Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Kampung Chubadak Tambahan. Papar semua catatan

Rabu, 18 Jun 2014

'Kg Chubadak Tambahan tetap diranapkan' - Datuk Bandar KL



[MK] Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan walau penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi.


Katanya, tindakan itu diteruskan kerana penduduk di kawasan itu sudah menetap "secara haram” sejak lebih 20 tahun lalu.

“Ya, kerja-kerja perobohan akan diteruskan kerana mahkamah sudah tetapkan (sebelum ini).

Penduduk berkenaan memohon injuksi tersebut pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah seterusnya membenarkan injunksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.


“Itu mereka yang failkan, (tapi) kita tetap teruskan perobohan,” katanya lagi.

Ahmad Phesal ditemui pemberita ketika lawatannya bersama media sempena pameran Greater KL dengan Invest KL di ibu negara hari ini.

Ahmad Phesal turut menepis dakwaan bahawa pampasan berjumlah RM7,000 terlalu sedikit manakala penempatan baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Jalil pula terlalu kecil.

'Apa yang tak munasabah?'

“Apa yang tidak munasabah? Mereka tinggal di sana secara haram. Kita pindahkan mereka di rumah PPRT daripada mereka terus tinggal secara haram di situ," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pemasangan bekalan elektrik dan air akan ditanggung oleh penduduk yang dipindahkan, Ahmad Phesal menganggap hal itu bukan satu masalah.


“Perkara itu bukan satu masalah, kita berikan wang pindah rumah sebanyak RM 1,000 setiap keluarga. Tetapi soal pampasan saya RM7,000 itu saya tak tahu. Itu (urusan) pemaju,” katanya.

Ditanya mengenai rundingan antara DBKL, pemaju dan penduduk mengenai pampasan, beliau menegaskan bahawa DBKL tidak terlibat dengan rundingan mengenainya kerana melibatkan antara pihak pemaju dan penduduk sahaja.

Minggu lalu, DBKL merobohkan dua buah rumah penduduk sementara enam lagi telah dikenalpasti tetapi gagal dirobohkan kerana bantahan keras penduduk setempat. Sementara kes bagi 58 penduduk kampung lagi kini dalam prosiding di Mahkamah Rayuan.

Penduduk diminta untuk memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd.

Pembangunan yang akan dijalankan di kampung itu berkait dengan rancangan tahun 2006 untuk membangunkan bekas tanah rezab Melayu itu kepada satu kawasan perbandaran. -17/6/14


Berkaitan:

PAS: Demo 23 Jun Bantah Tindakan DBKL


[MK] PAS akan mensasarkan sekurang-kurangnya 2,000 orang hadir ke perhimpunan pada 23 Jun untuk membantah perobohan rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

Laporan Harakahdaily menyebut, perhimpunan itu bagi membantah "tindakan zalim" Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang meneruskan perobohan tanpa menghiraukan injunksi yang diperolehi penduduk.


"Kita mengecam tindakan DBKL, walaupun kes ini masih lagi dalam proses mahkamah mereka tetap meroboh rumah tersebut.

"Sehingga sekarang tiga buah rumah telah diroboh, (ini) sikap yang tidak bertanggungjawab dan zalim DBKL apatah lagi bulan Ramadan hampir tiba," jelasnya.

Beliau turut meluahkan kerisauannya terhadap rumah penduduk lain sambil menyeru rakyat yang prihatin hadir memberi sokongan.

Perhimpunan yang dijadual berlangsung depan DBKL dianjurkan Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) dengan kerjasama Lajnah Tanah PAS Pusat.

Sementara itu, laporan itu juga menyebut Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menegaskan isu kampung warisan menjadi tanggungjawab semua dan perlu dipertahankan.

Katanya, tindakan DBKL mahu merobohkan rumah penduduk di kampung itu dianggap membelakangi prosiding dan menghina mahkamah.

"Tindakan DBKL meroboh adalah dilihat tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah. Ini merupakan satu malapetaka kepada penduduk kampung tersebut," katanya.

Pihaknya akan menyerahkan satu memorandum hasil perbincangan dengan penduduk pada himpunan itu kelak dan berharap DBKL tidak melakukan kerja meroboh sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri. - 17/6/14


P/s: Biar Melayu merempat asalkan kroni kara-raya!!!



,

Ahad, 15 Jun 2014

[Video] Pekerja DBKL Menangis Roboh Rumah di Kampung Chubadak


[MG] Maka menangislah warga-warga emas di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur selepas rumah yang didiami sejak lebih 30 tahun dirobohkan tanpa belas.

Rata-rata yang tinggal di situ adalah masyarakat Melayu yang telah pun memohon untuk mendapatkan status hak milik yang kini dikhabarkan sedang dalam proses untuk dikeluarkan.

Melihatkan kesungguhan penduduk mempertahankan hak mereka, rasanya mereka ada bukti sahih permohonan masing-masing memang sedang dalam proses untuk menjadi kenyataan.

Malah mereka juga telah mendapat surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 12 Jun 2014 yang menghalang mana-mana pihak daripada menceroboh atau meroboh rumah mereka buat sementara waktu.

Namun apapun alasan yang diberi walau keluar air mata darah sekalipun, jentolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan kerja merobohkan rumah-rumah di situ.

Semuanya kerana tugas dan mereka bukanlah sengaja datang hendak menghalau penduduk jika tidak ada arahan daripada pihak atasan.

"Kami faham perasaan mereka yang enggan keluar tetapi apa daya kami untuk tidak merobohkan rumah-rumah di situ kerana kami hanya menjalankan tugas sebagai pekerja.

"Kalau kami dipandang benci sekalipun, kami perlu menjalankan tugas yang diarahkan walaupun hakikatnya kami juga ada perasaan tidak sampai hati,” kata seorang pekerja DBKL yang enggan namanya disiarkan. 

Katanya, setiap kali melihat warga-warga emas di situ merayu dan merintih, hati kecilnya tersentuh tetapi dia melakukannya kerana terpaksa demi tugasan yang dipertanggungjawabkan.

"Saya dan rakan-rakan sekerja dimaki, dicaci sepanjang kami bekerja tetapi kami hanya mendengar. Kami faham apa juga alasan yang kami beri, mereka tidak akan terima.

"Sebenarnya, kalau perkara itu berlaku dalam keluarga saya pun saya tidak boleh terima dan pasti saya akan melakukan perkara sama yang dilakukan oleh mereka.

"Tapi inilah kerja saya dan punca rezeki untuk menyara keluarga. Kalau saya tidak melakukannya, saya akan dikenakan tindakan disiplin atau macam-macam lagi yang pasti akan menjejaskan kerja saya," ujarnya.

Pun begitu katanya, dia mengharapkan apa yang berlaku di Kampung Chubadak akan berakhir dengan sesuatu yang boleh memuaskan hati penduduk di situ.

"Saya hanya orang bawahan yang turut merasakan kesedihan mereka. Jadi, mudah-mudahan, selepas kejadian ini, ada pihak yang akan datang membantu mereka untuk menenangkan keadaan agar kesedihan yang ditanggung dapat diredakan," katanya. - Hamdan Othman/15/6/14



Berkaitan:

Pemimpin UMNO Membisu Lihat Penduduk Kampung Chubadak Meraung


 Seorang daripada penduduk Kampung Chubadak Dalam, Sentul menggunakan pembesar suara ketika membantah tindakan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 19 Februari lalu. Gambar: SAFWAN MANSOR.

[MG] "Kami kesal kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang datang atau bersuara ketika kami meraung meminta bantuan agar rumah kami tidak dirobohkan,".

Itu kata seorang wanita yang dikenali sebagai Munah, salah seorang penduduk asal Kampung Chubadak Tambahan yang dipaksa keluar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memajukan kawasan tersebut.

Kata mudah, waktu pilihan raya, beberapa pemimpin UMNO pernah datang ke kampung tersebut untuk berkempen.

"Kami memang menyokong Barisan Nasional (BN) malah tempat ini juga turut dijadikan pusat kempen baik untuk Wanita, Pemuda mahu pun Puteri.

"Bila jadi macam ni, saat kami amat memerlukan mereka, tak seorang pun tampil apalagi hendak bersuara membela nasib kami.

"Berjaya atau tidak itu untuk menyelamatkan kami di sini itu soal lain tetapi apa peranan pemimpi-pemimpin ini yang pernah datang meminta bantuan kami," katanya penuh kesal.

Menurut Munah, apa yang berlaku memang sukar diterima penduduk kampung itu tetapi lebih menyedihkan perjuangan mereka sebagai bangsa Melayu tidak dipedulikan oleh pemimpin Melayu.

"Kami faham mungkin terdapat kerumitan untuk selesaikan tuntutan kami tetapi apalah salahnya jika ada pemimpin yang boleh membantu kami menangguhkan kerja-kerja menghalau kami?

"Satu dunia nampak apa yang berlaku di sini. Satu dunia nampak kami merayu pihak DBKL supaya tidak merobohkan rumah kami dan takkanlah tak ada seorang pun pemimpin Melayu yang boleh bersuara supaya kami tidak dihalau sebegini rupa?

"Tak lama lagi umat Islam akan menyambut puasa dan kemudian hari raya. Cubalah bayangkan bagaimana dan di mana kami hendak meraikan bulan-bulan kebesaran Islam itu setelah kami kini tiada tempat tinggal," katanya.

Jelas Munah, perkara sudah pun berlaku dan sudah terlambat untuk mana-mana pemimpin datang membantunya. Pemimpin yang datang dan berjuang bersama mereka ialah pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua dan Pemuda Pas.

Ini bukan soal politik katanya tetapi lebih kepada misi kemanusiaan. Namun pemimpin UMNO yang diharapkan tidak pernah muncul apalagi untuk bersuara.

"Hati kami dah hancur lebur sama seperti hancurnya rumah kami yang dirobohkan DBKL tanpa ehsan. Lepas ni, tak payahlah susahkan diri datang jumpa kami nak hulur bantuan itu dan ini.

"Semuanya tidak akan dapat mengubat hati kami yang dah lebur. Kampung kami sudah hilang dan kini telah pun menjadi sejarah.

"Namun perasaan kesal tetap akan kekal dalam diri kami kerana sikap pemimpin yang jelas nampak hanya mementingkan diri sendiri daripada rakyat,” ujarnya. - MalaysiaGazette/Hamdan Othman/15/6/14





BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH