Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2009-2011. Papar semua catatan

, ,

Isnin, 29 Mac 2010

TG Nik Aziz Kekal Sandang Jawatan Mursyidul Am PAS


Sebelum ini timbul persoalan tentang sama ada TG Nik Aziz akan terus memegang jawatan Mursyidul Am PAS ataupun tidak. Pelbagai spekulasi timbul, pelbagai blog menulis berdasarkan "andaian" pemiliknya. Banyak yang menulis dengan membayangkan TG tidak akan dilantik semula memegang jawatan itu.

Namun, hari ini tulisan-tulisan itu hanya kekal sebagai "andaian" apabila Majlis Syura yang bermesyuarat buat kali kedua memutuskan untuk mengekalkan TG Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS untuk sesi 2010-2015.

Tahniah!

Semoga Allah SWT memanjangkan usia beliau agar beliau dapat meneruskan usaha untuk menegakkan/menyebarkan syiar/hukum/cara hidup Islam yang sebenar-benarnya di negara ini. Pengekalan beliau juga sebenarnya merupakan kelebihan politik untuk PAS mendekati orang bukan Islam di negara ini.

Sebelum membaca berita di bawah ini, sila baca "Tindakan Mustafa Ali Perlu Disiasat". Persoalan yang dikemukakan berkaitan dengan tindakan Cikgu Pa itu seolah-olah "dijawab" melalui kiriman "Perlantikan Ahli Majlis Syura Ulama PAS- Kalau Tidak Tahu-menahu Lebih Baik Diam".


Berkaitan:


[HD] ...Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.
 
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Ahad, 7 Jun 2009

"KEAJAIBAN" PEMILIHAN PAS TAHUN INI

BERITA AWAL TENTANG PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN PAS

TUP... TUP..."KEAJAIBAN" BERLAKU!



KEPUTUSAN RASMI
NASHARUDDIN 480 undi
HUSAM 281 undi
MOHAMAD SABU 261 undi

SAYA TIDAK MAHU MEMPERTIKAIKAN APA-APA. SEMEMANGNYA "KEAJAIBAN" BERLAKU DI MANA-MANA DAN PADA BILA-BILA MASA. ADA HIKMAH DI BALIKNYA. SEKADAR BERHARAP PAS SELEPAS MUKTAMAR INI MASIH SETIA DENGAN SLOGANNYA "PAS FOR ALL" DAN TIDAK TERLALU KEMARUK DENGAN SLOGAN "KETUANAN MELAYU" YANG PADA REALITINYA HANYA MENGUNTUNGKAN SEBILANGAN KECIL MELAYU DAN HAKIKATNYA MEMINGGIRKAN ISLAM YANG SEPATUTNYA YANG LEBIH DIUTAMAKAN.

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENANG!

,

Sabtu, 6 Jun 2009

HUSAM TEWAS

Foto-The Star

SENARAI KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP

Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji

PRESIDEN
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH