Bala Akui Tandantangani Akuan Bersumpah Palsu, Desak Buka Semula Siasatan
Saya petik:
[MK] Bekas penyiasat persendirian S Balasubramaniam menyelar kerajaan kerana menutup kes berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya sebelum ini.
Dalam surat terbukanya kepada Peguam Negara Abdul Gani Patail yang salinannya dihantar kepada Malaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau "terkejut" walaupun mengakui menandatangan akuan bersumpah (SD) yang palsu, polis masih tidak menjumpai sebarang bukti perlakuan salah.
"Pihak polis, saya percaya, menyiasat keadaan seputar pembikinan dua SD bawah Seksyen 199 Kanun Acara Jenayah, untuk kesalahan yang boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda.
"Ini bukan kesalahan remeh."
Sehubungan itu, katanya, beliau amat terkejut apabila pihak polis gagal menemui sebarang salah laku daripada bukti-bukti yang dikumpulkan mereka.
Mengakui akuan dalam SD keduanya tidak benar, Balasubramaniam mendesak kerajaan membuka kembali kesnya.
Sebelum ini, Nazri Aziz mengumumkan bahawa Jabatan Peguam Negara menutup siasatan terhadap dua akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang menurut banyak pihak disebabkan kes tersebut mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan rakyat Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shariibuu.
Penutupan kes ini dilihat sebagai usaha untuk menyembunyikan motif sebenar yang menjadi sebab dua orang anggota UTK membunuh Altantuya Shariibuu.
Surat terbuka Bala itu boleh anda baca di sini.


