" Miliknya


Adi Putra Nafi Gambar Lucah Miliknya
[Kosmo] KUALA LUMPUR - Selepas hampir seminggu berdolak-dalik berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang, pelakon terkenal Adi Putra (gambar) semalam menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita bernama Aida dari Johor yang dikaitkan dengannya.

Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej dan gambar-gambar lucah yang dikatakan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu lalu kepada Aida adalah miliknya.

Menurut Adi Putra, 32, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut.

"Secara jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan perbuatan itu di Tanah Suci," ujarnya pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.


, ,

Sabtu, 7 September 2013

[Gambar] Wanita yang Dikaitkan dengan Skandal Mesej Berbaur Lucah Artis

Gambar yang diambil dari sebuah laman gosip hiburan.

‘Hubungan kami sudah renggang’

[HM] Johor Bahru: “Syukur, berkat sokongan keluarga dan rakan, saya dapat mengharungi dugaan ini.

“Bagaimanapun, beri saya sedikit masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum tampil memberi kenyataan,” kata suami kepada seorang wanita yang didakwa berbalas mesej berbaur cinta dan lucah menggunakan aplikasi ‘WhatsApp Messenger’ (WhatsApp) dengan seorang pelakon lelaki popular tanah air, baru-baru ini.

Menurut peniaga berusia 56 tahun itu, sejak mengetahui kejadian terbabit awal Ogos lalu, hidupnya tertekan dan hubungannya dengan isteri, renggang.

Katanya, mujur keluarga dan rakan faham masalah dihadapinya dan memberikan sokongan.

“Saya sudah menghubungi pelakon itu lebih dua minggu lalu dan mengajaknya bersemuka untuk menyelesaikan masalah ini. “Bagaimanapun, dia enggan sebaliknya membuat laporan polis sebelum kejadian ini terbongkar.

“Kini, saya menyerahkan semua perkara ini kepada polis untuk menjalankan siasatan dan pada masa sama, berbincang dengan peguam saya berkaitan apa yang perlu dilakukan seterusnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada masa sama, katanya, isterinya sedar kesilapan dilakukannya dan dia (isteri) juga tertekan dengan kejadian terbabit serta berulang kali memohon maaf kepadanya.

“Sejak kejadian ini terbongkar, hubungan saya dan isteri agak renggang namun kami masih berusaha menyelesaikan masalah ini.

“Jadi, tolong beri kami masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum saya tampil memberi kenyataan kepada semua pihak.

“Saya sedar, keluarga pelakon berkenaan sudah mengeluarkan kenyataan dan saya tidak menyalahkannya kerana pelakon itu adalah keluarganya, namun saya juga berhak memberikan kenyataan dan akan menyertakan bukti,” katanya.

Berdasarkan satu laporan polis dibuat suami kepada wanita terbabit, pelakon lelaki terbabit didakwa menghantar gambar lucah melalui WhatsApp kepada isteri pengadu.

Pengadu mendakwa pelakon terbabit berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Suami wanita itu dikatakan menemui mesej perbualan antara pelakon berkenaan dengan isterinya selain gambar terbabit sebelum melaporkannya di Balai Polis Skudai manakala pelakon itu pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur mendakwa dia diugut seseorang. - 7/9/13



, ,

Khamis, 5 September 2013

Artis Didakwa Kirim Gambar Anu kepada Isteri Orang



[HM] Johor Bahru: “Orang mengerjakan umrah dan mencari malam Lailatulqadar pada malam terakhir Ramadan, namun dia (artis) menghantar gambar alat sulitnya menerusi aplikasi WhatsApp Messenger (WhatsApp) kepada isteri saya ketika mengerjakan umrah awal Ogos lalu.

“Sepatutnya dia di sana menumpukan sepenuh perhatian mengerjakan ibadat terutama menjelang malam Lailatulqadar bukannya melakukan perkara terkutuk itu,” kata suami kepada seorang wanita yang didakwa saling berhubung dengan seorang artis lelaki tanah air menerusi WhatsApp.

Lelaki berusia lingkungan 50-an dan enggan dikenali itu berkata, dia terkilan selepas mendapat tahu mengenai perkara itu sebelum cuba mengajak artis lelaki berkenaan bertemu untuk menyelesaikan masalah.

“Saya akui ada mengajak dia bertemu untuk menyelesaikan masalah ini, namun tidak diendahkan. “Perkara ini berlaku dalam hubungan saya bersama isteri dan disebabkan itu, saya berusaha menyelesaikannya.

“Dia bukan saja enggan bertemu saya, malah saya difahamkan dia membuat laporan polis mendakwa saya mengugutnya kerana mengajak dia berjumpa bersendirian.

“Perwatakannya memang nampak baik, tetapi di sebaliknya dia melakukan perkara di luar jangkaan. Saya mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu peminatnya terutama wanita terpedaya dengannya.

“Perkara ini berlaku dalam rumah tangga saya dan pastinya saya merasai kesannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut. -5/9/13


P/s: Sudah kecoh di media, tidak perlulah dinyatakan nama artis ini. Sila ambil pengajaran.



Berkaitan:

Pelakon Terima Ugutan Hancurkan Kerjaya

[HM] Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki popular membuat laporan polis ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang mengugutnya kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan isteri lelaki itu.

Difahamkan, pelakon itu membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, semalam.

Sumber berkata, pelakon berusia 30-an itu mendakwa menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki mendakwa suami kepada seorang peminatnya, jam 11 pagi, 7 Ogos lalu.

“Lelaki berusia 50-an terbabit memarahi dan menuduh pelakon itu mengganggu isterinya. Lelaki itu juga ada mengugut menghancurkan kerjaya seni pelakon berkenaan.

“Malah, melalui perbualan yang turut didengari isteri pelakon itu, ahli perniagaan terbabit dikatakan mengugut pelakon itu menceraikan isterinya,” katanya.

Menurutnya, suami wanita terbabit dikatakan mengarahkan pelakon lelaki itu supaya datang berjumpanya di Johor bagi menjelaskan hubungan dengan isterinya itu.

Pelakon itu membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya sejurus lelaki berkenaan membuat laporan terhadapnya di Johor.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan menerima laporan pelakon dan suami wanita terbabit dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Kita akan siasat apa juga dakwaan suami wanita itu. Pelakon dan isteri ahli perniagaan terbabit tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dan laman sosial,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak menyalahgunakan laman sosial berkenaan kerana boleh mendatangkan pelbagai masalah. - 5/9/13




, , ,

Jumaat, 23 Mac 2012

[Video] Tulisa Contostavlos Akui Ketulenan Klip Seksnya


[HM] LONDON: Juri program realiti X Factor, Tulisa Contostavlos, semalam memohon maaf kepada peminatnya dan mengaku klip video seks yang tersebar di Internet beberapa hari lalu adalah dirinya.

Penyanyi kumpulan N-Dubz berusia 23 tahun itu berkata, rakaman “detik intim” itu dibuat bersama bekas kekasihnya, Justin Edwards.

Kata Tulisa, deejay dikenal sebagai MC Ultra itu “mengkhianati” dirinya kerana memuat naik rakaman berkenaan di Internet.

“Saya benar-benar kecewa,” katanya. Menurut Tulisa, apabila seseorang sanggup berkongsi “detik intim” bersama pasangan yang dicintai dan dipercayai, mereka tidak pernah bimbang rakaman itu akan dikongsi dengan orang lain.

Rakaman itu menggunakan kamera telefon berkualiti tinggi memaparkan Tulisa melakukan aksi seks lebih enam minit. Sebuah firma Internet mengenakan caj 3.90 pound (RM19) untuk sesiapa yang ingin memuat turun rakaman berkenaan, tetapi perkhidmatan laman sesawang itu didapati digantung beberapa jam kemudian. - TS




, ,

Ahad, 10 April 2011

[Video] Video Seks Artis CUN Lubnan Tersebar



Berita Agensi melaporkan penyanyi, pelakon dan penyiar stesen televisyen Lubnan, Razan Moughrabi mengakui berkahwin secara rahsia dengan lelaki di dalam rakaman video aksi seksnya dan kini tersiar di YouTube. 

Razan berkata dia sengaja merahsiakan perkahwinannya berikutan masalah keluarga dan revolusi Mesir yang menggulingkan pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Majalah hiburan bulanan Sayidaty, melaporkan, Razan dan lelaki itu sudah berkahwin manakala rakaman video terbabit yang diambil secara persendirian dicuri dari komputer riba peribadinya.

“Razan enggan mengumumkan mengenai perkahwinannya dengan cara begini dan tidak bercadang merahsiakannya terlalu lama,” menurut tulisan majalah itu yang menambah, suaminya dikenal sebagai Naji.

Razan juga berkata, dia memaafkan semua orang yang memberi pandangan negatif terhadapnya berikutan rakaman video itu dan berharap mereka membenarkannya menjalani hidup baharu dengan aman serta dapat menjadi ibu suatu hari nanti.

“Saya ingin mengumumkan banyak perkara tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah keluarga saya dan suami,” katanya yang dipetik Sayidati.

Majalah itu juga melaporkan, Razan enggan membuat sebarang kenyataan tambahan membabitkan video itu tetapi berjanji akan menjawab semua persoalan dalam tempoh terdekat.

Video:



Sumber yang dipetik majalah itu mengesahkan bahawa Razan kini hamil.
Semua isu membabitkan Razan mula timbul selepas satu rakaman video berjudul Skandal Seks Razan Moughrabi Dalam Video, tersebar di beberapa laman web termasuk YouTube.

Di dalam rakaman berkenaan, Razan dilihat berkumpul bersama rakannya dan menunjukkan cara melakukan hubungan seks. Razan mengetahui ia dirakamkan tetapi tidak peduli dan terus beraksi.

P/s: Artis ini bukan beragama Islam.

,

Jumaat, 26 November 2010

Gambar Bogel Artis Cun Ini Pula Tersebar di Internet

Saya petik:
[HM] JAKARTA: Dewi Persik tidak kisah dengan penyebaran gambarnya dalam keadaan separuh bogel di Internet baru-baru ini.

Penyanyi lagu ‘Diam-diam’ itu sebaliknya berkata, dia memang suka bergambar dalam keadaan berahi seperti itu di mana dadanya hanya ditutup rambut.

“Memang saya suka bergambar seperti itu.. Ya, saja-saja,” kata penyanyi dangdut yang digelar goyang gergaji itu ketika dihubungi wartawan menerusi telefon, semalam.

Walaupun suka, Dewi tidak berminat untuk menonjolkan gambar itu kepada orang ramai dan memhon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan gambar separuh bogelnya di Internet.

“Sebenarnya, gambar itu ialah koleksi peribadi saya.

“Saya memohon maaf sekiranya benar ia sudah tersebar di Internet,” kata penghibur yang berasal dari Jember, Jawa Timur itu.

Dewi tidak mahu memeningkan kepalanya dengan foto itu yang kini boleh dilihat oleh sesiapa saja. Tetapi pada masa sama, dia ingin mencari orang yang bertanggungjawab menyebarkannya. - Agensi

P/s: Sekadar untuk pengetahuan anda. Jangan pula dicari atau dimuat turun gambar artis tersebut tanpa "censored" di internet.

, ,

Selasa, 5 Oktober 2010

Panas: 37 Foto Bogel Artis Lelaki Indonesia Beredar di Facebook!

Gambar-gambar ini seperti direkayasa dengan menggunakan teknik penindihan. Mungkin juga sebahagiannya tulen. Macam-macam! Saya petik:
[BANJARMASINPOST]- Sebanyak 37 foto yang mirip artis pria papan atas tanah air dalam posisi bugil beredar di jejaring sosial facebook. Siapakah mereka?

Foto yang beredar ini diantaranya ada Afgan, Mandala Shoji, Rizki Aditya, Ello, Christian Sugiono, Dude Herlino, Dj Winki, Gary Ishak, Bambang Pamungkas, Pasha Ungu, Ricky Harun, Mike Lewis, Dimas Andrean dan Ezo Gionino.

Ada pula foto bugil alias telanjang bulat ini ada yang mirip dengan Andrew White, Tora Sudiro, Obert Sharon, Holly Lman, Donny Ada Band, Fatir, Ariel Paterpan, Ali Syakeb, Thomas Djorgi, Indra L Brugman, Betrand Antolin dan sebagainya.

Posisi foto pun beraneka macam, mulai aksen ala model, duduk di kursi hingga melakukan oral. Facebooker yang mengaku 27 Januari 1993 dan menggunakan foto profile Mandala Shoji bugil pada akun FB-nya. Belum bisa dipastikan apakah koleksi foto itu asli atau rekayasa.

Benarkah foto-foto itu? Sayangnya, sejumlah artis yang fotonya terpampang bugil ini belum ada yang berkomentar.

Sebelum foto yang mirip artis pernah muncul namun hampir semua perempuan antara lain Shireen Sungkar, Bunga Citra Lestari, Aura Kasih dan sebagainya. Namun mereka membantah bahwa foto itu dirinya.- tribunnews.com

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH