Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Endless Possibilities. Papar semua catatan

, ,

Khamis, 3 Oktober 2013

[Memalukan] Israel Ciplak Endless Possibilities, Menteri Tidak Buat Homework




Israel Ciplak Slogan dari Malaysia, Kata Menteri

[MK] Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia dan bukan sebaliknya.

Katanya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari.

Beliau ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat dengan sinis berkata, orang yang pernah belajar di sekolah rendah akan dapat membezakan antara Januari dan Mei.

Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai “produk ciplak” dari kempen Mongolia dan Israel. -3/10/13


P/s: Harap-harap pihak Israel tidak membaca berita ini jika tidak terburailah tahap kecerdikan menteri kita. MEMALUKAN!!!

Cerita awal di sini, di sini, di sini.




Khamis, 12 September 2013

Pelancaran Kempen “Endless Possibilities” Ditangguhkan, Sama dengan Mongolia, Israel

Pelancaran Kempen “Endless Possibilities” Ditangguhkan

[TMI] Pelancaran kempen baru Putrajaya “Endless Possibilities” dalam negara telah ditangguhkan dari tarikh asal 17 September kepada satu tempoh yang belum pasti selepas mendapati Mongolia menggunakan slogan sama 19 bulan sebelum Malaysia.

The Malaysian Insider difahamkan, pegawai-pegawai yang menguruskan kempen panik kerana Mongolia merupakan satu subjek sensitif selepas dua anggota polis Malaysia didakwa dan kemudian dibebaskan di atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

“Pelancaran di Malaysia dibatalkan, masih belum ada tarikh baru,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Slogan kempen itu secara rasmi digunakan buat pertama kali di Davos Januari lepas semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) walaupun Kementerian Pelancongan sudah memperkenalkannya di Dubai pada Oktober 2012.

Blogger pro kerajaan telah mengkritik kempen itu mengatakan ianya meniru kempen sama Israel yang bermula April lepas. Akan tetapi kemudiannya mereka mendapati Mongolia telah menerbitkan video dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN menggunakan slogan sama.

Akan tetapi jurucakap kempen mengatakan ia tetap akan dilancarkan tetapi tidak memberikan tarikh pasti.

“Inisiatif ini tetap akan dilancarkan, 17 merupakan salah satu tarikh dipertimbangkan,” kata seorang jurucakap yang enggan dinamakan.

Tarikh 17 September dipilih kerana ia merupakan sehari selepas Malaysia menyambut ulangtahun ke-50 penubuhannya apabila Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju menjadi satu negara pada tahun 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada Ogos 1965.

The Malaysian Insider difahamkan slogan kempen dicadangkan oleh dua perunding asing dan syarikat kajian pasaran selepas perbincangan dengan pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri.

“Perunding-perunding memperhalusinya dari prosa ‘Endless Opportunites’ yang digunakan dalam ucapan kepada ‘Endless Possiblities’,” katanya dan menambah tidak pasti sama ada perunding-perunding itu menyemak jika ada negara lain menggunakan slogan itu.

Firma pengiklanan dipanggil selepas itu untuk mencipta logo yang kemudiannya digunakan Kementerian Pelancongan bersama slogan sebelum digunakan di Davos.

The Malaysian Insider pertama kali melaporkan berita tentang pelancaran kempen pada 21 Ogos dan disahkan pada hari sama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan kempen ini melengkapkan dan bukan menggantikan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan pada 2009.

Najib berkata, ia adalah “kempen komplementari” dan kempen terkini itu adalah sebahagian daripada pelan menjenamakan negara.

“Ini akan mempromosikan Malaysia,” katanya yang dilihat menggunakan lencana baru kempen itu termasuk logo 1Malaysia.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider slogan “Endless Possibilities” sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.

Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu.

Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.

Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.

Terdapat juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh lapan bulan lalu. Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini. – 12 September, 2013.










, ,

Isnin, 26 Ogos 2013

[Kemas Kini] Endless Possibilities: Israel Guna Slogan "Endless Possibilities" Sejak 2011


Kata Mazidul, Anwar tidak membuat homework kerana mengeluarkan kenyataan mengaitkan Israel dengan slogan Endless Possibilities Malaysia. Kata blogger itu yang memetik daripada sumber lain, Malaysia terlebih dahulu menggunakan slogan itu ketika di Davos sekitar Januari 2013 dan mendakwa Israel hanya menggunakan slogan tersebut pada April 2013.

Namun segala-galanya terburai apabila MM melaporkan bahawa Mongolia terlebih dahulu menggunakan slogan itu berbanding dengan Malaysia dan Israel. Negara yang melahirkan gadis yang bernama Altantuya Shariibuu itu telah menggunakan slogan Endless Possibilities untuk mempromosikan industri pelancongan setahun lebih awal daripada Malaysia.

Adakah Malaysia meniru Mongolia yang begitu kontroversi jika dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya?

Bagaimana tiga buah negara boleh menggunakan slogan yang sama? Adakah kesemua negara menggunakan syarikat publisiti yang sama atau memang berlaku plagiat idea yang disengajakan? -DCM

Baca laporan MM:

PM’s Office says Malaysia ahead of Israel in ‘Endless Possibilities’, but...

[MM] PETALING JAYA, Aug 24 — Malaysia came out with “Endless Possibilities” as its new global theme months before Israel released a similar tagline, the Prime Minister’s Office (PMO) has said amid a national uproar over claims that the slogan had been plagiarised.

But the shadow cast by the controversy is unlikely to lift soon in the face of an online video that shows the exact same catchphrase used to sell Mongolia, uploaded over a year ago.

“Malaysia’s ‘Endless Possibilities’ nation branding concept was publicly launched in January 2013 at the World Economic Forum annual meeting in Davos, Switzerland.

“The Tourism Ministry of Israel started using ‘Endless Possibilities’ to promote their conference and incentive market four months later, in May 2013,” the PMO said in a statement emailed to The Malay Mail Online yesterday.

This daily had asked the PMO for clarification after pro-establishment bloggers kicked up a storm this week over the striking similarities between the Najib administration’s new global branding slogan and Israel’s Ministry of Tourism’s tagline “Israel. One Place. Endless Possibilities”.

But soon after receiving the PMO’s explanation, The Malay Mail Online was made aware that a video advertisement marketing Mongolia using the exact same tagline had been uploaded onto YouTube nearly one year before Prime Minister Datuk Seri Najib Razak first mentioned it at Davos.

A short clip titled “Mongolia Endless Possibilities by CNN” has been available on the popular video-sharing website since it was uploaded on February 19, 2012, by a YouTube account user named BDSecJSC.




A voiceover in the 30-second clip says “With a thriving economy and diverse workforce and rich mineral resources, the opportunities are as vast as the landscape”, before ending with the words “Mongolia, Endless Possibilities”.

The word “Mongolia” streams across the screen in a riot of colours towards the end of the clip, with the two words, “Endless Possibilities”, shown in a smaller and darker-coloured typeface below it.

A check on the Internet revealed “BDSecJSC” to be the initials of a stock brokerage and investment bank which claims to be the largest in Mongolia.

A check on Coloribus, an online archive of advertisements worldwide, lists international news broadcaster CNN, and its owner, Turner Broadcasting System, as creating an “Eye on Mongolia” promotional campaign in August 2011.

The campaign was said to promote Mongolia as a tourism and investment destination.



P/s: Kantoi!

Adakah ini kerja APCO?

Berapa negara yang menggunakan slogan 1Malaysia? Indonesia, Israel...



Kemas Kini:

Alamak!


Israel telah menggunakan slogan ini sejak 2011. Perhatikan gambar di atas.



, ,

Khamis, 22 Ogos 2013

[PANAS] Kerajaan Malaysia Tiru Slogan "Endless Possibilities" Israel?


Slogan 1Malaysia sebelum ini pun dikaitkan dengan 1Israel. Idea siapa? Sudah tentu ada kaitan dengan syarikat publisiti APCO yang pernah berkhidmat dengan kerajaan haram Israel sebelum itu.

Baru-baru ini kecoh fasal slogan baharu Najib, iaitu "Endless Possibilities". Sudahlah tidak patriotik kerana menggunakan bahasa asing, kini slogan itu dikaitkan pula dengan Israel sekali lagi. Pendedahan ini dihangatkan oleh blogger UMNO sendiri. Baca Jebat Must Die dan OutSyed The Box

Adakah slogan menggunakan bahasa penjajah ini juga idea APCO? -DCM



P/s: Kutuk kekejaman Israel, kaitkan pemimpin PR dengan Israel tetapi mereka sendiri menggunakan khidmat syarikat publisiti Israel dan kini didakwa meniru slogan negara haram itu sekali lagi.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH