Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label gambar bogel. Papar semua catatan

,

Khamis, 24 Disember 2015

Menang Saman Selepas Gambar Lucah Disebarkan Bekas Suami



SEORANG wanita Nepal berjaya memenangi tuntutan saman sebanyak USD7.25 juta (RM31.2 juta) terhadap bekas suaminya kerana memuatnaik gambar dan video lucahnya di internet dengan menggunakan berpuluh-puluh akaun Facebook palsu.

Bindu Pariyar, 27, yang kini menetap di Dallas, Texas mendakwa bekas suaminya, Tom Randell Sewell, mula memuat naik bahan lucah berkenaan selepas mereka berpisah pada 2012.

Menurut Bindu, dia telah dipaksa oleh suaminya untuk bergambar lucah dan melakukan seks dengan lelaki lain selepas menerima ancaman keganasan, dihantar balik atau gambar itu didedahkan kepada keluarganya di Nepal.

Bindu datang ke Amerika Syarikat untuk menuntut dalam bidang kejururawatan dan membantu keluarganya yang susah di Nepal.

Dia kemudiannya menerima lamaran daripada Tom, yang berusia 50-an serta pernah berkahwin sebanyak dua kali.

“ Sebaik sahaja saya berkahwin dan berpindah ke rumahnya, Tom telah merampas pasport saya dan menggunakan pelbagai taktik termasuk tidak membenarkan saya memandu, memaksa saya bergambar lucah, bekerja di kelab bogel serta melakukan seks dengan lelaki lain untuk mendapatkan wang.

“Tidak kira berapa banyak pun saya melaporkan kepada Facebook mengenai akaun palsu itu, dia akan membuat akaun baru hinggalah saya menjadi terkenal dan tidak dapat keluar rumah tanpa menutup muka.

“Malah ketika berjalan di luar rumah, ada lelaki yang menghampiri saya dan mahu melanggan saya,’’ kata Bindu.

Jelas Bindu, meskipun dia tahu Tom tidak mampu membayar saman berkenaan tetapi Bindu puas hati kerana mahu mengajar lelaki itu supaya tidak membulinya lagi.
– MYNEWSHUB.CC/23/12/15


,

Khamis, 15 Oktober 2015

Tiada Lagi Gambar Bogel Penuh dalam Playboy



Majalah Playboy tidak akan lagi menyiarkan gambar wanita bogel melalui penjenamaan semula majalah itu mulai Mac 2016.

Menurut laporan The New York Times, majalah itu akan masih menyiarkan gambar wanita dengan aksi menggoda tetapi tidak bogel sepenuhnya.

Pengarang Playboy, Cory Jones, menghubungi pengasas yang juga Ketua Pengarang, Hugh Hefner, baru-baru ini mengenai membuang gambar bogel untuk edisi cetak dan Hefner bersetuju.

Keputusan itu membawa perubahan besar kepada majalah berkenaan yang pernah menyiarkan gambar seksi Marilyn Monroe di muka depan untuk edisi pertamanya pada 1953.

Difahamkan keputusan membuang gambar wanita bogel itu berikutan perkembangan teknologi yang membolehkan gambar bogel diakses dengan mudah.

“Kita hanya memerlukan satu klik untuk apa saja aksi seks dengan percuma,” kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat majalah itu, Scott Flanders.

Menurut The New York Times, edaran edisi cetak majalah Playboy yang sebelum ini pernah mencapai jutaan naskhah, kini hanya 800,000.

Namun Flanders membangkitkan persoalan: “Jika tiada lagi gambar bogel, apa yang tinggal?” - AP/harian Metro/14/10/15


, ,

Jumaat, 20 Disember 2013

[Kemas Kini] Wanita Didakwa Terbabit dengan Skandal Artis Diceraikan Suami Talak Satu



Maruah Tercalar

[HM] Putrajaya: Ahli perniagaan, Amiruddin Osman semalam membuat kejutan apabila memberitahu sudah menceraikan isterinya, Nooraida Abd Mutalib yang sebelum ini didakwa saling menghantar gambar kurang sopan dengan pelakon, Adi Putra.

Kenyataan itu dianggap mengejutkan kerana baru seminggu lalu pasangan suami isteri berkenaan bersama-sama mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan rasa tidak puas hati apabila polis memutuskan tidak meneruskan siasatan ke atas Adi.

Amiruddin yang bakal menyambut hari lahirnya ke-56 esok berkata, dia menceraikan Nooraida, 30, dengan talak satu, kelmarin.

Menurutnya, perceraian mereka berlangsung dengan cara baik di kediaman mereka di Johor Bahru antara jam 4.30 dan 5 pagi dengan persetujuan Nooraida tanpa perasaan marah atau dendam.

“Selama empat bulan ini keadaan kami memang tidak stabil, kadang-kadang gembira, kadang kala bergaduh. Jadi kami tak mahu keadaan ini berterusan dan mengambil keputusan ini (bercerai) supaya masing-masing dapat meneruskan kehidupan yang sempurna.

“Memang berat, tetapi sebagai seorang suami saya sudah memaafkannya (Nooraida), dia juga terima dengan hati terbuka, dan meminta saya memaafkan setiap kesalahan dilakukan sepanjang 10 tahun kami bersama.

“Memang suasana ketika itu sedih, tetapi masing-masing tidak menangis. Kami cuba untuk menyokong antara satu sama lain, malah saya percaya ini (perceraian) satu daripada pengorbanan Nooraida untuk melihat saya tenang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Pejabat Peguam Negara di sini, semalam. Turut hadir dua peguamnya Muhammad Hasif Hassan dan Kassim Osman.

Amiruddin berkata, sebelum cerai dilafazkan dia dan Nooraida meluangkan masa bersama-sama dengan makan dan meronda sekitar bandar raya Johor Bahru kira-kira jam 2 pagi.

“Sebaik pulang ke rumah, kami berbincang secara hati ke hati dan profesional sebelum saya melafazkan cerai talak satu terhadap Nooraida, tak ada emosional sebab kami saling faham memahami.

“Mungkin setakat ini saja jodoh yang kita bina selama 10 tahun dan benda ini (perceraian) berlaku mungkin tanda sayang dia pada saya,” katanya.

Katanya, permohonan perceraian akan difailkan di mahkamah Syariah Johor Bahru dalam masa terdekat.

Menurutnya, anak perempuan tunggal mereka Noor Fasha Dania, 8, tahu mengenai keputusan itu dan memahami tindakan yang diambil mereka kerana anak mereka amat matang serta dapat menerima secara terbuka.

Ditanya sama ada kes skandal yang dikaitkan dengan Adi dan isterinya menjadi punca perceraian mereka, dia enggan mengulas lanjut dan orang ramai boleh menilai dan memikirkannya sendiri.

Amiruddin berkata, selepas ini dia ingin memulihkan maruah dirinya serta memulihkan perhubungannya dengan keluarga terutama ibu serta adik beradik yang amat tertekan dengan kes itu.

“Kes itu berlaku ketika saya masih suaminya, maruah dan moral saya tercalar. Perhubungan dengan ibu dan adik beradik saya menjadi tegang. Ibu saya sangat sedih dan tertekan, malah anak saya yang berumur lapan tahun juga terganggu,” katanya. - 21/12/13



, ,

Rabu, 25 September 2013

Pelajar Universiti Didakwa Ugut Sebar Gambar Bogel Wanita

MOHD. Hidayat Abd. Ghani (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret, Melaka, semalam.
[UM] MELAKA 24 Sept. - Seorang pelajar sebuah universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan termasuk mengugut seorang wanita serta memiliki gambar lucah pada bulan lalu.

Mohd. Hidayat Abd. Ghani @ Mukhtar, 23, dari Batu Buruk, Terengganu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan ketakutan terhadap wanita berumur 22 tahun itu dengan mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa dengan tujuan mangsa menyerahkan seutas gelang tangan dan rantai leher emas miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pangsapuri Bukit Beruang Permai di sini kira-kira pukul 2.27 pagi antara Ogos dan 2 September lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Hidayat didakwa melakukan pemerasan dan cuba mendatangkan ketakutan kepada mangsa yang sama untuk menyebarkan gambar bogelnya supaya menyerahkan wang tunai RM5,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tingkat 15 sebuah pangsapuri di Bukit Beruang di sini pada pukul 10.41 pagi, 17 September lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Samsung S3 Mini miliknya di Pangsapuri Bukit Beruang Permai di sini pada pukul 1 petang, 19 September lalu.

Mohd. Hidayat yang merupakan pelajar kursus kejuruteraan elektronik didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Syajaratudur membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan sebutan kes pada 22 Oktober ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Safri Mohammed Na'aim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. - 25/9/13




, ,

Rabu, 11 September 2013

Artis NAFI Gambar "Anu" Miliknya


Adi Putra Nafi Gambar Lucah Miliknya
[Kosmo] KUALA LUMPUR - Selepas hampir seminggu berdolak-dalik berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang, pelakon terkenal Adi Putra (gambar) semalam menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita bernama Aida dari Johor yang dikaitkan dengannya.

Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej dan gambar-gambar lucah yang dikatakan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu lalu kepada Aida adalah miliknya.

Menurut Adi Putra, 32, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut.

"Secara jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan perbuatan itu di Tanah Suci," ujarnya pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.


, ,

Sabtu, 7 September 2013

[Gambar] Wanita yang Dikaitkan dengan Skandal Mesej Berbaur Lucah Artis

Gambar yang diambil dari sebuah laman gosip hiburan.

‘Hubungan kami sudah renggang’

[HM] Johor Bahru: “Syukur, berkat sokongan keluarga dan rakan, saya dapat mengharungi dugaan ini.

“Bagaimanapun, beri saya sedikit masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum tampil memberi kenyataan,” kata suami kepada seorang wanita yang didakwa berbalas mesej berbaur cinta dan lucah menggunakan aplikasi ‘WhatsApp Messenger’ (WhatsApp) dengan seorang pelakon lelaki popular tanah air, baru-baru ini.

Menurut peniaga berusia 56 tahun itu, sejak mengetahui kejadian terbabit awal Ogos lalu, hidupnya tertekan dan hubungannya dengan isteri, renggang.

Katanya, mujur keluarga dan rakan faham masalah dihadapinya dan memberikan sokongan.

“Saya sudah menghubungi pelakon itu lebih dua minggu lalu dan mengajaknya bersemuka untuk menyelesaikan masalah ini. “Bagaimanapun, dia enggan sebaliknya membuat laporan polis sebelum kejadian ini terbongkar.

“Kini, saya menyerahkan semua perkara ini kepada polis untuk menjalankan siasatan dan pada masa sama, berbincang dengan peguam saya berkaitan apa yang perlu dilakukan seterusnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada masa sama, katanya, isterinya sedar kesilapan dilakukannya dan dia (isteri) juga tertekan dengan kejadian terbabit serta berulang kali memohon maaf kepadanya.

“Sejak kejadian ini terbongkar, hubungan saya dan isteri agak renggang namun kami masih berusaha menyelesaikan masalah ini.

“Jadi, tolong beri kami masa untuk menenangkan jiwa dan fikiran sebelum saya tampil memberi kenyataan kepada semua pihak.

“Saya sedar, keluarga pelakon berkenaan sudah mengeluarkan kenyataan dan saya tidak menyalahkannya kerana pelakon itu adalah keluarganya, namun saya juga berhak memberikan kenyataan dan akan menyertakan bukti,” katanya.

Berdasarkan satu laporan polis dibuat suami kepada wanita terbabit, pelakon lelaki terbabit didakwa menghantar gambar lucah melalui WhatsApp kepada isteri pengadu.

Pengadu mendakwa pelakon terbabit berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Suami wanita itu dikatakan menemui mesej perbualan antara pelakon berkenaan dengan isterinya selain gambar terbabit sebelum melaporkannya di Balai Polis Skudai manakala pelakon itu pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur mendakwa dia diugut seseorang. - 7/9/13



, ,

Selasa, 20 Ogos 2013

YB Kantoi Lihat Gambar Lucah



[HM] Bangkok: Seorang anggota Parlimen Thai Pongpan Sunthornchai semalam mengaku menonton gambar lucah menerusi iPadnya ketika perbahasan.

Bagaimanapun, anggota parti Pheu Thai itu mendakwa dia tidak sengaja tertekan pautan yang memuat turunkan imej porno itu.

Pongpan yang dirakam seorang jurugambar ketika menonton gambar berkenaan berkata, dia tidak berniat untuk melihat gambar itu.

Menurutnya, dia berusaha mencari maklumat menerusi iPadnya ketika Parlimen sedang membahaskan kos pengangkutan padi Kementerian Perdagangan pada Jumaat lalu.

“Kerana tidak biasa dengan iPad itu, saya secara tidak sengaja tertekan pautan yang mempamerkan gambar fesyen. Gambar memberahikan secara automatik keluar pada skrin,” katanya.

Menurutnya, gambar itu bukanlah imej porno, tetapi gambar wanita berpakaian mandi.

Wakil penyokong kerajaan Thai itu berkata, dia kini bimbang untuk menggunakan iPad itu lagi dan bercadang menyerahkannya semula kepada Parlimen yang memberikannya kepada semua wakil rakyat baru-baru ini.

Pongpan juga menyatakan hasratnya untuk memohon maaf terhadap kejadian itu.

Mengenai rancangan anggota pembangkang, Boonvod Sooktinthai dari Parti Demokrat untuk mengusulkan supaya isu itu dibahaskan, Pongpan berkata, dia sudah menjelaskannya kepada Boonvod yang kemudian bersetuju untuk tidak membawa isu berkenaan kepada jawatankuasa Dewan.

Dia juga menafikan dakwaan mengarah polis menggertak jurugambar yang merakam peristiwa itu.

Menurutnya, dia menemui jurugambar itu Jumaat lalu tetapi hanya meminta jurugambar berkenaan supaya tidak menunjukkan gambar dia tidur ketika rehat bagi menjaga imej Parlimen.

Menurutnya dia tidak sedar jurugambar itu merakam gambar dia melihat imej tidak senonoh itu pada iPadnya. - Agensi - 19/8/13


,

Sabtu, 27 Julai 2013

YB Tersilap Siar Kemaluan



[HM] Stockholm: Seorang angota Parlimen Sweden secara tidak sengaja memuat naik gambar kemaluannya dalam Instagram ketika mahu menunjukkan tatu terbaru kepada pengikutnya di rangkaian media sosial itu.

Bekas pemimpin parti sayap kiri Sweden, Lars Ohly yang juga penyokong tegar kelab bola sepak Liverpool berhasrat memuat naik gambar tatu burung, lambang Liverpool di tepi betisnya. Tetapi dia tidak sedar ‘burungnya’ juga kelihatan ketika dia merakam gambar tatu itu.

Ohly, 56, segera memindahkan gambar itu, tetapi tidak dapat menyekat kebanjiran komen yang diterimanya di media sosial.

Menteri Luar Sweden, Carl Bildt daripada parti lawan berjenaka: “Tahniah, akhirnya selepas beberapa tahun, kamu berjaya.” 

Ohly yang tidak mahu memperbesarkan perkara itu berkata, dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar selepas ini. 

“Saya secara tidak sengaja memuat naik gambar di Instagram menunjukkan lebih daripada yang sepatutnya,” katanya. - AFP



, , , ,

Selasa, 15 Januari 2013

Wanita Diculik, Disamun, Dipukul, Dirogol Bergilir-gilir, Dirakam dalam keadaan Mengaibkan

Sekadar hiasan

[HM] Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu.

Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu.

Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik.

Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan.

“Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan tetapi memang laporan mengenai kejadian diterima di sini, cuma kita belum tahu lokasi sebenar kejadian berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro difahamkan, mangsa turut mendakwa dipukul dengan penyapu oleh kumpulan lelaki terbabit dan barangan berharga termasuk telefon bimbit serta barangan kemas turut dirampas.

Mangsa mendakwa dilarikan empat lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta sebelum dikurung dalam sebuah bilik di kawasan perumahan di Shah Alam.

Dia dikatakan dibebaskan lelaki itu sejurus dihantar ke sebuah stesen bas menyebabkan dia terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum membuat laporan polis.


Kes Lain:

Mangsa Samun Nyaris Diperkosa  
[HM] Kuala Lumpur: Seorang wanita bukan saja disamun malah nyaris menjadi mangsa rogol seorang lelaki ketika melalui Jalan Sang Peng, di sini, Jumaat lalu menyebabkan kerugian RM400.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun yang sedang berjalan bersendirian untuk ke unit kondominiumnya di lokasi kejadian sebelum diekori seorang lelaki tidak dikenali.

Mangsa dan lelaki itu menaiki lif sama hingga ke tingkat enam dan sebaik pintu lif terbuka, lelaki itu tiba-tiba bertindak ganas dan menarik tangan mangsa ke arah tangga berhampiran sebelum meraba seluruh tubuhnya.

Mangsa menolak lelaki itu sebelum menjerit sekuat hati dan terus berlari ke arah unit kediamannya.


P/s: Hati-hati. 


, , ,

Khamis, 20 Disember 2012

Guru Bimbang Bekas Teman Lelaki Sebar Gambar & Video Seks

TAN (kiri) menunjukkan gambar bekas teman lelakinya kepada Michael di Kuala Lumpur semalam.

[Kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang guru kini dalam ketakutan selepas dipaksa membayar RM50,000 oleh bekas teman lelakinya bagi mengelakkan gambar bogel dan video seks miliknya tersebar di laman sosial Facebook.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 30, berkata, dia telah berpisah dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lai, 34, pada 3 Disember lalu.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu sanggup bertindak demikian disebabkan perasaan tidak puas hati dengan keputusannya yang mahu berpisah.

“Saya mengenalinya menerusi seorang rakan, bagaimanapun saya tidak sangka dia telah berkahwin, malah mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun tidak lama selepas kami bersama,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata Tan, lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu sebelum ini beberapa kali mengugut mahu membunuh diri setiap kali dia meminta untuk berpisah menyebabkan dia membatalkan niatnya itu dalam tempoh tiga tahun bercinta.

P/s: Sila ambil pengajaran!

, ,

Rabu, 17 Oktober 2012

Blog Porno: Pelajar Malaysia Bakal Dikenakan Tindakan Disiplin

Blog Porno Timbulkan Kekecohan

[Mstar] PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia di Singapura telah menimbulkan kekecohan di alam siber selepas dia memuat naik gambar bogel dia bersama teman wanitanya di blognya yang dikenali dengan nama 'Sumptuous Erotica'.

Alvin Tan Jye Yee, 24, pelajar jurusan undang-undang National University of Singapore (NUS), dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23 yang juga seorang rakyat Malaysia memuat naik gambar tidak senonoh dan video lucah mereka.

Blog tersebut telah dinyahaktifkan selepas kedua-duanya, Tan dan Lee dikecam hebat oleh orang ramai ekoran penyebaran gambar dan video lucah mereka.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak menyesal atas perbuatan mereka.

Difahamkan pasangan itu kini pulang ke Malaysia dan Tan akan kembali ke NUS pada Januari bagi menghabiskan pengajian undang-undangnya di sana.

Tan merupakan penerima biasiswa Asean 2004 dan pernah menuntut di Sekolah Menengah Xinmin dan Raffles Junior College sebelum memasuki NUS.

Tan dan Lee telah berkenalan di laman sosial Facebook serta mula memuat naik gambar lucah mereka di blog tersebut.

"Satu hari, ketika kami sedang bermain-main saya mendapat idea untuk mengambil gambar bogel saya dan teman wanita saya.

"Selepas kami mengambil banyak gambar, saya terfikir untuk kami mendapat pengiktirafan atas kerja kami jadi kami memuat naik gambar ini di Facebook tetapi kami mengaburi bahagian-bahagian sulit," katanya ketika ditemubual oleh Yahoo! Singapore.

Dia menambah telah mula memuatnaik gambar sejak September lalu namun gambar-gambar di Facebook telah dipadamkan oleh pihak pentadbiran laman sosial tersebut.

Dia turut memberitahu Yahoo! Singapore bahawa dia dan Lee telah didatangi oleh syarikat pakaian dalam dan pengeluar permainan seks di Singapura.

Sementara itu, Singapore Staraits Times melaporkan bahawa Tan mungkin menghadapi masalah apabila ingin memasuki Singapura kelak.

Memetik peguam Bryan Tan daripada Keystone Law Corp, yang dilaporkan oleh akhbar harian itu berkata anak guamnya itu mungkin akan dikenakan tindakan atas kesalahan melanggar Akta Perfileman kerana menghasilkan dan memuat naik video lucah.

Peguam itu dilaporkan berkata Tan juga telah melanggar peraturan dan kod etika pelajar NUS.

Jurucakap NUS berkata dia tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai mana-mana pelajar mereka kerana ia adalah sulit.

Dalam pada itu, The Straits Times pula melaporkan Tan dipetik sebagai berkata: “ Apa yang (NUS) boleh buat? Menghentikan biasiswa atau membuang saya? Saya tidak boleh cakap saya setuju dengannya, tapi jika ia berlaku, saya boleh menerimanya.”

Sementara itu, Guan Ming Daily melaporkan Lee tidak kisah dengan kontroversi yang dia dan Tan telah berlaku ke atas berlaku.

Dia berkata dia tidak risau walaupun isu tersebut akan membuat keluarganya kecewa atau apa yang difikirkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Lee berkata dia dan Tan tidak kisah dengan pendapat orang lain mengenai mereka dan akan meneruskan 'aktiviti' tersebut kerana ia memberikan keseronokkan kepada mereka.


Blog Porno: Pelajar Undang-Undang NUS Berdepan Tindakan Disiplin

[Mstar] PETALING JAYA: Pelajar Malaysia yang memuat naik gambar bogelnya bersama teman wanitanya di blognya bakal berhadapan dengan inkuiri disiplin.

Menurut National University of Singapore (NUS), pemegang biasiswa Asean, Alvin Tan Jye Lee telah diberikan surat tunjuk sebab sebelum sebuah jawatankuasa mengambil tindakan lanjut diambil terhadapnya.

Jurucakap NUS berkata The Straits Times of Singapore memberitahu, Tan yang juga pelajar jurusan undang-undang tidak menerima biasiswa berkenaan kerana dia sedang bercuti.

Tan telah dinasihatkan agar membuang semua gambar dan video yang dimuatnaik sebelum ini.

Jurucakap itu berkata pihak universiti mempunyai proses pemilihan ketat terhadap penerima-penerima biasiswa berdasarkan pencapaian akademik mereka dan pencapaian peribadi.

"Ini bukan memberi bayangan bahawa semua sarjana-sarjana kami seperti dia (Tan).

"Kebanyakannya pelajar-pelajar kami memberi sumbangan yang bermakna terhadap komuniti NUS, " katanya.


P/s: Malaysia Boleh!!!!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH