Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label BTN. Papar semua catatan

, , ,

Isnin, 4 April 2011

Apa Kejadahnya Video Konspirasi Seri Carcosa Negara Ditayangkan di Kursus BTN????


Tengok betul-betul...Itu Anwarkah? Polis sepatutnya sudah mendakwa Datuk T kerana memfitnah, mengugut, dan kesalahan berkaitan dengan pornografi!!!!
Saya petik:
[TVS] PULAU PINANG 4 APRIL : Video seks fitnah yang dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau. Selain itu “puluhan” orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.

Penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia juga menempelak jaminan gandingan Datuk T, termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bahawa video itu tidak diedarkan kepada orang ramai demi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Selain Rahim, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah itu di Hotel Sri Carcosa Kuala Lumour pada 21 Mac lalu.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis.

Mansor yang juga ADUN Penanti berkata, tindakan BTN dan pihak lain menayangkan rakaman lucah itu kepada orang ramai terutamanya golongan pelajar adalah dosa yang merosakkan proses domokrasi negara.

Penayangan video itu pada kursus BTN selain di pejabat Kemas bertujuan menjatuh dan memalukan Anwar walaupun pihak polis tidak dapat mengesahkan lelaki yang berada didalam rakaman video itu.

Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Mansor menggesa peserta BTN dan orang ramai yang diundang menyaksikan video itu agar tampil membuat laporan polis.

P/s: Hujah apa lagi yang anda mahu untuk tidak mengaitkan UMCO dan kerajaan dalam Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara? Apa lagi?

Lahanat!!!!


,

Isnin, 8 November 2010

Doamu Tidak Dimakbulkan


Malaysia Kini melaporkan bahawa Pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ( si sepet, si kaki botol) telah dihukum. Hukuman itu dijelaskan oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini. Timbalan Pengarah BTN itu telah digantung tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberikan surat amaran. Nazri walau bagaimanapun tidak menjelaskan durasi atau tempoh penggantungan berkenaan.

, ,

Selasa, 5 Oktober 2010

Isu BTN: Nazri "Flip Flop"

Datuk Nazri Aziz jarang-jarang dilihat bersikap "flip flop" sejak belakangan ini. Pandangannya terhadap sesuatu isu biasanya konsisten walaupun pandangan itu jelas bertentangan dengan pandangan pemimpin UMNO yang lain terutamanya apabila isu itu bersangkutan dengan perkauman. Misalnya, ketegasannya membela konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh bosnya (sekarang) telah mencetuskan pertelingkahannya dengan Tun M. Begitu juga sewaktu Tun Abdullah berkuasa, beliau dilihat begitu tegas membela idea dan gagasan yang dicipta oleh bosnya itu.

Apabila bercakap tentang pertelingkahannya dengan Tun M, maka sudah tentu ada kalangan anda yang teringat akan perbalahan mereka berdua berkaitan dengan BTN. Apabila menyebut tentang pertelingkahan sudah tentu ada yang menyokong, ada pula yang menentang. Namun, semalam Nazri Aziz seperti diberitakan The Malaysian Insider:
...mempertahankan peranan Biro Tata Negara (BTN) dengan mendakwa bahawa modul kursus agensi kerajaan itu tidak menggalakkan sebarang bentuk sintimen perkauman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kenyataan “rasis” yang didakwa dibuat oleh penolong pengarah BTN  Hamim Husain tidak menggambarkan kedudukan sebenar kandungan kursus yang dikendalikan oleh agensi itu.

“Tiada modul di BTN yang menggalakkan (sentimen) perkauman. Kita perlu melihat apa isunya di sini.

“Dalam kes ini, modulnya bukan isu, tetapi personal,” kata Nazri dalam respons berhubung soalan sama ada kursus BTN harus dirombak ekoran perkembangan minggu lalu...

Wow, Nazri Aziz kali ini menyokong BTN yang ditentangnya dahulu sehingga mewujudkan perang mulut antara beliau dengan Tun M! Blog ini ada mengulas dan menyiarkan kiriman serba ringkas tentang hal itu. Saya petik salah satu kiriman yang disiarkan dalam blog ini, yang berbunyi:
Dua orang tokoh UMNO ini dari dulu lagi sudah sering berkelahi, sampai Tun M kerap kali menyindir Nazri Aziz dan begitu juga sebaliknya. Sedih orang tua itu apabila Nazri kata macam-macam terhadap dia. Maklumlah, dia ini dahulukan ahli Kabinetnya. Itu dahulu, masa ada kuasa. Sekarang lain, dia ada bos lain. Hendak buat macam mana, itulah politik, itulah kelangsungan politik. Hari ini akrab, esok lusa bermasam muka. Kali ini, kedua-dua tokoh UMNO ini bergaduh fasal BTN, seorang cakap macam ini, seorang lagi cakap macam ini, hasilnya:
Datuk Seri Nazri Aziz called Tun Dr Mahathir Mohamad a “bloody racist” for defending the Biro Tata Negara (BTN) courses, and reasserted the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme.

He also slammed Umno’s Utusan Malaysia newspaper, saying its “denial syndrome” was making him laugh.

The minister in the prime minister’s department also repeated his stand “everybody knows what the BTN is,” so there was nothing to hide. Lanjut baca di sini

Kiriman lain yang berkaitan dengan hal ini, saya petik dari Khutubkanah Duniacacamarba:
Petikan akhbar di bawah bolehlah dikatakan kenyataan balas atau dengan kata-kata lain "serangan balas" Tun Dr. Mahathir terhadap kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz yang menggelarkan dirinya sebagai "bloody racist" baru-baru ini. Dalam kenyataan terdahulu, DS Nazri menyanggah kenyataan Tun M agar modul BTN tidak dirombak dengan mengatakan bahawa "semua orang tahu apa itu BTN". Ada macam-macam lagi hujah yang diberinya, termasuklah agar BTN selari dengan slogan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh PMnya ketika mula memegang jawatan itu dahulu. Lanjut baca di sini. Tun Mahathir pula mempertahankan modul BTN kerana menurut bekas Pengarah BTN, Datuk Johari Abdul, kini ahli PKR, mendedahkan bahawa Dr. M telah mengubah modul BTN menjadi agensi yang bersifat "super racist". Logiknya, kalau beliau yang mengubah BTN yang kini dilanda kontoversi, maka sudah tentu beliau juga akan mempertahankannya apabila diserang oleh pelbagai pihak....lanjut di sini.

Ironi bukan? Nazri Aziz yang pernah mengungkap frasa "semua orang tahu apa itu BTN" kini muncul dalam berita yang bertajuk "Nazri pertahan modul BTN, nafi galakkan perkauman". Kalau bukan "flip flop", kita mahu gelar apa? Selain itu, peribahasa Melayu ada menyebut "bagai menjilat ludah sendiri". Berdasarkan Kamus Dewan, peribahasa ini bermaksud sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali. Indah sungguh peribahasa orang dulu-dulu walaupun maksudnya tidaklah begitu indah jika terkena pada hidung sendiri.      


* Ironinya, berita di Astro Awani menyatakan bahawa Nazri turut mengecam tindakan biadap Azmin terhadap Tun M.

, ,

Jumaat, 4 Disember 2009

PAK KADIR: Kerajaan BN Kena Gempar Terus Ketar!

Walaupun saya tidak bersetuju dengan pendirian Pak Kadir tentang BTN, tetapi saya tertarik apabila beliau mengatakan bahawa Kerajaan BN kena gempur terus ketar!

[AKADIRJASIN]- BEBERAPA hari telah berlalu apabila pakatan pembangkang sekali lagi berjaya “gempar” sesetengah pembesar Barisan Nasional sehingga ada yang melatah.

Istilah gempar yang saya gunakan di sini merujuk kepada loghat kontemporari Utara di mana gempar membawa erti mengusik/mengacah dengan tujuan menyebabkan ketakutan.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor “gempar” Kerajaan Pusat dengan mengancam tidak membenarkan pegawai negeri menghadiri kursus Biro Tata Negara (BTN).

Pada mulanya saya langsung tidak melihat “gempar” Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai membawa sebarang makna kerana ia di luar bidang kuasa beliau.

Mengikut pemahaman saya, semua kakitangan awam tertakluk kepada Perintah Am (General Order). Kalau GO kata mereka kena sertai kursus BTN atau apa juga kursus, maka mereka wajib menghadirinya. Ingkar adalah kesalahan dalam tata cara dan ketertiban perkhidmatan awam dan boleh dikenakan tindakan.

Oleh kerana perkhidmatan awam Selangor adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam pusat maka kuasa penentu adalah di tangan Kerajaan Pusat. Apa yang dilakukan oleh Abdul Khalid adalah sekadar menguji kecerdasan pemikiran Kerajaan Pusat.

Saya yakin ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah negara, ia juga akan menggunakan agensi seperti BTN untuk menjalankan kursus yang selari dengan dasarnya.

Tup-tup (sekali lagi loghat Utara), kita dengar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan akan pinda kurikulum BTN.

Katakanlah memang kerajaan bercadang pinda kurikulum BTN agar serasi dengan Satu Malaysia, tetapi mengumumkannya serentak dengan asakan kerajaan PR Selangor memberi gambaran ia tunduk kepada kata dua Abdul Khalid itu. Kalau pinda untuk serasi dengan Satu Malaysia pun belum tentu PR akan terima.

Kalau tidak kerana penjelasan Timbalan Menteri di JPM, Ahmad Maslan, kekeliruan ini akan berterusan. Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap BTN berkata tindakan Kerajaan Selangor tidak menjejas kegiatan biro itu kerana bukan semua agensi di Selangor di bawah kawalan kerajaan negeri.

Jadi apakah yang sebenarnya berlaku? Saya simpulkan seperti berikut:-

1. Mohamed Nazri memang terkenal dengan tabiat lepas cakap dan celopar. Dalam bahasa Inggeris, orang macam dia digelar “loose cannon” atau meriam yang tidak boleh dikawal;

2. Media massa, termasuk media arus perdana yang pro-kerajaan tidak lagi mengamalkan konsep melindungi sumber berita (protecting the source) dan tidak mementingkan implikasi sesuatu maklumat. Mereka lapor apa saja yang diucapkan tanpa mempedulikan ketepatan dan implikasi sesuatu kenyataan. Jadi, kalau Mohamed Nazri celopar dan lepas cakap, maka celopar dan lepas cakap jugalah yang mereka laporkan.

3. Ada pemerhatian media mengatakan amalan ini baik kerana laporan media menepati apa yang diucapkan (truthful); .... Untuk bacaan lanjut, sila klik pada nama Pak Kadir di atas.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH