Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Hari Belia Negara. Papar semua catatan

, , ,

Selasa, 8 Oktober 2013

Ketua Audit Negara Sahkan K-Pop TIADA Penaja, Sangkal Polis Ada Beri Penjelasan




[TMI] Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.

Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.

Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.

Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

“Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting,” kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah.

Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.

Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.

“Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini,” kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.

“Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset,” katanya.

Ahli Parlimen pembangkang menyelar polis selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dibentangkan dengan mendakwa kehilangan pistol mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api.

Teresa Kok dari DAP mengkritik polis kerana sekadar memberikan alasan tanpa mahu mengakui kecuaian mereka.

“Macam mana Khalid tahu pistol itu jatuh ke dalam laut? Adakah rakyat Malaysia yang waras boleh terima alasan sebegitu,” katanya.

Berhubung bagaimana Jabatan Audit Negara tahu mengenai kehilangan itu, Ambrin berkata, mengikut peraturan, kementerian, jabatan atau agensi yang kehilangan aset kerajaan harus melaporkan kehilangan itu kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.

Pendedahan lain dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menjadi kontroversi adalah penggunaan dana RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Sedunia.

Bekas menterinya, Ahmad Shabery berkata, ia datang daripada penaja sementara penggantinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengambil alih jawatan itu pada Mei mengakui kementerian mengeluarkan belanja untuk konsert itu.

Shabery mendakwa, kementerian menerima RM20 juta daripada sektor korporat dalam dan luar negara untuk acara itu.

Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara “culas” (malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan.

Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu.

“Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop.

“Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,” katanya. – 8 Oktober, 2013.



Khamis, 3 Oktober 2013

Kos Hari Belia Negara 2012: Selepas Tipu, Kerajaan BN Bohong Lagi - DAP


[RK] KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER: Kos penganjuran Hari Belia Negara 2012 (HBN2012) sebenarnya adalah berjumlah RM67.61 juta, bukannya RM55 juta seperti yang diumumkan Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini.

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang mendedahkan pembohongan berulang kerajaan BN itu, berkata merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara, terdapat sejumlah wang RM12.61 juta telah dibelanjakan kementerian itu.

“Wang itu adalah wang Program Pemberian Bantuan yang kemudiannya disalurkan ke penganjuran HBN2012 melalui badan belia seperti Majlis Belia Malaysia.

“Laporan audit juga menyatakan akibat daripada pemberian wang itu, maka “jumlah perbelanjaan sebenar HBN2012 yang dilaporkan kementerian ternyata kurang,” jelasnya yang mendesak kerajaan menjelaskan fakta sebenar mengenai kos penganjuran HBN2012.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAPSY itu juga berkata, ini bermakna kos sebenar HBN2012 meningkat daripada kos asal iaitu RM15 juta kepada RM55 juta, kini meningkat lagi kira-kira 23 peratus menjadikannya kos penganjuran HBN2012 RM67.61 juta.


Menurut Steven, sebelum ini kos asal HBN2012 yang diperuntukkan Kementerian Belia dan Sukan ialah RM15 juta.

“Kemudian, bekas Menteri Belia dan Sukan Ahmad, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bahawa hari belia mendapat tajaan swasta berjumlah RM28 juta dan pada mesyuarat Parlimen lalu, kementerian itu memohon lagi belanja lebih melalui perbekalan tambahan (supplementary budget) sebanyak RM12 juta.

“Kini, mengikut laporan Ketua Audit Negara, rupa-rupanya ada lagi sebanyak RM12.61 juta yang dibelanjakan untuk majlis itu,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjawab beberapa lagi persoalan yang belum selesai.

“Mengapa kos HBN2012 meningkat begitu mendadak dari perancangan asal RM15 juta sehingga kini RM67.61 juta?

“Kami juga mahu kementerian senaraikan pecahan kos HBN2012 termasuk senarai penaja dan kontraktor yang terbabit, jenis kerja dan kos setiap satu dan satu lagi soalan saya, adakah kos lain yang disembunyikan kementerian yang belum dilaporkan kepada umum?,” tambah beliau.- 2/10/13


, ,

Pembaziran KPOP: Shabery Kata Lain, KJ Kata Lain


Shabery: Jabatan Audit culas dalam laporan K-Pop

[MK] Jabatan Audit Negara culas dalam menjelaskan perkara sebenar dalam isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk persembahan K-Pop Hari Belia Negara, kata bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery, kini menteri komunikasi dan multimedia, berkata, jabatan itu hanya menyatakan jumlah keluar daripada akaun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tanpa mengambil kira jumlah "sumbangan" yang dimasukkan.

"Pihak AG Audit culasdalam menjelaskan perkara sebenar kerana wang sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya.

Selain mendedahkan jumlah kosnya, laporan audit juga menegurKBS atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut - berjumlah hampir RM3 juta.

Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet terlibat dalam persembahan itu. 

Menulis di Facebook, Shabery berkata, justeru itu, terbukti bahawa tiada wang rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pembangkang yang hanya bersandarkan rumusan pendek Laporan Ketua Audit Negara 2012. 

"Moga Rakyat celik mata dengan perkara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan audit negara tentang pembelian mesinscanner berharga RM14,000 seunit. 

"Tetapi dalam isu KBS, ia tidak pembaziran wang rakyat sebaiknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara," katanya.

Bagaimanapun, berbeza dengan Shabery menteri belia dan sukan yang baru Khairy Jamaluddin berkata, KBS membuat bayaran besar itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu. - 3/10/13

Khairy: Ya, Kementerian Bayar K-Pop RM1.6 juta

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

"Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai KBS.

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.

"Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012," katanya menerusi kenyataan pada laman Facebook beliau.

Jelasnya lagi, pihaknya tidak akan meneruskan lagi acara sebegitu pada sambutan Hari Belia 2013 dan tahun-tahun akan datang.

'Saya mesti jawab & bertindak'

Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporanBernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-Pop - U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet - dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

Menurut Khairy, beliau bertanggungjawab menjelaskan perkara itu walaupun beliau bukanlah menteri KBS pada masa itu.

"Saya tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri.

"Prinsip kebertanggungjawapan bersama atau collective responsibilitybermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya," katanya.

Menteri belia dan sukan sewaktu sambutan itu berlangsung adalah Datuk Seri Shabery Cheek yang kini merupakan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan. - 2/10/13


P/s: Siapa yang berkata BENAR?


Laporan awal tentang perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 di sini, di sini.


, , ,

Rabu, 2 Oktober 2013

KPOP: Kementerian Belia dan Sukan KANTOI

Baca!

Foto: Tranungkite/ [Download] Laporan Audit halaman 376: audit.gov.my

, ,

Jumaat, 19 Julai 2013

Kos Hari Belia Termasuk Bayar PSY RM55 Juta


[HD] PULAU PINANG: Kenapa Kementerian Belia dan Sukan sanggup membelanjakan RM55 juta untuk penganjuran Hari Belia 2012 walhal banyak lagi keperluan yang perlu diberikan keutamaan untuk membaiki kehidupan rakyat, soal Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Menurut Steven, dari jumlah tersebut kontraktor terlibat telah menuntut RM10.6 juta untuk kos perkhidmatan, bekalan dan RM2.04 juta lagi untuk bayaran memjemput artis K-Pop dari Korea.

Sedangkan dalam masa yang sama Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik telah mengatakan tajaan pihak swasta melebihi tajaan asal untuk tahun 2012 iaitu RM28 juta.

"Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaludin kena perjelaskan keadaan sebenar kenapa ianya begitu tinggi walhal untuk tajaan awalan hanyalah RM15 juta. Macamana boleh terjadi begitu sehingga boleh mencapai RM12 juta lagi peningkatan," ujarnya dalam kenyataan yang diemailkan ke Harakahdaily.

Persembahan penyanyi Korea PSY sempena Hari Belia di Pulau Pinang(gambar) sebelum ini telah menjadi kecoh apabila orang ramai menolak permintaan Perdana Menteri untuk menyokong BN. Apabila Datuk Seri Najib bertanya, "Are you ready for BN," mreka beramai-ramai menjawab "No".

Jika benar peruntukan sebanyak itu dilaksanakan selama lima hari, bermakna Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan purata RM11 juta sehari, kata Steven Sim.

Khairy Jamaludin yang muncul dengan gaya dan persembahan baru untuk para belia di gesa menjawab dengan jujur bagi menunjukan komitmen beliau terhadap ketelusan untuk menjadi teladan kepada anak muda.

Kemungkinan tegasnya, wang sebanyak itu disalah gunakan untuk Pilihanraya Umum Ke 13 selari dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu pelancaran Hari Belia 2012 mengiyakan BN mengambil kesempatan menabur propaganda bagi meraih undi anak muda.

"Alangkah baiknya peruntukan itu digunakan untuk membina padang dan kelengkapan sekolah di kawasan saya. Antaranya ialah SRJKT Kampung Baru, SRJKT Ladang Alma, SRJKC Koew Kuang termasuk Sekolah Kebangsaan Machang Bubuk yang berusia 100 tahun masih kekurangan terutamanya padang sekolah," ujarnya yang juga Setiausaha Publisiti DAPSY Pulau Pinang.

Baru- baru ini tambah Steven Sim, beliau didatangi seramai 43 orang cacat penglihatan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Minyak yang tidak lagi dapat menikmati pemberian Brailler seperti dahulu. Ianya menyulitkan mereka untuk belajar selepas waktu persekolahan.

Harga Brailler setiap satu ialah RM2,250 dan jika dikira dengan perbelanjaan Hari Belia 2012 maka 5000 buah Brailler dapat dibeli untuk menafaat pelajar muda yang cacat penglihatan.

"Bukan itu sahaja malahan perbelanjaan Hari Belia 2012 boleh menampung wang RM50 ribu kemasukan 1000 pelajar ke kolej swasta dalam jurusan undang-undang," kata beliau lagi.



, ,

Jumaat, 1 Jun 2012

Beberapa Kumpulan K-POP Terima RM2.04 Juta, 500 Artis Malaysia Kongsi RM1.8 Juta?

Dal Shabet antara artis K-Pop yang membuat persembahan sempena Hari Belia (Basah) Negara 2012.

Beberapa dokumen yang didakwa ada kaitan dengan kos dan pembayaran Hari Belia Negara 2012 mula tersebar di FB dan blog. Menurut dokumen tersebut, artis Malaysia yang dianggarkan 500 orang yang mengambil bahagian dalam acara Hari Belia Negara 2012 dibayar sekitar RM1.8 juta. Namun, kos untuk membayar beberapa buah kumpulan remaja K-Pop yang membuat persembahan yang mengundang pelbagai kontroversi mencecah RM2.04 juta.

Sudahlah penganjur meng-korea-kan remaja Malaysia dengan unsur maksiat dan berahi, hakikat lain yang harus ditelan oleh artis Malaysia ialah mereka dianaktirikan oleh pihak penganjur. Bayangkan perbezaan bayaran yang dibayar kepada pihak terlibat.




Dokumen yang didakwa berkaitan kos dan bayaran dengan Hari Belia Negara 2012:


Sumber: ASK & DPPWM


,

Rabu, 30 Mei 2012

[Video-PANAS] Selain K-Pop, J-Pop, Moral Remaja Dirosakkan dengan Rentak DISKO





P/s: Hari Belia (Basah) Negara 2012.

Tunku sudah lama nampak, orang Melayu sekarang tidak nampak-nampak lagi!

[Gambar] RM30 Sahaja?

Peserta yang didakwa menghadiri Himpunan Jutaan Belia. Sumber di sini.

Baju T percuma, pengangkutan disediakan, duit poket hanya RM30? Itulah "nilai" segelintir belia kita. Samalah seperti sesetengah warga kampung yang disogok dengan sehelai kain batik atau kain pelikat untuk memangkah dacing semasa PRU.

,

Isnin, 28 Mei 2012

[Gambar] Khairy Jamaluddin dan Hishamuddin Hussein MENARI Sakan Semasa Hari Belia (Basah) Negara 2012?

Sumber gambar di sini.

P/s: Gambar tulen atau rekayasa? Saya tidak pasti. Kalau tulen, saya nak kata apa lagi?





, , ,

[Gambar 18 SX] Daripada UMNO untuk Anak Muda Sempena Hari Belia (Basah) Negara 2012

Agak-agaknya apalah yang difikirkan oleh Najib semasa berada di atas pentas itu?

Haji Najib, Hajah Rosmah di belakang!

Kalau tuan mufti sepantas kilat menjatuhkan fatwa untuk perhimpunan BERSIH 3.0, tanpa menyelidik tujuan perhimpunan dan dalang di balik kekacauan yang timbul pada 28 April lalu, maka barisan tuan mufti yang sama perlu mengeluarkan fatwa untuk Himpunan Jutaan Belia 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan BN yang begitu terdesak untuk menagih undi orang muda. Ingat akhirat, tuan mufti sekalian!!!

Sumber gambar tertera dan pelbagai
Pengisian rohani? GILA BINGAI!

P/s: Kalau BN terus memerintah, rosak iman dan moral anak muda. Anda mahu hal itu terus berlaku?

Harap-harap tidak jadi begini:

Antara poster SINDIRAN yang dibuat oleh warga FB yang kecewa terhadap program hiburan yang dianjurkan oleh Kerajaan BN untuk anak muda sempena dengan Hari Belia Negara 2012.


KONGSIKAN/SEBARKAN di FB/Twitter/etc



, ,

Rabu, 23 Mei 2012

Hari Belia Negara 2012: Berahi K-POP Diutamakan, Program Agama Ditangguhkan

Rasanya rata-rata pembaca DCM mengetahui program Ustaz Azhar Idrus di PICC, Putrajaya ditangguhkan kerana Himpunan Sejuta Belia. Bagi yang tidak tahu, sila klik di sini.

Apa tentatif program Hari Belia Negara 2012 yang bakal dihidangkan kepada remaja sehingga program agama pun terpaksa ditangguhkan untuk memberikan laluan kepada program ini?

Jeling punya jeling, segmen antarabangsanya mempersembahkan nyanyian dan tarian artis K-POP dan J-POP.

Kredit: Ameno World
Antara yang membuat persembahan termasuklah kumpulan ini:

Dal Shabet yang akan membuat persembahan pada 26/5, tarikh asal program Ustaz Azhar Idrus di PICC, Putrajaya.
Kalau beginilah aksi yang bakal dipersembahkan oleh artis jemputan itu, bukan sahaja remaja yang terpaksa menahan berahi, pak menteri yang hadir pun terpaksa menahan gelora di dada dan di celah kangkang.

Jadi, TM nak tanya kepada saudara pembaca yang mempunyai anak yang berminat untuk menghadiri sambutan Hari Belia Negara anjuran BN, adakah anda mahu anak anda memperoleh pengisian Hari Belia Negara 2012 seperti yang telah dirancang di atas? Adakah program hiburan begini yang mahu anda tonton sempena Hari Belia Negara di kaca televisyen?

Kalau mahu, saya nak kata apa lagi? Selamat berhibur dan memberahikan diri! -DCM



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH