Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label GAPS. Papar semua catatan

, ,

Isnin, 1 Oktober 2012

[Kemas Kini] Kredibiliti Presiden GAPS Dipersoal Kerana Didakwa Terlibat Kes Pecah Amanah, Hamidzun Nafi Dakwaan Tersebut





[Selangorku] SHAH ALAM, 1 OKT: Kredibiliti Hamidzun Khairuddin sebagai Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dipertikai apabila beliau sendiri pernah didakwa terlibat dengan satu kejadian pecah amanah di Selangor.

Pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co.

Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu.

Demikian menurut satu sumber yang dihantar kepada TV Selangor hari ini.

Menurut sumber itu lagi, kejadian tersebut menyebabkan wang pemegang amanah berjumlah RM152, 610 yang diserah pembiaya kepada peguam untuk dibayar kepada PKNS bagi pihak pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Taman Permai Jaya, Cheras lesap.

Manakala wang duti setem berjumlah RM46, 626.15 yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil sebagai pendaftaran pindah milik pangsapuri Danau Mas di seksyen 7 Shah Alam turut dilesapkan.

“Rentetan itu, para pembeli rumah terlibat membuat aduan kepada PKNS pada 28 Mac 2011 berhubung kelewatan urusan tersebut,” menurut sumber itu.

Berdasarkan aduan yang dterima PKNS, PKNS dikatakan membuat siasatan di Majlis Peguam dan di pejabat Zamri Ibrahim & Co.

Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, pejabat firma guaman itu ditutup dan Hamidzun selepas itu didapati menubuhkan sebuah firma lain iaitu Hamidzun and Co yang beroperasi secara bersendirian dari rumah.

Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011.

Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi.

Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011.

“Walaupun Hamidzun membuat bayaran terhadap tuntutan di atas, namun yang nyata berlaku kejadian pecah amanah kerana beliau gagal menyempurnakan bayaran dan juga urusan pindah milik dalam tempoh yang sepatutnya.

“Kegagalan dan keengkaran beliau ini menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak khususnya pembeli-pembeli rumah PKNS,” menurut sumber itu lagi.


 Kemas Kini:

Presiden GAPS Nafi Pecah Amanah

SHAH ALAM: Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor dan beberapa pihak lain gara-gara melempar fitnah terhadap dirinya.

Katanya pihak tersebut telah menyebarkan kenyataan kononnya firma guamannya terlibat dengan kes salah guna kuasa dan pecah amanah ketika beliau menjadi rakan kongsi dalam firma guaman dan juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co pada tahun 2010.

"Saya telah mengarahkan sahabat peguam saya untuk mengkaji segala sudut bagi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.

"Saman malu akan peguam saya failkan kepada semua pihak yang terlibat samada PKNS, blog yang berkenaan, akaun facebook yang berkenaan dan portal media berkenaan yang cuba memalukan dan merendahkan kredibiliti saya dimata masyarakat," katanya yang dipetik daripada kenyataan media.

Beliau menegaskan bahawa kes-kes yang dikhabarkan yang melibatkan PKNS ini telah diselesaikan dengan baik dan sempurna oleh firma guamannya malah telah diselesaikan menurut terma-terma dan amalan biasa bidang perundangan.

Hamidzun juga turut kesal apabila maklumat korporat seperti ini dibocorkan oleh orang-orang tertentu dalam PKNS kepada pihak media.

Justeru itu beliau tidak menolak jika terdapat niat jahat dengan misi politik yang mahu menggugutnya untuk tunduk dan patuh serta membiarkan setiap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor terus bermaharajalela.

Ini kerana beliau seorang yang lantang dalam membongkar rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan berkaitan dengan kerajaan negeri.

Hamidzun sebelum ini didakwa terlibat dalam penyelewengan yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 yang melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat kerajaan negeri itu. - AP




, ,

Ahad, 5 Disember 2010

[Gambar] Banyak Ini Sahaja Orang yang Sokong GAPS! Alahai Pengkhianat!

Abang ini mahu Syabas menaikkan caj 37% terhadap bil air rumahnya? Biar betul bang?

Kepala GAPS Saudara Hamizon






Media mengganggarkan hanya 200 orang yang menyertai kumpulan yang cuba mengkhianati rakyat Selangor ini.
Anda lihat dan nilaikan sendiri.

P/s: Inilah yang dikatakan orang suruh makan tahi, makan, orang suruh terjun lombong, terjun!

(Sumber Gambar: Blog mesra UMCO)

, ,

[Gambar & Video] Kandungan Memo & Koleksi Gambar dan Video Demo Tolak Penswastaan Air Selangor






Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan


Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat
Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat
Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme
Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.



Gambar & Video:



























































 




 (Sumber Gambar/Video: Ruang Bicara Pria Malaya, MediaRakyat, & pelbagai)

Berita-berita Berkaitan:
* MB S'gor: Polis tak tunai janji, saya kesal
* Demo air: Polis tembak gas pemedih mata
* Baju hitam selesai, serah memo pada Agong
* Demo air: Dr Nasir, Arutchelvan ditahan
* 48 penyokong baju merah ditangkap
* 52 termasuk lima pelajar ditahan, Suhakam kecam polis
* Peserta bantah kenaikan air kena gas 
* Himpunan bersurai, 50 ditangkap
* Tidak padan polis tangkap peserta himpunan
* Air: Rakyat rayu sokongan Agong 
* 52 ditahan sertai protes air di KL dibebaskan

P/s: Blog mesra UMCO mengaburi pembaca mereka dengan mengatakan hanya 2000 sahaja orang menyertai demo tolak penswastaan air Selangor. Mereka membuat kesimpulan bahawa majoriti rakyat Selangor bersetuju dengan kerakusan Syabas merampas hak rakyat Selangor. Dasar pengkhianat!

Lihat gambar-gambar yang disalin dan ditampal untuk melihat kejayaan demo ini. Lebih manis, demo itu tidak mendapat liputan utama di media elektronik UMCO. Mereka bimbang rakyat Malaysia menilai kesungguhan rakyat Selangor menentang kerakusan syarikat kroni.


Bravo!



Khamis, 2 Disember 2010

GAPS Hadapi Saman Jika Memfitnah

Isu GAPS ini sedang dimegah-megahkan oleh jurublog pro-UMCO di blog masing-masing. Mereka bangga sungguh-sungguh dengan dakwaan 30 penyelewengan yang kunun-kununnya dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor. Jika benar, mereka boleh meneruskan tindakan lanjut, jika berunsur fitnah, kerajaan negeri akan menyaman gabungan NGO dan pertubuhan yang terlibat mewujudkan GAPS. Itulah "amaran" yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya petik:
[TMI] SHAH ALAM, 2 Dis – Tan Sri Khalid Ibrahim mengalu-alukan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang merancang untuk mengemukakan memorandum berhubung penyelewengan didakwa dilakukan oleh pentadbirannya kepada Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong.


Bagaimanapun Menteri Besar Selangor  memberi amaran kumpulan itu akan berhadapan dengan tindakan perundangan jika dakwaan mereka didapati tidak benar.

“Jika (dakwaan) itu benar, mereka boleh teruskan dan lakukan,” kata  Khalid kepada pemberita di sini hari ini.

“Tetapi jika ia (didapati) fitnah dan dendam, mereka boleh disaman,” kata beliau.

GAPS mahu menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan kerajaan Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi GAPS Hamizun Khairuddin berkata kira-kira 2,000 orang akan menyertai perarakan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan esok.

Memorandum yang sama juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini selepas siri perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung di ibu negara iaitu di sekitar Masjid Jamek, katanya.

GAPS merupakan gabungan 50 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor dan persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu yang ditubuhkan sejak dua bulan lepas.

Hamizun berkata memorandum itu menyenaraikan 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Selangor termasuk isu pembaziran wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri itu.

Beliau berkata memorandum berkenaan juga akan disertakan dengan dokumen dan bukti bertujuan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor supaya nasib rakyat di negeri ini tidak terus ditindas dan dirampas oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.- Boo Su-Lyn


P/s: Apalah bangangnya GAPS, kalau kerajaan negeri melakukan penyelewengan laporkanlah kepada SPRM atau pihak berkuasa yang lain. Mereka mahu menyerahkan bukti dan memorandum kepada Sultan Selangor. Adakah mereka mahu Sultan Selangor membuat laporan di SPRM? Ini semua perang psikologi untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri. Jika mereka benar-benar mempunyai bukti atau kes yang kuat, sudah lama kes-kes penyelewengan yang didakwa oleh mereka ini dilaporkan kepada pihak berkuasa!

, ,

Jumaat, 26 November 2010

Jom Halang Kerakusan KAPITALIS AIR!


Blog ini menyeru penduduk Selangor agar dapat bersama-sama mengiringi Menteri Besar menghantar memorandum rakyat ke Istana Negara pada 5 Disember ini.
Jika pengguna air di Selangor hanya berdiam diri, maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus mulai 31 Mac tahun hadapan.

Mari bersama-sama menghalang kapitalis air mengaut keuntungan berlipat ganda!

Berita lanjut di sini.


P/s: Gaji CEO SYABAS
Setahun – RM5.1juta
Sebulan – RM425,000
Sehari (8jam) – RM14,166
Sejam – RM1,770
Seminit – RM29.51 

Adakah nombor-nombor di atas masih lagi bisa membuatkan punggung anda melekat di kerusi, lalu membiarkan Kapitalis Air menekan hidup anda walhal perkara itu mungkin dapat dihalang dengan sedikit sumbangan keringat dan masa anda pada 5 Disember nanti?

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH