Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Kartika Seri Dewi. Papar semua catatan

,

Isnin, 9 Mei 2011

[Terkini] Sah, Anak Kartika Terjatuh ke dalam Sungai Perak



Semalam media melaporkan anak Kartika, bekas model yang pernah sensasi dengan isu kontroversi pelaksanaan hukum syariah bagi kesalahan minum arak seketika dahulu, dikhuatiri hilang kerana terjatuh ke dalam Sungai Perak. Hari ini, saya terbaca maklumat terkini di blog Anakmuaallaf yang menyatakan bahawa:

Jam 2 pagi tadi saya mendapat SMS dari Azuan Timbalan Pengarah IV Amal Malaysia

"~~Anak kartika sari yg di katakn hilang, telah di temui meninggal dunia dlm sg perak jam 1.46pg oleh ahli amal dn bapa saudara nya.. Alfatihah.. -azuan TKP4 JAB. Amal pusat- [via Celcom SMS]~~"

Dari maklumat yang saya perolehi dari Unit Amal Perak anaknya lelaki berumur 10thn..dan anak ini adalah kanak2 Khas...

P/s: Takziah & al Fatihah

Jumaat, 2 April 2010

Anda telah Mencuba, Kartika!

Anda telah mencuba untuk mematuhi hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim selaras dengan hukuman syariah di negara ini. Anda bertekad untuk menerima hukuman itu, namun tidak kesampaian apabila hukuman itu "diringankan" oleh Sultan Pahang. Semoga kesungguhan anda untuk menerima hukuman rotan itu mencetuskan keinsafan dan menerima KEAMPUNAN daripada Allah SWT bukannya atas ihsan manusia.


Lanjut:
Sultan Pahang Ringankan Hukuman Kartika Atas Sebab Perikemanusiaan - Tengku Abdullah

KUANTAN, 1 April (Bernama) -- Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat, atas sebab-sebab perikemanusiaan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan.

"Dia (Kartika Sari Dewi) bukan diampunkan daripada kesalahan itu, tapi hukuman itu diringankan, ini adalah ihsan Tuanku Sultan," titah baginda kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Hoki Piala Tun Razak antara Pahang dan Selangor, di sini, pada Khamis.

Kartika Sari Dewi, 33, dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 pada Julai tahun lalu selepas didapati bersalah minum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Pahang.

Pada 24 Ogos, 2009, dia sepatutnya dibawa ke Penjara Kajang selama seminggu bagi menjalani hukuman sebatan yang dijatuhkan itu sebelum ia dibatalkan pada saat-saat akhir.

Pada 3 Mac lepas, Kartika Sari Dewi turut mengadakan pertemuan dengan Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) berhubung pelaksanaan
hukuman sebat itu.

Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Sultan Pahang mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan kepada Kartika Sari Dewi.

-- BERNAMA

Berkaitan 1:
Ulasan dan pandangan Ustazzzzzzzzz Zul 4 Bebas:

"...Mungkin pihak berkuasa perlu menimbang untuk menyemak semula hukuman rotan yang dikenakan kepada Kartika. Saya melihat beliau telah benar-benar menunjukkan keinsafan dan keikhlasan dalam kes ini. Malahan ibubapa dan keluarga beliau juga menunjukkan sikap yang sama. Saya sangat berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibubapa Kartika. Ini satu sikap terpuji yang jarang nak dijumpai lagi hari ini.

Mungkin kita perlu menunjukkan ehsan kita. Ini tidak bermakna kita tidak melaksanakan hukuman rotan itu. Tetapi suasana dan keadaan dah berubah terlalu banyak akibat kelemahan dan kesilapan pihak berkuasa sendiri.. Bukan Kartika enggan dihukum, tetapi dengan takdir ALLAH suasana sudah berubah. Mungkin para ulama' dan ilmuan Islam, mungkin para Jawatankuasa Fatwa yang begitu ghairah nak berfatwa boleh duduk segera bermuzakarah untuk menimbang samada hukuman rotan tersebut boleh disemak semula atau tidak demi
memperlihatkan sistem keadilan dan kasih sayang Islam, wallahua'lam".*

Jadi saya ucapkan tahniah atas titah Tuanku Sultan Pahang hari ini Khamis 27 Rabi'ul Akhir 1431/ 01.04.2010 yang telah menukar dan menjatuhkan hukuman "tugasan komuniti selama 3 minggu" keatas Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhkan hukuman
denda dan rotan 6 kali atas kesalahan minuman arak.


Perlu ditegaskan bahawa ini bukan bermakna kita menolak hukuman rotan dilaksanakan terhadap Kartika. Hukuman telahpun dijatuhkan. Malahan saya berpendapat sepatutnya hukuman yang mematuhi syara' hendaklah digubal. Namun menjatuhkan hukuman dan perlaksanaan hukuman adalah dua perkara yang berbeza. Saya difahamkan Saidina 'Umar sendiri, semasa umat sedang berhadapan dengan kemelut kemarau dan lain-lain, telah menggantung perlaksanaan hukuman hudud bagi kes-kes curi dan lain-lain.

Malahan saya difahamkan Rasulullah sendiri telah beberapa kali dalam sirah Nabawi menunjukkan keadilan Islam, walaupun kesalahan nyata dilakukan. Dalam satu kes, seorang sahabat yang sudah mengaku melakukan pembunuhan pun Rasulullah lebih suka dia dimaafkan daripada dilaksanakan hukum qisas, hukum balas. Ini bukan kerana Rasulullah tidak mahu hukuman qisas dilaksanakan. Tetapi bagi kes khusus itu, Baginda merasakan lebih baik beliau dimaafkan.

Jadi didalam kes Kartika, hukuman telah dijatuhkan. Tetapi dalam hal perlaksanaan, sepatutnya hukuman dijalankan segera. Tetapi ALLAH lebih Maha Mengetahui dan lebih Maha Bijaksana. Apa perancangan ALLAH kita tidak tahu. Tetapi kelengahan perlaksanaan hukuman itu nampak mempunyai hikmahnya.

Dalam keadaan ruang masa kelengahan perlaksanaan itu, beberapa perkara telah berlaku iaitu:

1. Kartika telah menunjukkan kesungguhan mahu hukuman dilaksanakan dan tidak menunjukkan beliau mempermainkan hukum;

2. Kartika menunjukkan sikap penyesalan dan rasa bersalah yang jelas terhadap kesilapan beliau;

3. Kartika dan suaminya menghadapi tekanan yang begitu hebat sehingga berlaku perceraian dan menyebabkan anak-anak mereka kehilangan bapa; adik beradik bercerai sesama sendiri;

Dalam keadaan itu, meneruskan perlaksanaan hukuman terhadap Kartika sudah tidak membawa menafaat kepada samada dirinya mahupun syiar Islam. Sebaliknya tindakan Sultan Pahang telah menunjukkan satu ciri keadilan Islam yang akan membawa menafaat lebih besar untuk Islam. Bahawa Islam bukanlah agama yang hanya tahu menghukum sahaja, sebaliknya risalah Islam adalah untuk membawa keadilan dan kesejahteraan...

Selepas membaca pandangan Ustazzzzzzzzzz Zul 4 Bebas, apa pendapat anda? Apa yang anda faham daripada tulisannya? Alahai...MP "serba boleh, serba tahu"! Berbelit-belit! Perkara-perkara berkaitan dengan hukum tidak perlulah dijelaskan dengan menggunakan "mungkin", "saya difahamkan", atau berdasarkan andaian semata-mata. Jika tidak tahu, lebih baik berdiam diri dan bertanya pada yang arif.

Semoga berita ini tidak akan mempengaruhi orang lain untuk minum minuman yang dilarang keras dalam Islam. Arak itu ibu segala kejahatan. Jauhinya! Semoga kita juga tidak tergolong dalam golongan yang mempertikaikan hukum Allah, melabelkan hudud itu tidak berperikemanusiaan, mengatakan hukum Islam itu melanggar hak asasi manusia, dan kata-kata lain yang seumpama dengannya. Allah mencipta kita, Allah Maha Mengetahui hukuman yang terbaik untuk menyedarkan/mengajar kita.

Bagi yang bersorak gembira (antaranya), renung-renunglah diri sebelum berbuat demikian!

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."(Al-Maidah:90)

Berkaitan 2:
* Kartika masih rela jalani hukuman sebat

, ,

Ahad, 20 September 2009

HUKUMAN SEBAT: Stupido In Islam

Sebelum bercerita tentang hak asasi manusia, sila rujuk kiriman blog ini tentang perbandingan hukuman sebat sivil dengan sebat cara Islam. Sesudah itu, fikirlah supaya anda tidak tergolong dalam "Stupido In Islam".


[HARAKAH] 20 Sept: Tindakan Sisters in Islam (SIS) menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan dan menangguhkan pelaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi dianggap sebagai satu agenda untuk menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini.

Menurut Presiden Teras,Mohd Azmi Abdul Hamid tindakan SIS adalah bersifat anti hukum syariah dan wajar dibantah dengan keras.

"Teras membantah keras niat SIS untuk terus bersikap anti hukum syariah. Pelaksanaan hukuman jenayah syariah adalah sah dan jelas termaktub dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh kerana itu tidak ada hak untuk SIS cuba menyekat pelaksanaannya hanya kerana ia dikatakan sedang didebatkan di peringkat masyarakat terbuka dalam negara dan luar negara,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, Teras mempersoalkan atas hak apa SIS beria-ia mahu menyekat pelaksanaan hukuman syariah di negara ini.

Dakwa Azmi,pemikiran Barat yang berlandaskan faham liberal dan melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang menjadi latar belakang fikiran SIS.

"Oleh itu tindakan pihak SIS untuk mengheret perdebatan kes Kartika kepada Mahkamah Tinggi Syariah hanya bertujuan untuk mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah.

"Teras dengan ini mengesa supaya pihak kerajaan tindak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak. Undang-undang yang jelas diluluskan melalui perundangan negeri hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang kekhuatiran.

"Walaupun enakmen jenayah syariah di peringkat negeri yang ada kini tidak seluruhnya menepati kehendak syariat Islam yang sebenar , namun bidangkuasa dan wibawa Jabatan Agama Islam dan mahkamah Syariah hendaklahlah dipertahankan,"tegasnya.


TERDAHULU

[MSTAR] 19 Sept: Sisters in Islam (SIS) telah memfailkan permohonan agar hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, yang mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, ditangguhkan sementara ia dikaji semula.

Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan pagi semalam.

"Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi wanita dalam Islam, SIS bertindak atas kepentingan orang ramai selain mahu menyelesaikan kontroversi-kontroversi yang timbul dan untuk memperjelaskan isu ini," kata Pengarah Eksekutif SIS, Dr. Hamidah Marican dalam kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

Dr. Hamidah menambah, SIS mahu pihak berkuasa menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas Kartika sehingga kesemua ruang perundangan dan ruang-ruang lain yang berkaitan dilalui.

"Memandangkan kes Kartika telah mencetuskan keprihatinan awam, di peringkat tempatan dan antarabangsa, desakan agar hukuman dijalankan ketika ruang perundangan untuk dikaji semula dan diberikan penjelasan belum lagi digunakan sepenuhnya, menunjukkan sikap tidak mengendahkan yang mendalam terhadap kepentingan awam dan antarabangsa," kata beliau lagi.

SIS mengambil tindakan itu dua hari selepas Kartika memberi notis undang-undang agar beliau tidak diganggu berhubung isu pelaksanaan hukuman sebatan.

"SIS difahamkan daripada laporan beberapa akhbar bahawa Ketua Hakim Syarie Pahang juga telah memfailkan permohonan dikaji semula hukuman ke atas Kartika.

"Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkan perkara ini dengan rasmi.

"Jika benar proses ini, kami terkejut dengan kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang hari ini (semalam) tentang pendiriannya mahu melaksanakan hukuman ke atas Kartika dan akan berbuat demikian tanpa notis lebih awal," kata beliau lagi.

Dalam kenyataannya Rabu lalu, Kartika yang reda dengan hukuman yang dikenakan itu dan memohon ia dilaksanakan secepat mungkin berkata, terlalu ramai orang perseorangan, ahli politik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang menghubunginya serta berjumpa dengannya dan keluarga sejak kebelakangan ini.

Malah kata Kartika, perkembangan itu telah mengganggu kehidupannya sekeluarga selain beliau didesak melakukan pelbagai perkara yang tidak mahu dilakukan.

Kartika juga berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengganggu ketenteraman beliau dan keluarganya selepas ini.

Beliau juga telah melantik peguam sivil dan syarie dari firma guaman Tetuan Adham & Associate di Ipoh bagi menjaga kepentingan beliau dan keluarganya.

Kartika dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating, 11 Julai 2008.

Penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus pada 24 Ogos lalu bagi bagi menghormati bulan Ramadan.

,

Rabu, 16 September 2009

TABIK "SPRING" UNTUK BELIAU!

SAYA DENGAN RASA KAGUM + TERHARU + BANGGA + TERUJA MENGANGKAT TANGAN DAN MEMBERIKAN TABIK "SPRING" KEPADA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Md Yunos KERANA PENDIRIANNYA DALAM MENEGAKKAN HUKUMAN SYARIAH DI NEGARA INI.

[MSTAR] 16 Sept - Walaupun keputusan mengenakan hukuman sebat ke atas umat Islam yang meminum arak dikritik oleh sesetengah pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Md Yunos tidak akan berpatah semula daripada keputusannya itu.

"Saya menjalankan tugas sebagai pegawai mahkamah dan kepada masyarakat," katanya ketika dihubungi The Star semalam.

Ketika diminta mengulas berhubung kontroversi keputusannya itu, termasuk hukuman rotan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, Abdul Rahman berkata, beliau tidak dapat memberikan sebarang pandangan kerana ia bukan satu tindakan yang beretika.

Ditanya sama ada beliau mendapat kesan daripada publisiti meluas yang diterima berhubung keputusannya itu, Abdul Rahman berkata, beliau tidak membaca komen-komen tersebut.

Abdul Rahman, 53, menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sejak 1996 apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pahang dan Jabatan Perundangan Syariah Pahang dipisahkan pada hujung 1995. Sebelum itu, beliau adalah Ketua Kadi.

Abdul Rahman dari Kampung Kuala Bera, Bera, Pahang telah berkahwin dan mempunyai lima anak. Beliau adalah lulusan Universiti al-Azhar dan mendapat ijazah Undang-undang Syariah Islam pada 1982 dan Diploma Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1989.

Beliau telah membuat keputusan terhadap enam orang Islam yang meminum arak dari 2004 hingga tahun ini.

Kes pertama melibatkan adik-beradik, Mohamed Nizam Ibrahim dan Mohamed Nasha yang dijatuhkan hukuman enam sebatan rotan dan denda RM5,000 setiap seorang pada 14 Jun 2005 selepas meminum arak di sebuah restoran di Jalan Bukit Ubi di sini pada 19 Ogos 2004. Bagaimanapun, kedua-duanya telah mengemukakan rayuan dan kes itu masih tertangguh.

Kes seterusnya melibatkan tiga orang termasuk Kartika, 32. Dia dijatuhkan hukuman enam sebatan rotan dan denda RM5,000 kerana meminum arak di sebuah kelab malam di Cherating pada 11 Julai tahun lalu.

Mahkamah memutuskan hukuman itu selepas Kartika mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut pada 20 Julai lalu.

Sementara itu, dua lagi adalah pelayan kelab malam yang bersama Kartika dan seorang lelaki yang ditahan semasa serbuan di kelab malam berkenaan.
Pelayan wanita dan lelaki itu didenda RM5,000 dan enam sebatan rotan selepas mereka mengaku bersalah. Mereka bagaimanapaun telah mengemukakan rayuan dan kes tersebut masih tertangguh.

Keputusan Abdul Rahman untuk melaksanakan hukuman sebat terhadap Kartika diperkatakan dengan meluas oleh rakyat tempatan dan antarabangsa. Pada 24 Ogos lalu, hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan.

Kes terbaru berlaku pada Isnin lalu apabila Abdul Rahman mengarahkan seorang pekerja Indonesia menjalani hukuman setahun penjara dan akan disebat sebanyak enam kali kerana meminum arak di Jalan Pasar pada pukul 10 pagi, 27 Ogos lalu.

Nazarudin Kamaruddin, 46, yang berstatus pemastautin tetap menjadi orang pertama di negeri itu yang dipenjarakan kerana meminum arak di khalayak ramai.

,

Khamis, 27 Ogos 2009

[VIDEO] ISU KARTIKA: 75% TOLAK Cadangan Najib & Komen Menteri



Apa Kata Menteri?

Menteri WKPM


Menteri KDN



Berkaitan:
* Sentuh kes syariah, hina mahkamah
[MALAYSIA KINI] 27 Ogos -Menteri-menteri diminta berhenti mengeluarkan kenyataan "jahil" berkenaan prosedur mahkamah syariah kerana tindakan itu mencampuri urusannya dan boleh dianggap menghina mahkamah.

Datuk Muhammad Burok juga menyeru supaya Majlis Peguam serta pihak yang tidak berkaitan dengan urusan perundangan Islam supaya tidak mencampuri urusan mahkamah syariah.

Amaran ini dikeluarkan susulan kenyataan beberapa menteri yang mengulas hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah mengambil alkohol oleh mahkamah syariah Pahang.

"Ini adalah amaran kepada sesiapa yang cuba halang hukuman tersebut kerana itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah," kata Muhammad dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

* Hentikan campur tangan k'jaan dalam kes syariah
[MALAYSIA KINI] 27 Ogos - Rentetan kekecohan yang berlaku dalam isu sebatan Kartika Sari Dewi Shukarno, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) memandang serius perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan reputasi Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam dan pihak-pihak berkaitan.

PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

PGSM kesal dengan apa yang berlaku kerana akhir-akhir ini menampakkan unsur campur tangan pihak kerajaan dalam proses kehakiman di negara ini terutama kehakiman syariah semakin menjadi-jadi.

Bermula dengan unsur campur tangan kabinet dalam menentukan agama anak pasangan yang memeluk Islam dan terbaru dalam isu sebatan Kartika Sari. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam era 1Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan.

Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.

Sebelum ini terdapat kes di Mahkamah Sivil ada seorang hakim yang memutuskan bahawa dia sendiri yang akan menghukum pesalah, tetapi kes tersebut tidak pula dipolemikkan, dan tidak ada pula menteri yang memberikan komen.

Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah.

Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sedia ada, dan atas dasar melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan....lanjut di Malaysia Kini

,

KERJA KOSONG & KISAH BERKAITAN!

  1. Tukang sebat syariah dicari
[UTUSAN MALAYSIA] 27 Ogos - Jabatan Penjara diminta menyediakan tukang sebat syariah yang berpengalaman dan berkemahiran bagi melaksanakan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, selepas Ramadan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hukuman ke atas Kartika Sari Dewi kekal dan akan dilaksanakan selepas bulan puasa ini seandainya model sambilan tersebut enggan merayu.

"Sekiranya tidak ada rayuan, kita akan teruskan (hukuman). (Bagaimanapun) Kita menghormati kemuliaan Ramadan. Pihak penjara kena bersiap sedialah sebelum penghujung Ramadan ini," katanya...

...Dalam pada itu, Hishammuddin menolak andaian bahawa Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat bertauliah sebaliknya ia berlaku disebabkan kes berkenaan adalah pertama kali di negara ini.

"Sebenarnya bukan mereka (tukang sebat) tidak bertauliah, cuma mereka tak berpengalaman kerana ia adalah kes pertama," ujarnya lagi....


Berkaitan:
* Mufti: Sepatutnya dirotan 80 sebatan
Hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang diperuntukkan melalui undang-undang syariah masih tidak mencukupi, manakala masyarakat umum pula masih kabur dengan bentuk hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang digariskan.

Mufti Perak berkata, hukuman sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media "sepatutnya 80 kali sebatan".

"Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan.

"Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan)....

Mengulas isu yang sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata hukuman terhadap seseorang yang mengambil alkohol pada sisi agama antara 40 hingga 80 sebatan.

"Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah.

"Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya," katanya dalam satu kenyataan....



,

Isnin, 24 Ogos 2009

BELUM LAGI HUDUD DILAKSANAKAN...

...sudah banyak halangan di depan mata. Ironinya, dalam kes Kartika ini, bukan pesalah yang menghalang, namun pihak-pihak lain yang membantah.

Yang menyedihkan apabila orang bijak pandai dalam bidang ini pun turut memberikan komen negatif terhadap pelaksanaan hukuman sebat tersebut. Bermacam-macam alasan diberikan termasuklah komplikasi undang-undang dan perihal hak asasi manusia.

Hari ini media melaporkan bahawa Kartika dibebaskan buat masa ini dan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan atas "instructions from the higher powers" :

1. [THEMALAYSIANINSIDER] Aug 24 — The religious authorities today freed a Muslim woman who had been sentenced to be caned for drinking beer, although she refused to leave a van taking her to jail when returned to her home.
And her father said the change of mind would ridicule Islam, which bans Muslims from consuming alcohol.
"The warrant cannot be executed," Sharafuddin Zainal Ariffin, head of enforcement for Pahang's Islamic Affairs Department, told reporters after Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, was returned to her house.
It was not immediately clear whether the sentence, the first time a woman has been sentenced to caning here, had been overturned or merely postponed.
Both the woman, a Malaysian who has two children and who had worked as a nurse in Singapore, and her father had called for the sentence to be carried out quickly and in public.
Kartika was to have been taken to another state to be caned some time this week.
"I will not come out without a black and white document explaining the status of what has happened. I am surprised and speechless," Kartika told reporters.
Her father said the change of mind would bring "ridicule" on Islam. "We had already accepted the punishment," Shukarnor Mutalib, told reporters. - Reuters

2. [MALAYSIA TODAY] AP — Islamic officials Monday abruptly released a Muslim model scheduled to be caned this week for drinking beer, in an unexpected twist for a defendant who was expected to become the first Malaysian woman to face the corporal punishment.
Two female and one male officials came to the house of Kartika Sari Dewi Shukarno in northern Malaysia on Monday and took her away in a van on what was supposed to be a four-hour road journey to a prison near Kuala Lumpur, the country's main city.
But they returned after about 30 minutes and said they had received "instructions from the higher powers" to release her, said Kartika's father, Shukarno Abdul Muttalib. The officials said that "for now, the sentence cannot be carried out," Shukarno said.
It was not immediately clear whether Kartika would be taken back into custody later. Islamic officials declined to comment.
Shukarno said he and Kartika would head to a district police station to file statements about her abrupt release. He said they were confused about what had happened and were worried that officials might later accuse his daughter of running away from them.
Officials had said earlier that Kartika, a 32-year-old mother of two, would be caned sometime during the week but no specific date was set. Amnesty International had condemned the decision, and many critics had said the caning would harm Malaysia's reputation as a moderate Muslim country.
Kartika was arrested in a raid for drinking beer at a hotel lounge last year for breaching the Muslim-majority country's Shariah law, which forbids Muslims to consume alcohol.
She was sentenced by a Shariah court in July in what was considered a warning to other Muslims to abide by religious laws. Kartika did not appeal and said she was willing to be caned.
Dressed in a full-length cream-and-red satin gown and a head scarf, Kartika emerged from her house and walked past a group of about 50 local Muslims who said prayers for her.
After a last kiss with her 5-year-old daughter, she got into the silver van along with her sister and the Islamic officials.
She did not speak to the horde of media assembled outside the house in the countryside, about 5 miles (7 kilometers) from Karai town in the northern Perak state.
In an interview with The Associated Press last week, Kartika had said she wants to be caned because "I want to respect the law."
The law provides for a three-year prison term and caning for Muslims caught drinking, but most offenders are fined. Drinking is legal for non-Muslims....

Rencana berkaitan dengan alasan/halangan untuk melaksanakan hukuman sebat itu boleh dibaca melalui pautan di bawah ini:

* Kartika 'can sue Pahang Government'
*
Legalities complicate Kartika's caning


Yang paling menarik perhatian saya ialah kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang saya pautkan dalam laporan Harian Metro hari ini. Katanya, “Saya nasihatkan Kartika memohon semakan (revision) ataupun merayu (appeal) hukuman ini bukan sahaja untuk kepentingan beliau dan keadilan dilaksanakan, tetapi keputusan ini akan mewujudkan satu precedent (tindakan perintis) yang tidak sihat dan memberi gambaran negara Malaysia mengamalkan sistem syariah yang amat menggerunkan untuk kaum wanita.” Secara peribadi, saya rasa gerun apabila membaca kenyataannya, malah kurang sihat sifatnya apabila diucap oleh menteri yang mewakili parti yang kunun-kununnya mempertahankan Islam.

Selain menteri ini, saya tertarik juga untuk memetik kiriman terbaru Che Det. Kata mantan PM itu, " Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer. Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia. Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama. Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia." Selepas dua dekad menerajui negara, perlukah Che Det menimbulkan persoalan itu?

Mungkin persoalan itu terjawab dengan merujuk artikel dalam laman sesawang Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang ditulis oleh Mohammad Isa Abd Ralip yang menyatakan bahawa "Kesalahan itu disabitkan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987. Tindakan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas wanita terbabit mengaku bersalah meminum arak di Hotel Legend Cherating, tahun lalu, adalah wajar hingga disifatkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai tindakan berani dan tepat berdasarkan hukum syariah." Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hukuman minum arak seperti yang dinyatakan dalam al Quran pula sila klik sini.


Sedangkan Kartika sebelum ini mahukan hukuman itu dijalankan secara terbuka agar perilaku negatifnya itu dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain. Malah hari ini seperti dilaporkan dalam media, Kartika menegaskan bahawa "Saya tidak akan menyaman mana-mana pihak,” kata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya, bahawa penahanan dan hukuman sebatan dikenakan kepadanya sebagai melampaui batasan." Keluarga Kartika juga mengatakan “Media datang ke rumah dan ada yang menghubungi kami. Dia menjawab semua soalan dengan ikhlas dan bukan kami yang minta media datang. Buat apa hendak menarik simpati, kami menghormati undang-undang dan Kartika akan menjalani hukuman ditetapkan mahkamah.”

Dalam hal ini saya bersetuju dengan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Abdul Rahim Jaafar. Menurut beliau, “Banyak sangat nak jadi hakim, sekiranya tidak tahu menahu mengenai kes ini, saya minta tidak perlulah komen, hormatilah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan (Datuk Abdul Rahman Yunus)...usah sensasikan lagi perkara ini. Beliau mengulas pandangan beberapa pihak dalam sebuah akhbar, semalam, termasuk Ketua Hakim Syariah Terengganu, Datuk Ismail Yahya yang berkata penahanan untuk pelaksanaan hukuman sebatan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, sebagai keputusan melampaui kuasa hakim.” Semoga wanita yang bernama Kartika ini akan menjalani kehidupan yang lebih dekat dengan ajaran Islam pada masa akan datang dan "kesudiannya" menerima hukuman itu menjadi pengajaran kepada orang lain.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH