Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label 1Malaysia. Papar semua catatan

, , ,

Jumaat, 12 Jun 2015

Pendidikan Jadikan Kita '5Malaysia' - Sultan Johor



Sultan Johor Sultan Ibrahim bertitah tanpa sistem pendidikan satu aliran, Malaysia bukan lagi menjadi 1Malaysia, tetapi “5Malaysia”.

“Orang Melayu pergi ke sekolah kebangsaan, di mana orang Cina rasa terasing, sementara orang India pula ke sekolah Tamil.

“Di mana perpaduan?” soal baginda dalam wawancara di The Star hari ini.

“Semua ini membuatkan orang ramai terpisah-pisah,” tambah Sultan Ibrahim.

Sultan Johor pada 7 Mei lalu menggesa orang ramai mencontohi Singapura yang membentuk perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan satu aliran menggunakan pengantar bahasa Inggeris.

Baginda mengakui walaupun Johor dan Singapura berkongsi banyak persamaan, tetapi kemajuan yang dicapai oleh Singapura jauh lebih pantas.

Beliau juga memuji perpaduan rakyat Singapura yang dibentuk daripada sistem pendidikan satu aliran yang menurutnya terbukti berkesan menyatukan masyarakat berbilang bangsa. -Malaysia Kini/12/6/15

, ,

Isnin, 26 Ogos 2013

[Kemas Kini] Endless Possibilities: Israel Guna Slogan "Endless Possibilities" Sejak 2011


Kata Mazidul, Anwar tidak membuat homework kerana mengeluarkan kenyataan mengaitkan Israel dengan slogan Endless Possibilities Malaysia. Kata blogger itu yang memetik daripada sumber lain, Malaysia terlebih dahulu menggunakan slogan itu ketika di Davos sekitar Januari 2013 dan mendakwa Israel hanya menggunakan slogan tersebut pada April 2013.

Namun segala-galanya terburai apabila MM melaporkan bahawa Mongolia terlebih dahulu menggunakan slogan itu berbanding dengan Malaysia dan Israel. Negara yang melahirkan gadis yang bernama Altantuya Shariibuu itu telah menggunakan slogan Endless Possibilities untuk mempromosikan industri pelancongan setahun lebih awal daripada Malaysia.

Adakah Malaysia meniru Mongolia yang begitu kontroversi jika dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya?

Bagaimana tiga buah negara boleh menggunakan slogan yang sama? Adakah kesemua negara menggunakan syarikat publisiti yang sama atau memang berlaku plagiat idea yang disengajakan? -DCM

Baca laporan MM:

PM’s Office says Malaysia ahead of Israel in ‘Endless Possibilities’, but...

[MM] PETALING JAYA, Aug 24 — Malaysia came out with “Endless Possibilities” as its new global theme months before Israel released a similar tagline, the Prime Minister’s Office (PMO) has said amid a national uproar over claims that the slogan had been plagiarised.

But the shadow cast by the controversy is unlikely to lift soon in the face of an online video that shows the exact same catchphrase used to sell Mongolia, uploaded over a year ago.

“Malaysia’s ‘Endless Possibilities’ nation branding concept was publicly launched in January 2013 at the World Economic Forum annual meeting in Davos, Switzerland.

“The Tourism Ministry of Israel started using ‘Endless Possibilities’ to promote their conference and incentive market four months later, in May 2013,” the PMO said in a statement emailed to The Malay Mail Online yesterday.

This daily had asked the PMO for clarification after pro-establishment bloggers kicked up a storm this week over the striking similarities between the Najib administration’s new global branding slogan and Israel’s Ministry of Tourism’s tagline “Israel. One Place. Endless Possibilities”.

But soon after receiving the PMO’s explanation, The Malay Mail Online was made aware that a video advertisement marketing Mongolia using the exact same tagline had been uploaded onto YouTube nearly one year before Prime Minister Datuk Seri Najib Razak first mentioned it at Davos.

A short clip titled “Mongolia Endless Possibilities by CNN” has been available on the popular video-sharing website since it was uploaded on February 19, 2012, by a YouTube account user named BDSecJSC.




A voiceover in the 30-second clip says “With a thriving economy and diverse workforce and rich mineral resources, the opportunities are as vast as the landscape”, before ending with the words “Mongolia, Endless Possibilities”.

The word “Mongolia” streams across the screen in a riot of colours towards the end of the clip, with the two words, “Endless Possibilities”, shown in a smaller and darker-coloured typeface below it.

A check on the Internet revealed “BDSecJSC” to be the initials of a stock brokerage and investment bank which claims to be the largest in Mongolia.

A check on Coloribus, an online archive of advertisements worldwide, lists international news broadcaster CNN, and its owner, Turner Broadcasting System, as creating an “Eye on Mongolia” promotional campaign in August 2011.

The campaign was said to promote Mongolia as a tourism and investment destination.



P/s: Kantoi!

Adakah ini kerja APCO?

Berapa negara yang menggunakan slogan 1Malaysia? Indonesia, Israel...



Kemas Kini:

Alamak!


Israel telah menggunakan slogan ini sejak 2011. Perhatikan gambar di atas.



, ,

Khamis, 22 Ogos 2013

[PANAS] Kerajaan Malaysia Tiru Slogan "Endless Possibilities" Israel?


Slogan 1Malaysia sebelum ini pun dikaitkan dengan 1Israel. Idea siapa? Sudah tentu ada kaitan dengan syarikat publisiti APCO yang pernah berkhidmat dengan kerajaan haram Israel sebelum itu.

Baru-baru ini kecoh fasal slogan baharu Najib, iaitu "Endless Possibilities". Sudahlah tidak patriotik kerana menggunakan bahasa asing, kini slogan itu dikaitkan pula dengan Israel sekali lagi. Pendedahan ini dihangatkan oleh blogger UMNO sendiri. Baca Jebat Must Die dan OutSyed The Box

Adakah slogan menggunakan bahasa penjajah ini juga idea APCO? -DCM



P/s: Kutuk kekejaman Israel, kaitkan pemimpin PR dengan Israel tetapi mereka sendiri menggunakan khidmat syarikat publisiti Israel dan kini didakwa meniru slogan negara haram itu sekali lagi.


, , ,

Selasa, 23 April 2013

[PANAS] Isu Barang 1Malaysia: Rafizi SAHUT Cabaran Muhyiddin, Adakah Muhyiddin "Bertelor" untuk Berdepan dengan Rafizi dalam Forum Ekonomi?


SAYA mengalu-alukan cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya saya menyatakan sama ada barangan berjenama 1Malaysia yang kini ditawarkan oleh Barisan Nasional akan dihentikan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13.

Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian yang jelas bermula dari Buku Jingga dan diperincikan di dalam dokumen-dokumen belanjawan serta Manifesto Rakyat.

Dalam menangani bebanan sara hidup yang dihadapi rakyat, cara terbaik adalah dengan menyelesaikan dua perkara – pertama, dengan mengawal dan menurunkan harga barang dan kedua, mengurangkan beban hutang rakyat akibat herotan dalam pasaran.

Pendekatan Pakatan Rakyat adalah dengan menyelesaikan masalah struktur ekonomi yang menyebabkan harga barang naik dan beban hutang melambung, sehingga mengurangkan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat. Ini termasuklah menghapuskan monopoli, mengurangkan kos asas perniagaan, mengurangkan kos pengangkutan, memastikan subsidi sampai kepada rakyat dan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta yang membebankan rakyat.

Pendekatan ini adalah lebih baik dari cara Barisan Nasional yang tidak mahu menyelesaikan masalah-masalah struktur ekonomi ini, sebaliknya hanya menawarkan beberapa barangan yang diberikan subsidi di bawah jenama 1Malaysia. Oleh kerana barangannya terhad dan edarannya tidak menyeluruh ke seluruh negara, pendekatan ini hanya tertumpu di beberapa kawasan sahaja. Ia tidak berkesan dan tidak membantu meringankan bebanan sara hidup setiap rakyat.

Oleh yang demikian, saya berbesar hati untuk mengupas isu ini dengan lebih panjang dan menyatakan pendirian sama ada akan menghapuskan barangan 1Malaysia di dalam satu forum ekonomi yang turut disertai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jika beliau berani membuat cabaran terbuka kerana yakin dengan pendekatan ekonomi Barisan Nasional, beliau tidak perlu gentar untuk berdepan dengan saya di dalam satu forum ekonomi agar rakyat boleh membuat pilihan yang lebih baik.


Rafizi Ramli



P/s: Adakah Muhyiddin juga PENAKUT seperti bosnya?




, , ,

Rabu, 2 Mac 2011

[PANAS] Anwar Buktikan Perjanjian APCO-Israel, Kaitkan Klinik 1Malaysia-Klinik 1Israel



Pagi ini, saya berpeluang membaca suatu berita yang menarik di KD. Berdasarkan laporan akhbar atas talian itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dengan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991. Dokumen perjanjian itu membuktikan pertalian yang erat antara kedua-dua pihak.

Dalam majlis ceramah itu, Ketua Umum KEADILAN itu membaca satu perenggan dokumen tersebut sebelum menyerahkannya kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakamkannya. Yang peliknya, mengapa media tempatan, mungkin Utusan, Berita Harian, TV3, TV9, Astro, saya kata mungkin, tidak menyiarkan kandungan atau muka hadapan dokumen itu hari ini?

DSAI menunjukkan dokumen tersebut.

Kata DSAI: “Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

“Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan ‘People First’, Najib pula ‘Rakyat Didahulukan’. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

“Ke-be-tu-lan,” sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.

Berdasarkan fakta, DSAI pada Disember tahun lalu digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri. Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Gombak), R Sivarasa (KEADILAN- Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia  hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.
Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.


P/s: Bila Nazri Aziz mahu memberikan respons tentang pendedahan DSAI?

Anda mahu ketawa?...ketawalah!

Biarpun segelintir rakyat berpeluang membaca atau mengetahui tentang hal ini, Najib dan pimpinan UMCO-BN yang lain masih tersenyum kerana majoriti Melayu di kampung dan segelintir di bandar-bandar tidak mengetahuinya, malah ada yang menolaknya tanpa mahu menyiasat lanjut pendedahan ini. Sikap dan situasi inilah kunci UMCO masih berkuasa di negara ini.

,

Rabu, 22 Disember 2010

Bila Najib Mahu Saman 1Indonesia?


Najib nafi idea 1Malaysia diciplak daripada 1Israel. Beliau mendakwa idea 1Malaysia miliknya, ciptaannya. Anda boleh baca di sini. Jadi bila Najib mahu menyaman 1Indonesia yang terang-terang menciplak ideanya?
Kah Kah Kah Kah Kah Kah!



,

Isnin, 15 Mac 2010

Juara Rakyat: X Bayar Yuran, X Boleh Ambil "Result"

Saya petik:

School refused to release results till fees were paid

KUALA LUMPUR: A school in Klang refused to release the SPM result slips of several students yesterday until they paid their school and parent-teacher association (PIBG) fees. Two parents contacted the New Straits Times to complain about SM Shahbandaraya in Kampung Jawa, which they claimed had refused to release their daughters' results yesterday.

"My daughter had to pay RM200 (S$84) in PIBG fees to get her results. I think it's unfair, and I think a few students were affected," a mother said.

"PIBG fees shouldn't be that much. Sometimes schools like to spend money on all sorts of things and tell us only after that.

"When that happens, we have to pay the fees, like it or not."

She said her daughter faced a similar fate years ago when she went to collect her Ujian Pencapaian Sekolah Rendah results.

"This is not a new thing. My daughter's primary school back then also ordered us to pay up
before they released the results."

Education Ministry deputy director-general Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim said the practice
had been going on for many years.

"Payments towards the PIBG are contributions, so by right the parents can't be compelled to pay up.

"However, it's regular practice for the school to ask parents or students to settle their dues when expenses are incurred."

Berita ini saya pautkan dari portal berita internet yang berpengkalan di Singapura. Portal itu memautkan berita di atas daripada NST. Malulah sampai orang luar pun dapat membaca berita sebegini. Mereka dengar pemerintah di Malaysia, Juara Rakyat, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Tup...tup...cerita lain pula yang dibaca oleh mereka.

Bagi rakyat kebanyakan, pendidikan sepatutnya dinikmati secara percuma atau sekurang-kurangnya terdapat pengecualian terhadap kelompok keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah atau mempunyai bilangan ahli keluarga yang banyak.

Hujahnya, jika kerajaan boleh menghabiskan jutaan RM untuk kepentingan bapak dan ibu menteri, membayar komisen kapal selam, membayar itu, membayar ini....mengapa memaksa rakyat membayar yuran untuk menuntut ilmu yang bakal digunakan untuk memajukan bangsa dan negara?

Opps! Tidak perlu komen panjanglah...buat sakit hati sahaja. Yang penting: 1Malaysia...retorik atau tidak...cerita lain!


Berkaitan:

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH