Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label GLC. Papar semua catatan

, ,

Khamis, 20 Februari 2014

Tony Fernandes TERKEJUT MAS Rugi RM1.17 Bilion!



[TMI] Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu.

“Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula,” katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.

Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.

“Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion.

“Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah,” katanya.

Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.

MAS melaksanakan pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu masih menunggu kelulusan kerajaan untuk membeli 100 Airbus dan kapal terbang penumpang Boeing yang bakal membelanjakan beberapa bilion ringgit lagi.

Reuters hari ini melaporkan, keputusan untuk membeli kapal terbang baru itu untuk membawa keuntungan dan menghentikan khidmat kapal lama yang kurang cekap dalam penggunaan minyak.

Fernandes bagaimanapun, mengkrtitik perbelanjaan MAS dan MAHB yang terus mendatangkan kerugian.

“Ia sepatutnya membawa keuntungan. Ia hanya menyusahkan ahli perniagaan yang baik di mana mereka berbelanja seolah-olah tidak ada hari esok,” katanya.

Menurut laman web MAS, mereka mempunyai 88 kapal terbang termasuk Airbus A330s dan A380s serta Boeing 777-200s dan 737s.

Perbelanjaan MAS juga terus meningkat sehingga 10% tahun lalu kepada RM14.9 bilion berikutan kenaikan harga minyak.

MAS mencatatkan kerugian paling besar dalam sejarahnya pada 2011 iaitu sebanyak RM2.52 bilion bersih.

Bagaimanapun mereka berjaya mengurangkannya pada 2012 kepada RM433 juta. – 19/2/14


P/s: Apa yang mereka urus UNTUNG?


,

Isnin, 19 Mac 2012

Ahli Parlimen BN Mahu Pengarah Urusan Khazanah Disiasat, Batal Kerjasama MAS-AirAsia yang Didakwa Merugikan


[SH] KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN), Datuk Bung Moktar Radin mengulangi gesaan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar ekoran perjanjian pertukaran saham antara Malaysian Airline System (MAS) dan AirAsia yang ditandatangani Ogos lalu.

Ahli Parlimen Kinabatangan ini berkata, penggabungan dua syarikat penerbangan itu harus dibatalkan serta-merta kerana didakwa tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat, malah merugikan kerajaan.

"Saya mahu SPRM segera mengambil tindakan terhadap Tan Sri Azman kerana dilihat cuba meraih keuntungan daripada penggabungan itu.

"Khazanah pun gantilah... pengarah yang baru sudah terlampau lama Azman Mokthar ini mentadbir," kata beliau ketika membahaskan usul titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, kerajaan perlu berhenti melakukan kesilapan yang sama sehingga menyebabkan negara rugi.

"Saya menggesa kerajaan membatalkan pengabungan itu daripada terus melakukan kesilapan yang jelas merugikan negara... hal ini akan memusnahkan ekonomi rakyat.

"Mana-mana syarikat yang dimiliki individu tertentu yang boleh merugikan rakyat, saya menggesa SPRM siasat...

Jangan biarkan perkara ini berlaku kerana ia akan merosakkan bangsa," katanya.

Minggu lalu, kesatuan dan pertubuhan yang mewakili pekerja MAS berkata akan membawa usul berkaitan perjanjian usahasama antara MAS-AirAsia ke Parlimen ekoran perjumpaan dengan Perdana Menteri bulan lepas.

Tindakan tersebut akan mengetengahkan kepentingan politik yang tertera dalam perjanjian antara bekas pesaing, AirAsia dan MAS, di mana kesatuan mendakwa majoriti ahli kesatuan kini beralih kesetiaan kepada pihak pembangkang kerana tidak puas hati terhadap perjanjian usahasama itu.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu), Abdul Malek Ariff memberitahu, mereka akan menghantar memorandum sama, yang telah diserahkan kepada Najib menentang pakatan MAS-AirAsia kepada Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Abdul Malek berkata, Maseu bercadang untuk mendesak wakil-wakil politik untuk menghentikan kerjasama MAS-AirAsia kerana tidak adil kepada MAS, dan turut menambah bahawa perjanjian itu telah menerima tindak balas negatif daripada ahli kesatuan.

Maseu, organisasi yang berpusat di Semenanjung, mempunyai lebih 7,000 pekerja namun Abdul Malek berkata, tujuh lagi kesatuan dan pertubuhan mewakili pekerja MAS, pengurus dan juruterbang termasuk daripada Sabah dan Sarawak juga diwakili dalam memorandum, membawa kepada jumlah 13,000 hingga 14,000 pekerja.

Syarikat penerbangan nasional itu mengalami kerugian RM2.52 bilion dalam 2011, yang diumumkan baru-baru ini ekoran kenaikan kos bahan api dan bukan api. 



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH